Siapa Saya

Pada awalnya Blog ini bertujuan untuk dijadikan tempat saya berkongsi rasa, emosi dan apa sahaja aktiviti peribadi. Lepas beberapa catatan blog disiarkan, saya merasakan berkongsi ilmu dan pengalaman memberi lebih banyak kebaikan.

Saya Maryam berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Berusia 30 tahun. Kini seorang pelajar pascasiswazah sepenuh masa dalam bidang Biomedical Sciences

Lawatan ke Dinosaur Encounter, Pusat Sains Negara

Sejak kecil, saya tak ingat secara spesifik apakah cita-cita saya cuma saya rasa kagum melihat Ahli Bomba, Juruterbang dan pekerja cashier. Lepas meningkat remaja, saya lebih suka ikut satu-satunya kakak kesayangan saya, menjadikan beliau idola iaitu menjadi seorang doktor. Lepas keputusan SPM keluar, 'reality hits hard' membuat saya tersedar setiap orang ada jalan cerita tersendiri dan bermulalah perjalanan hidup yang Allah khaskan buat saya sendiri sama seperti semua hambaNya yang lain.

Mempunyai Ijazah Sarjana Sains Makanan dan Pemakanan (UMS), Ijazah Sarjana Sains Imunologi Perubatan (USM) dan kini pelajar Ijazah Kedoktoran Farmakologi. Walaupun tidaklah mempunyai profil pendidikan yang hebat setaraf top student, saya yakin niat dan matlamat mengapa saya menyambung pengajian menjadikan perjalanan mencari ilmu lebih bermakna.


Pernah menjadi guru kontrak selama satu tahun dan berhenti kerana ingin menyambung pelajaran. Pernah menjadi homebaker kerana minat membuat kek dan biskut dan kerja sebagai homebaker semasa menyambung pengajian Master dapat membantu menampung yuran pengajian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.