Isnin, 4 Januari 2021

Penguatkuasaan Penjualan Garam Beriodin bermula 1 Januari 2021

           Kementerian Kesihatan Malaysia di Bahagian Pemakanan telah melaksanakan Pindaan Peraturan 285 berkenaan penjualan Garam Halus Beriodin atau Garam Beriodin di bawah Akta Makanan 1985 yang diwartakan pada 12 November 2018 dan telah berkuat kuasa bermula 1 Januari 2021. Pindaan ini mewajibkan semua garam yang beratnya 20kg dan ke bawah mesti ditambah iodin sebelum dijual di pasaran Malaysia. Iodin merupakan nutrien-mikro (micronutrient) yang diperlukan oleh tubuh badan dan sudah sedia terkandung dalam sesetengah jenis makanan. Tapi, tahukah anda fungsi iodin untuk tubuh badan yang boleh membahayakan kesihatan jika tidak diambil cukup menepati keperluan badan?

sumber: https://nutrition.moh.gov.my/

          Selalu orang yang berdiet dengan strict ni, itu tak boleh ini tak boleh. 'Eat Clean' lah katakan mesti nak elakkan seboleh-bolehnya garam dalam masakan. Betul tak? Sebenarnya iodin ni memang secara semula jadi terkandung dalam makanan kita seharian, termasuklah;

  • Makanan laut. Ikan seperti tuna dan ikan kerapu atau jenis-jenis ikan yang tinggi kandungan lemak seperti ikan patin. Udang dan lain-lain haiwan laut juga mempunyai kandungan iodin yang berbeza.
  • Produk tenusu merupakan sumber utama untuk iodin dalam pemakanan rakyat Amerika. Ianya termasuklah; susu, yogurt dan pelbagai jenis keju.
  • Telur juga merupakan sumber iodin yang bagus terutama sekali bahagian telur kuning. 


Nampak tak betapa pentingnya kepelbagaian makanan supaya keperluan micronutrient yang diperlukan oleh badan dapat dipenuhi. Garam merupakan sumber yang dipilih oleh MOH (Kementerian Kesihatan Malaysia) untuk difortifikasi dengan iodin kerana tiga sebab; (1)merupakan bahan asas bagi setiap isi rumah tanpa mengira status ekonomi; (2)kos fortifikasi lebih murah berbanding makanan lain dan; (3)penambahan iodin dalam garam tidak mengubah rupa, rasa dan bau makanan apabila digunakan dalam masakan.

          Siapa yang perlukan garam beriodin ni? Kita semua lah. Tapi apa fungsi iodin dalam badan? Kenapa penting sangat sampai mesti keluarkan Pindaan Peraturan baru? Tubuh badan kita menghasilkan hormon daripada kelenjar thyroid yang mempunyai banyak fungsi seperti; mengawal metabolisma badan (pembakaran kalori yang mengubah naik atau turun berat badan), mengawal degupan jantung, suhu badan, pengecutan otot dan lain-lain. Hormon thyroid ini juga penting dalam tumbesaran tulang dan otak bayi ketika dalam kandungan.

          Apakah masalah atau penyakit apabila kita tak mengambil iodin yang secukupnya? IDD atau Iodine Deficiency Disorders menyenaraikan masalah kesihatan yang terjadi apabila kekurangan zat iodin. IDD ini memberi kesan kesihatan awam yang signifikan dalam 118 negara di seluruh dunia malah seramai 1,572 million orang di seluruh dunia dianggarkan mempunyai risiko terhadap IDD. Contoth-contoh IDD termasuklah;
  1. Tumbesaran janin dan bayi terbantut. Ianya boleh menyebabkan keguguran janin. Kekurangan iodin yang kronik juga boleh menyebabkan kecacatan intelektual, perkembangan seksual (jantina) yang tertangguh (delayed) selain meningkatkan risiko dwarfism.
  2. Bagi kanak-kanak pula, kekurangan iodin boleh menyebabkan masalah tumbesaran otak dan sistem saraf yang akan mengganggu fungsi kognitif dan keupayaan intektual kanak-kanak.
  3. Bagi orang dewasa pula, masalah hypothyroidism dan fungsi mental yang terganggu boleh berlaku.
          Kebanyakan orang yang tidak mengambil kandungan iodin yang mencukupi dalam diet selalunya adalah;
  • Penduduk yang tinggal di kawasan yang kurang kandungan iodin dalam tanah dan hanya mengambil sumber makanan disekitar berdekatan dengan tempat tinggal mereka.
  • Orang yang mengamalkan diet vegan atau orang yang tidak mengambil atau kurang mengambil makanan dari sumber tenusu, makanan laut dan telur.
  • Wanita hamil dan menyusu memerlukan kandungan iodin lebih 50% daripada keperluan harian seorang dewasa supaya ianya cukup menepati keperluan janin dan bayi yang disusui.
          Secara kesimpulannya, amat penting bagi anda semua memastikan pengambilan iodin dan cara yang paling mudah adalah mengambil garam beriodin untuk masakan anda seharian. 

Sumber:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.