Sabtu, 14 Januari 2023

REVIEW Innisfree Bija Trouble Care Solution Series - Facial Foam, Toner dan Lotion

Saya memang jarang sangat-sangat nak buat review produk melainkan product yang best, sesuai dengan kulit dan yang pasti efektif pada kulit wajah. Bagi kulit yang kombinasi (berminyak dan kering), sensitif dan berjerawat macam saya, sukar nak dapatkan produk yang serasi dengan jenis kulit. Selepas cuba produk dari Innisfree untuk pertama kali, nampak kesan positif dan kulit yang semakin baik. Masalah jerawat ni memang susah nak dirawat, lagi-lagi jika ada masalah Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), sedang makan pil perancang kehamilan, obesiti dan genetik. Apa yang boleh dilakukan adalah dengan mengawal jerawat daripada tumbuh lebih banyak, membantu untuk jerawat cepat kecut, mengelakkan parut jerawat, dan juga kecilkan liang pori supaya tak terlalu kelihatan. Semoga review ini membantu bagi yang sedang mencari solusi pada masalah kulit anda.

Ni semua dah tube/botol kedua. Pencuci muka tahan lama hingga 4 bulan. Lotion dan Toner pulak 2-3 bulan.

Barisan Produk Innisfree memang terkenal dan menjadi kebanggaan Innisfree iaitu bahan-bahan yang digunakan daripada Jeju Island. Bila saya cuba baca maklumat online, baru saya faham kenapa Bija Seed ni sangat berharga dan boleh dikatakan bahan rare yang tumbuh liar di sekitar selatan Jepun dan Pulau Jeju di Korea Selatan sahaja. Ia juga hanya boleh dituai selepas 20 tahun. Bija seed adalah biji keras yang mempunyai banyak kebaikan untuk kecantikan kulit dengan melembutkan kulit dan menguatkan skin barrier (pelindung kulit).

Tapi kenapa saya katakan Product line Innisfree Bija Trouble ni sangat sesuai untuk kulit berminyak, kombinasi, berjerawat dan pori-pori besar?

Bija Trouble Facial Foam. Harga RM38.00

Innisfree, Bija Trouble Facial Foam

Untuk Facial Foam ni saya dah pakai lebih enam bulan. Walaupun pencuci muka ni sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat, ianya tak buatkan kulit jadi kering langsung. Sesetengah pencuci muka untuk jerawatkan biasanya buatkan kulit jadi kering. Bila kulit terlalu kering, kulit akan hasilkan lebih banyak sebum (minyak) sebagai cara untuk moisture (kelembapan). Penghasilan lebih banyak minyak ini yang akan buatkan pori tersumbat dan merancakkan lagi jerawat.
Pencuci muka ni ada mengandungi minyak Biji Bija, Salicylic acid dan rose crysta yang boleh buang kekotoran kulit luar dan dalam. Buih pun banyak, jadi pakai sikit je dah cukup untuk cuci muka. 
Sebelum ni saya pakai Cetaphil, awal-awal guna memang OK cuma jarawat lambat kecut. Lebih seminggu baru jerawat kecut. Bila dah guna pencuci muka Innisfress Bija Trouble Facial foam ni, cuci muka dua kali sehari dah kecut jerawat dan makin kurang jerawat tumbuh.

Bija Trouble Skin. Harga RM70.00

Innisfree, Bija Trouble Skin Toner

Selepas cuci muka, jangan lupa guna toner untuk tutup semula pores yang dibersihkan tadi dan buang lebihan sel-sel kulit mati. Cuci muka sahaja tak cukup. paling kurang mesti ada juga toner dan moisturiser. Cara guna tak payah letak kat kapas muka tu, terus letak atas tapak tangan dan pat pat pat je di seluruh wajah. Cara ni saya ikut Suzy Miss A sejak bertahun-tahun dulu, dia kata letak kat tapak tangan lagi efektif produk untuk serap pada kulit dan tak membazir sebab toner tu serap ke kapas lebih banyak. Sampai sekarang saya amalkan memang lebih beri kesan pada kulit.
Oh ya, toner ni ada alcohol denat. Jadi bagi kulit yang sensitif dengan alcohol tak berapa sesuai takut merengsakan kulit.

Bija Trouble Lotion. Harga RM61.00

Innisfree, Bija Trouble Lotion

Step terakhir ialah dengan gunakan Bija Trouble Lotion ni. Saya tak pakai apa-apa serum pun sebab nak jimat. Lagipun memang cukup dah tiga ni untuk penjagaan kulit yang optimum. Kalau serum harga dah berapa, lepas tu tak tahu efektif ke tak. Lotion ni fungsinya sama macam moisturiser untuk melembapkan kulit. Saya dah tak pakai mana-mana ubat jerawat dah bila pakai Lini Bija Trouble dari Innisfree ni. Kalau ada jerawat baru saya cuma pastikan letak tebal sikit Lotion ni di bahagian jerawat. Jerawat cepat kecut, kurangkan kemerahan atau inflamasi juga. Lotion ni memang membantu soothing (mengurangkan/menenangkan) kulit wajah tanpa rasa pedih dan melembutkan kulit.

Saya tak pernah cuba cleansing gel atau spot essence sebab harganya agak mahal dan tiga produk ni dah cukup ya. Bagi yang alergik dengan salicylic acid korang kena berhati-hati sikit, Sebelum guna buat patch test dulu. 

Reminder alert: Review ini adalah daripada pandangan peribadi saya sendiri selepas menggunakan produk ini selama lebih lima bulan. Untuk dapatkan nasihat mengenai masalah kulit dan pemilihan skincare yang betul, dapatkan nasihat Pakar Dermatologi.

Selamat Mencuba!

4 ulasan:

  1. Samalah kita, ada masalah jerawat dewasa. Stail pakai toner tu sama, saya pun tak guna kapas. Maybe toner tu jelah saya tak boleh sebab saya tak tahan produk ada alkohol

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas review nya. Ibu guna Somebyme tp rasa mcm nak cuba tukar set lain pula. ;)

    BalasPadam
  3. selalu nya produk2 dari korea ni bagus2 dia punya hasil tapi kdang kena tgk, sesuai ke idak ngan cuaca kat sini dan kulit x sensitif

    BalasPadam
  4. produk dari korea ni ramai dah review, bagus dan berkesan...

    BalasPadam

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.