Rabu, 22 Mei 2019

What's going on?!

Hai Assalamualikum!
Lebih seminggu blog aku ni sunyi sepi. Padahal aku dah janji nak buat artikel setiap dua ke tiga hari. Tapi sebaliknya pula yang berlaku. Bulan puasa tahun ni sibuk dengan tempahan kuih raya walaupun tak banyak sangat order masuk. Ni baru gelombang pertama. Gelombang kedua bagi kebanyakan home baker macam aku ni masa minggu pertama raya. Desserts dengan majlis keraian memang aku tak nafikan diorang ni best friend. Bila ada majlis mesti paling kurang ada kuih tak kisah lah kuih kampung atau pencuci mulut yang ala-ala bandar. Pergi open house mesti ada kuih koci ke, brownies, cake, puding dan banyak lagi lah. Sebab tu home baker mesti bersedia untuk tempahan raya. Aku mula-mula nak ambik order raya aku teragak-agak juga sebab aku pun nak raya. Tapi bila aku fikir ini sumber pendapatan aku, waktu lain tak ada orang sibuk nak order masa ni je ramai. So, aku buka juga tapi tak banyak slot pun. Kalau banyak sangat order dengan customer yang nak juga aku hantar (of cos la aku cas ye) musim raya di Kelantan ni sesaknya memang menyirap. 
Sesame mochi.
Resepi azlitamasammanis.
Bulan puasa semua benda teringin. Mak mertua aku cakap nak buka puasa di masjid masa 10 malam terakhir. Jadi aku buat sikit dan frozen senang untuk dia bawa bekal. Ini namanya kuih bom bahasa kampung. Kalau korang pernah makan dekat Dolly Dim Sum ada menu Sesame mochi. 
Selain sibuk dengan kuih raya, sibuk dengan tugas-tugas hakiki kerja aku dengan USM, sebagai isteri, anak, kakak dengan kerja rumah. Tu je. Orang lain pun macam aku jugak. Tapi aku cuba squeeze my time to update blog. Nak taip pun aku malas, apatah lagi nak kongsi topik-topik hangat. Kebetulan cakap pasal topik hangat ni, lepas aku tulis artikel pasal sulam bedak dan sulam blusher tu ada beberapa spa/salon owner DM aku tanya kenapa aku buat artikel tu yang akan buatkan customer dia keliru. Dia sangat triggered dengan artikel aku yang tak mention mana-mana spa atau business owner pun dalam artikel tu. Dia cuba explain yang dia hanya menggunakan nama 'sulam' tu sahaja tapi tidak menggunakan cara yang sama macam 'sulam' yang tidak menggunakan ubat kebas, tak sakit, tak berdarah dan langsung tak sama macam sulam pun. Then kenapa triggered sangat? Apa pun aku tetap berpegang dengan apa yang aku faham. Kalau salah aku memang alu-alukan penerangan lanjut berdasarkan fakta bukan berdasarkan logik dan andaian.
Nasi ayam main hentam. Tak ikut mana-mana resepi pun.

Sekarang hari ke 17 puasa nak menghampiri 10 malam terakhir. Target aku tak capai lagi untuk khatam quran. Tapi aku tetap berharap aku tak fokus hanya untuk khatam tanpa mendalami ayat-ayat quran tu sendiri. Kalau khatam maknanya target aku tercapai tapi hakikat yang sepatutnya ambil iktibar untuk sucikan hati dari penghayatan quran tu aku tak dapat. So, semoga aku tetap cool walaupun tak sempat khatam dan dapat penghayatan yang penuh makna daripada tilawah dan tadabbur aku. Amin. Kepada semua pembaca, selamat menjalani ibadah puasa. Semoga puasa kali ini memberi sejuta erti untuk aku dan korang semua.
Till then. Adios!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.