Rabu, 11 Januari 2023

Cafe Best untuk Gathering, Menu yang Sedap dan Terbaik di Kuantan, Pahang

 
Brew and Butter Cafe, Bukit Ubi Kuantan

Tak pasti sejak bila cafe ini beroperasi, saya jumpa cafe ni secara kebetulan di Grab Food. Mulanya nak order online saja, tapi bila tengok komen harga lebih mahal hingga RM5.00 - RM7.00 saya terus ambil keputusan untuk pergi je ke cafe ini. Waktu tu dah nak dekat waktu azan Maghrib, jadi saya order take-away tak jadi nak dine-in. Harga memang jauh lebih mahal jika order di Grab Food. Lokasi mudah jumpa menggunakan Waze atau Google Map. Kebetulan tak ramai orang, waktu menunggu dalam 10 minit je.

Blind buying tapi makanan dia sedap

Saya order Chicken Rose Sauce Pasta, Strawberry Cream Croissant (kuassong~~) dan Caramel Macchiato. Terdapat banyak jenis Croissant dan Pasta yang ada di Brew & Butter. Pasta dan Criossant yang saya beli kedua-duanya sedap. Criossant dia Crispy, Buttery (tapi tak muak), saiz yang besar, tak terlalu manis campur masam-masam Strawberry. Untuk Chicken Rose Sauce Pasta pulak rasanya memang kena dengan selera saya. Sedikit pedas ala-ala Korean food campur dengan lemak-lemak cream, pasta yang tak kembang (just nice), Chicken grill pun wangi dengan rempah dan herba, tak over masin.

Untuk Caramel Macchiato pulak, rasa manis terlebih walaupun dah minta 'less-sweet'. Sos caramel dia letak lebih agaknya.

Pastinya saya akan repeat order lagi Rose Sauce Pasta. Next time nak cuba dine in.

10 ulasan:

  1. Kuantan area mana ni MA?nampak cozy nak kupi-kupi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di Bukit Ubi. Betul-betul sebelum traffic light bawah flyover bukit ubi. Cozy sangat kalau nak datang dengan family.

      Padam
  2. Wah.. nampak sedap menu yang dicuba.. Caramel Macchiato tu antara minuman kesukaan Sha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Caramel Macchiato memang kopi kesukaan ramai. Nak order kena mintak kurang manis, nanti melampau manisnya.

      Padam
  3. Kot lah tersesat ke Kuantan boleh cuba ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye. Boleh datang ngopi kt sini. Tapi sini banyak lagi cafe2 best n menarik. Saya sendiri pun tak explore lagi.

      Padam
  4. pernah baca org review pasal cafe ni... last time gu kuantan, igt nak gak try tp blm berkesempatan lagi ehehe

    BalasPadam
  5. Mcm best je utk lepak2 tambah lg kalau seleranya ngam dgn kita mst lama nk healing di situ.. hehe

    BalasPadam
  6. sukanyaaaaa sayaaaaaa suasana macam ni... duduk 4-5 jam mesti tak terasa hehehe

    BalasPadam

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.