Khamis, 10 Disember 2020

Idea Bisnes Modal Kecil tapi menguntungkan

 Assalamualaikum. Apa khabar semua pembaca sekalian. Diharap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dalam lindungan rahmat Allah SWT. Dalam ujian musim COVID, moga-moga terselit kenikmatan dari Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kada pengangguran yang makin meningkat dek kerana banyak perniagaan gulung tikar atau mengecilkan organisasi untuk mengurangkan kos syarikat. Ramai antara kita yang terkesan. Dalam kegawatan ekonomi, setiap tahap ekonomi semua orang terganggu tak kira dari yang bergaji besar mahupun pekerja kontrak. Dari pengusaha syarikat hingga ke tukang sapu. Kalau kita pekerja paling bawah gajinya, besar kemungkinan kita dibuang kerja, hilang punca pendapatan. Kalau anda sebagai majikan juga terkesan kerana keuntungan syarikat menurun, menyukarkan anda untuk pastikan semua pekerja mendapat gaji yang setimpal lalu terpaksa mengecilkan skala syarikat. Semoga masalah COVID19 ini cepat-cepat berlalu, vaksin dapat ditemui dan membaik pulih masalah ekonomi sekarang. Jadi kali ini, saya nak berkongsi idea bisnes bagi anda yang mencari-cari cara untuk mendapatkan keuntungan walaupun tidak menjadi jutawan sekelip mata, sekurang-kurangnya boleh menampung perbelanjaan asas keluarga.






Sumber: IG story @tortebylinda

Berbuat baiklah dan hulurkan tangan.

Idea-idea bisnes ini saya sendiri sudah lakukannya sejak dari saya tamat SPM. Idea bisnes ni terhasil dek kekangan oleh ayah saya yang risau melepaskan saya bekerja pada waktu usia saya 18 tahun. Tapi, saya ni orang muda yang banyak keinginan. Jadi, muncullah idea bisnes yang sekurang-kurangnya jadikan duit poket untuk saya.

