Rabu, 9 November 2022

Cara Nak Mohon Graduate Excellence Program (GrEP) MARA Untuk Pelajar Master/PhD (Dalam Negar dan Luar Negara)

Assalamualaikum pembaca budiman,
Sedikit perkongsian bagi korang yang sambung pelajaran ke peringkat Master atau PhD tak kira dalam atau luar negara. Cara-cara nak mohon Graduate Excellence Program (GrEP) oleh MARA yang dibuka dua kali setahun. Biasanya bulan April dan September setiap tahun permohonan ini dibuka. Jadi siap-siap masukkan dalam kalendar kalau nak mohon GrEP ni.

Jadi GrEP MARA ni apa? GrEP ini adalah pinjaman boleh ubah yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang terbuka untuk graduan cemerlang bagi peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah). Ada beberapa syarat umum dan syarat akademik untuk memohon pinjaman ni. Boleh tengok di link ini GrEP MARA.

Syukur sangat-sangat pada Allah permohonan diluluskan dan ditawarkan GrEP pada permohonan kali kedua.

Caranya adalah;
  1. Dapatkan makluman terkini dan baru dari masa ke semasa untuk tarikh dan tempoh yang dibuka kepada pelajar untuk buat permohonan melalui website EduLoan MARA.
  2. Permohonan akan diproses selama 4 minggu dan anda akan dapat makluman tawaran permohonan melalui website juga.
  3. Pastikan anda selalu dan rajin-rajinlah buka website Eduloan MARA untuk dapat makluman terkini. Kerana anda mesti menghantar semua dokumen yang diperlukan untuk pinjaman GrEP ni dalam masa dua minggu daripada tarikh surat tawaran.
  4. Kalau terlepas sayanglah nak tunggu permohonan baru dibuka semula.
Lepas dah dapat tawaran tu ikut arahan satu persatu tentang cara mengisi borang, dokumen yang diperlukan, dan sedikit berlainan untuk pelajar dalam dan luar negara ya.

Dokumen yang perlu disediakan memang agak tebal ye. Jadi pastikan korang isi, proses dan poskan dengan segera dalam masa dua minggu.

Pinjaman boleh ubah ini, jika anda berjaya GoT (Graduate on Time), hanya perlu bayar 25% daripada jumlah pinjaman, jika tamatkan pengajian melebihi masa hanya bayar 50%. Tapi jika gagal, anda mesti bayar 100%.
Selepas dua hingga tiga minggu, elaun akan diberikan sekaligus untuk 6 bulan pertama. Contohnya, sebulan elaun sara hidup sebanyak RM800. Jadi untuk pertama kali, MARA akan masukkan RM800 x 6 bulan, jadi jumlah adalah sebanyak RM4,800. Tapi kena ingat ada potongan sebanyak RM100 x 6 bulan. Amaun potongan RM600 adalah potongan untuk bayaran balik Pinjaman Pendahuluan MARA. Jadi jumlah sebenar korang akan dapat adalah RM4,200.

Kalau korang nak mohon GrEP bagi pengajian Luar Negara pun boleh ye. Baca FAQ berkenaan GrEP MARA di sini.

 

3 ulasan:

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.