Khamis, 20 Mei 2021

Resepi Tart Nenas dan Tart Cadbury Gebu, cair dimulut dan paling sedap

 Assalamualaikum. Salam 8 Syawal 1442 H. Saya harap tak terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. PKP di Kelantan dilanjutkan lagi dan nampak gayanya akan berterusan. Varian Covid 19 terkini yang berasal dari South Africa dan didapati lebih kuat dan berpotensi untuk jangkitan secara airborne (sebagai contoh, kalau anda masuk dalam sebuah shopping mall, dan ada beberapa orang yang dah positif, virus tu boleh berlegar-legar dengan gembira dalam mall tu, dan potensi untuk orang lain yang dalam masa yang sama ada di situ boleh dijangkiti jugak tanpa ada kontak langsung). Betapa pentingnya korang kena pakai mask dan elakkan pergi ke tempat-tempat awam. Jadi, disebabkan PKP ni kita bolehlah buat aktiviti dengan anak-anak kat rumah untuk luang masa dan hilangkan kebosanan. Resepi yang dikongsi kali ini, dua dalam satu. Iaitu Tart Nenas gebu dan Tart Cadbury! Ok, Jom!

Tart Cadbury. Buat warna sama je dengan Tart Nenas.

Resepi Tart Nenas / Tart Cadbury

Bahan-bahan:

350g -Tepung Gandum
1biji -Kuning telur (Gred A)
250g -Butter
35g -Tepung kastad
1sdb -Susu pekat manis
Pastikan semua bahan pada suhu bilik.

500g -Jem Nenas (cukup untuk 1 acuan di atas)
50biji -Cadbury (cukup untuk 1 acuan di atas)
Kalau korang nak buat dua jenis, just darab dua acuan kulit di atas.

Saya suka masukkan Pure Vanilla Extract sebab aroma dia lagi naik lepas biskut dah siap dibakar. Memang umph!!! Boleh dapatkan Vanilla Extract DI SINI

Cara-cara

  1. Campurkan butter, telur, susu pekat manis dan vanilla extract. Pukul biar sekata sahaja, tak perlu pukul sampai kembang
  2. Masukkan tepung gandum dan tepung kastad yang dah diayak. Lebih baik ayak untuk elakkan ada ketulan-ketulan yang akan melekat dalam acuan.
  3. Adukkan hingga acuan tak melekat di tangan.
  4. Masukkan adunan tadi dalam acuan dan picit-picitkan. Wrap acuan dengan inti nenas atau cadbury.
  5. Bakar pada suhu 180°C selama 15 hinga 20 minit. Lepas 15 minit tengok biskut kalau belum garing boleh tambah lagi 5 ke 10 minit.
  6. Dah siap, keluarkan dari oven, tunggu sejuk baru masukkan dalam bekas kedap udara.
Ni buat ramai-ramai sebelum Raya 2021 baru ni. Seronok buat dengan adik-adik sambil bergaduh.

Resepi ni memang saya buat jualan juga masa tinggal di Kuantan 4 tahun lalu. Ramai memuji sedap.


Selamat mencuba! Kalau dah try resepi ni boleh tag saya tau tak kisah di IG atau blog korang. Jaga diri di musim pandemik ni, Jaga SOP dan selamat beraktiviti di rumah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.