  1. Agen dropship. Agen dropship tidak memberikan pulangan lumayan pada anda dalam sekelip mata tetapi banyak kelebihan kerana anda tidak perlu mengeluarkan wang modal. Hanya perlu usaha promosikan produk, dapatkan tempahan (order) dan pihak syarikat yang akan hantar barang pada pelanggan anda. Tambahan lagi, semua bahan promosi seperti gambar, ayat-ayat marketing, testimoni dan review juga sudah tersedia untuk agen dropship. Anda cuma perlu pilih produk atau niche apakah yang bersesuaian untuk anda atau yang anda minati. Kalau anda minat dengan gadget, boleh jadi dropship gajet. Kalau minat dengan makanan, berlambak produk makanan di pasaran yang sedang mencari agen dropship. Nak promosikan pun tak payah jauh-jau, upload sahaja di facebook atau instagram personal anda. Atau whatsapp group keluarga dan kenalan. 
  2. Kitar semula. Aktiviti kitar semula juga boleh memberi pulangan yang menguntungkan pada anda. Saya masih ingat waktu saya mengumpul semua kertas yang ada di rumah yang tidak diperlukan lagi, beratnya hampir 100 kg! Apa lagi, saya angkut semuanya dalam kereta dan bawa ke pusat kitar semula. Saya dapat hampir RM200 untuk kesemua kertas tadi. Kalau anda tiada kertas atau surat khabar lama yang nak dikitar semula, jangan risau. Ringankan mulut bertanya dengan jiran-jiran untuk mengumpul kertas yang nak dibuang. Kalau jiran tak nak bagi, belilah sekilo RM0.50 dan pusat kitar semula akan membeli sehingga RM2.00/kg. Bukan hanya kertas, botol plastik, botol kaca, besi-besi malah barangan lama atau perabot terpakai pun boleh dijual semula. Minyak masak terpakai juga boleh dikitar semula di stesen minyak terpilih sehingga RM2.50/liter.
  3. Servis penghantaran. Di musim covid dan musim tengkujuh di Kelantan, pergerakan amat terbatas. Ramai yang memilih untuk menggunakan khidmat delivery barang lagi-lagi penjual dari rumah. Gunakan permintaan pelanggan ini sebagai sumber untuk anda jana pendapatan sendiri.
  4. Personal shopper. Servis ini hampir sama dengan yang ketiga di atas tetapi cas lebih mahal, kerana pelanggan mahukan anda membeli barangan keperluan di kedai dan menghantarnya ke rumah. Pengiraan servis seperti ini biasanya bergantung pada jarak dan masa yang diperlukan. Contohnya, jarak dari rumah pelanggan ke kedai adalah sejauh 10 kilometer, manakala jarak dari rumah pelanggan pulang ke rumah anda semula sejauh 5 kilometer. Masa yang diambil untuk membeli barang termasuklah menunggu untuk pembayaran adalah lebih kurang 1 jam 30 minit. Tentukan kadar harga anda per jam. Kalau di Kelantan, RM0.50/km di ambil untuk servis penghantaran. Manakala kadar masa di antara RM5 hingga RM10. Jadi jumlah cas yang anda boleh ambil dari pelanggan adalah 15 km = RM0.50 x 15 = RM7.50, dan cas membeli RM5 tambah RM2.50 untuk 1 jam 30 minit. Jumlah cas kesemuanya adalah RM14 untuk 1 orang pelanggan. Jangan lupa mesti fikirkan risiko-risiko lain juga seperti kesesakan trafik, keadaan cuaca dan lain-lain.
  5. Khidmat penulisan artikel. Jika anda mempunyai bakat dalam penulisan, anda boleh menyediakan artikel-artikel mengikut permintaan pelanggan. Saya pernah membuat perkhidmatan penulisan artikel pada tahun 2014-2015 berkaitan kesihatan dan upah penulisan bermula RM15/artikel bergantung pada panjang artikel. Banyak laman web yang mencari penulis dan bersedia membeli artikel yang sesuai dengan tema atau content laman web mereka. Cuba iklankan perkhidmatan anda di facebook atau portal-portal iklan seperti Majalah.com.
  6. Tutor atau tuisyen. Tuisyen atau tutor atau personal class sekarang bukanlah termasuk dalam bisnes. Tetapi tuisyen adalah sejenis perniagaan dalam bentuk servis. Kalau korang beli data internet, sah-sah internet tu tak dapat dipegang sebab ianya bukan dalam bentuk produk fizikal. Tak kira apa sahaja kelas atau coaching dari bahagian akademik, sekolah rendah sampai ke peringkat universiti mahupun kelas bisnes, kelas baking, kelas gubahan bunga, kraftangan dan pelbagai lagi kelas mengikut pengetahuan dan kemahiran anda. Zaman teknologi ditambah zaman penjarakan sosial ni, kelas face-to-face bukan satu-satunya pilihan kerana kelas atau coaching boleh dibuat secara atas talian. Hanya komputer dan data internet, sedikit kemahiran IT diperlukan untuk melakukan perniagaan servis seperti ini.
Terdapat banyak lagi idea-idea bisnes yang boleh anda lakukan. Jika kena dengan cara, anda boleh lakukannya tanpa modal seperti idea nombor 5. Saya berharap dan berdoa semoga semua yang sekarang sedang menghadapi masalah dari segi ekonomi boleh mendapat manfaat daripada idea ini. Kalau anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang idea bisnes, boleh tinggalkan komen di bawah. Jumpa lagi di lain artikel. -Sekian.

13 ulasan:

  1. Ada hikmah yang diperolehi daripada ujian yang Allah berikan. Moga apa sahaja yang dilakukan untuk kelangsungan hidup Allah permudahkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaAllah. Yakin bahawa setiap yang diberikan nyawa, pasti Allah aturkan bersama dengannya rezeki.

      Padam
  2. tahun 2020 penuh dgn dugaan..semoga kita semua tabah menghadapinya..semoga ekonomi negara bertambah baik, dapat memberi peluang pekerjaan kpd mereka yg terkesan..

    BalasPadam
  3. jnji kena rajin jer.. then jujur dgn segala pekerjaan..insyaAllah

    BalasPadam
  4. Good sharing 🤗. Banyak peluang kerja sebenarnya Kalo Kita pandai mencari dan bijak merebut peluang

    BalasPadam
  5. Setiap orang kehidupan berbeza-beza. Mana yang tak terkesan dengan pandemik covid ni tak ada masalah. Bagi mereka yang terbeban, selagi ada usaha inshaAllah pasti ada rezeki yang Allah janjikan. Sekarang pun dah ramai yang mula berniaga untuk tambah pendapatan keluarga demi kelansungan hidup. servis penghantaran antara yang paling banyak peluang pekerjaan sekarang ni.

    BalasPadam
  6. Sekarang ni pun orang banyak buat bisnes makanan dan penghantaran sebagai salah satu cara untuk jana pendapatan.

    BalasPadam
  7. sekarang ni bnyk platform atau jalan utk kita jana pendapatan sampingan, cuma tinggal diri kita sahaja sama ada mahu atau tidak.. minat adalah perkara penting utk kita lakukan sesuatu perkara..

    BalasPadam
  8. lagi satu kalau kita pandai bab masak memasak.
    dari situ pun boleh buat duit tambahan juga..
    kalau hasil masakan kita mendapat permintaan, boleh sngt la buat duit dari situ..

    BalasPadam

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.