Di Malaysia, terdapat dua jenis bidang Master yang boleh dipilih secara umumnya iaitu 'Master in Research' dan 'Master Coursework' atau Mixed mode (tak semua universiti dan jenis kos yang terhad saja yang tawarkan Postgraduate Programme jenis ini). Bagi anda yang merancang nak sambung dalam Master in Research, kebiasaannya memerlukan anda untuk cari Supervisor terlebih dahulu sebelum membuat permohonan kepada pihak Universiti. Untuk program PhD pula hampir kesemuanya akan melibatkan research atau kajian tetapi masih ada beberapa bidang PhD yang melibatkan Mixed mode (coursework and research).
Disebabkan bidang saya adalah dalam bidang sains, pilihan untuk Master Coursework sangat terhad. Saya memilih Master in Research atas beberapa faktor. Iaitu;
- CGPA atau pointer semasa Ijazah
- Pengkhususan bidang
- Elaun sara hidup setiap bulan sepanjang kajian (sebagai Graduate Research Assistant)
- Tiada kuliah dan peperiksaan
Jika anda berminat nak sambung Master in Research, anda mesti mencari Supervisor yang pakar dalam bidang yang anda nak sambung sebelum anda mendaftar. Biasanya anda perlu menghantar Summary of Research Proposal (Kertas Kerja Ringkas) semasa proses permohonan di portal universiti barulah permohonan anda akan diproses. Jadi, bagaimana caranya nak cari Supervisor/Lecturer atau Penyelia Projek dan menghantar email untuk sambung Master in Research di Malaysia? Baca selanjutnya...
Andai kata anda dah tahu bidang apa yang diminati serta kajian apa yang nak dibuat secara specifik adalah lebih mudah untuk anda cari Supervisor kerana anda dah dapat idea tentang kajian anda. Namun, pengajian Pascasiswazah melibatkan kajian ini terutama sekali kajian di Makmal memerlukan kos yang tinggi untuk pembelian barangan makmal.
Sekiranya anda tak clear kajian apa yang nak dilakukan, tapi dah tahu bidang apa yang anda nak pursue, anda boleh ikut cara saya. Iaitu dengan merujuk laman web universiti yang mengiklankan pencarian pelajar PG untuk kajian mereka yang mempunyai Grant dan diberi berserta elaun. Masa saya sambung Master, saya tahu saya minat bidang Pemakanan atau berkaitan kesihatan, tapi tak berapa jelas kajian seperti apa yang boleh dibuat. Kebetulan masa tu ada seorang lecturer yang mencari pelajar Master untuk kajian berkenaan Rheumatoid Arthritis yang akan dijalankan di Univerisiti Sains Malaysia (Health Campus). Menariknya bila sambung postgraduate studies ni, anda boleh pilih mana-mana universiti mengikut kesesuaian anda. Saya memang asal dari Kota Bharu, dan USM tu dekat sangat dengan rumah dalam 10 minit sahaja jaraknya. Jadi, tak perlu nak pindah jauh untuk sambung Master.
Sesetengah universiti memang ada page khas yang mengiklankan pencarian pelajar PG in Research. Ada juga iklan yang tersebar di facebook group atau lain-lain medium. Ni contoh iklan Pensyarah yang mencari pelajar PG untuk kajian mereka;
Sumber: Facebook |
Lepas dah pilih Tajuk dan bidang kajian yang anda minat, anda boleh email pada Supervisor berserta cover letter, dan curriculum vitae. Saya selitkan di sini terus contoh Cover letter dan email yang saya hantar pada bakal-bakal supervisor saya.
Contoh email
- Gunakan salutation yang betul. Kenali bakal supervisor dengan selidik gelaran rasmi mereka (Prof atau Dr). Kalau tak tahu nama SV, boleh nyatakan 'Dear Principal Investigator', atau 'To whom it may concern'
- Kenalkan diri secara ringkas seperti Nama, bidang semasa ijazah, bila grad, kalau belum grad nyatakan estimated time anda akan graduate.
- Nyatakan sebab anda nak memohon sambung PG studies dan juga kenapa pilih kajian tu.
- Buat penutup macam biasa dan nyatakan anda ada hantarkan bersama cover letter dan juga CV untuk rujukan bakal supervisor anda.
- Nyatakan juga cadangan tarikh dan masa untuk berjumpa bagi urusan temuduga pemilihan dan sama ada anda memilih untuk lakukan secar bersemuka atau atas talian. Jika anda tinggal jauh dari universiti, anda boleh mohon untuk lakukan online. Kalau tak pasti nak letak masa bila, beritahu pensyarah yang anda membuka cadangan daripada beliau untuk mencadangkan masa dan tarikh mengikut kesesuaian beliau. Boleh sertakan nombor telefon jika mahu.
Lepas dah hantar, inshaAllah dalam seminggu dua dapatlah reply dari sv untuk panggilan interview. Macam mana nak hadapi interview untuk PG studies pula? Apa yang perlu disediakan? Nanti saya akan berkongsi dalam entri seterusnya kemudian.
P/s: Kalau anda suka catatan post ini, sudi-sudilah share post ini dan komen di bawah agar mudah saya tahu sama ada pembaca blog saya mendapat manfaat dari informasi ini serta terus berkongsi tips Master/PhD pada masa akan datang.
bagus info ni untuk yang tercari2 tips..saya cukup kagum pd yg rajin sambung study ni..sy ni banyak sangat halangan betul la orang kata nak seribu daya taknak seribu dalih(padahal malas)hehe
BalasPadamTerima kasih.
PadamOrang Kampung datang sini......🤭
BalasPadamTerima kasih.
PadamAssalamualaikum. Dah habis ke belum studynya ni?
BalasPadamBelum.
Padam