- Dapatkan makluman terkini dan baru dari masa ke semasa untuk tarikh dan tempoh yang dibuka kepada pelajar untuk buat permohonan melalui website EduLoan MARA.
- Permohonan akan diproses selama 4 minggu dan anda akan dapat makluman tawaran permohonan melalui website juga.
- Pastikan anda selalu dan rajin-rajinlah buka website Eduloan MARA untuk dapat makluman terkini. Kerana anda mesti menghantar semua dokumen yang diperlukan untuk pinjaman GrEP ni dalam masa dua minggu daripada tarikh surat tawaran.
- Kalau terlepas sayanglah nak tunggu permohonan baru dibuka semula.
Dokumen yang perlu disediakan memang agak tebal ye. Jadi pastikan korang isi, proses dan poskan dengan segera dalam masa dua minggu. |
Pinjaman boleh ubah ini, jika anda berjaya GoT (Graduate on Time), hanya perlu bayar 25% daripada jumlah pinjaman, jika tamatkan pengajian melebihi masa hanya bayar 50%. Tapi jika gagal, anda mesti bayar 100%.
Selepas dua hingga tiga minggu, elaun akan diberikan sekaligus untuk 6 bulan pertama. Contohnya, sebulan elaun sara hidup sebanyak RM800. Jadi untuk pertama kali, MARA akan masukkan RM800 x 6 bulan, jadi jumlah adalah sebanyak RM4,800. Tapi kena ingat ada potongan sebanyak RM100 x 6 bulan. Amaun potongan RM600 adalah potongan untuk bayaran balik Pinjaman Pendahuluan MARA. Jadi jumlah sebenar korang akan dapat adalah RM4,200.
Nice sharing..
BalasPadamGood info 👍🏻
BalasPadambaca part ni: terbuka untuk graduan cemerlang
BalasPadamalamak.... sy tak smpi level ni walaupun punya keinginan hehehe