Memaparkan catatan dengan label Ilmu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ilmu. Papar semua catatan

Jumaat, 3 Februari 2023

Tips PhD 2: Cara hantar Permohonan Master/PhD Email, Cover Letter dan CV kepada Bakal Supervisor

Di Malaysia, terdapat dua jenis bidang Master yang boleh dipilih secara umumnya iaitu 'Master in Research' dan 'Master Coursework' atau Mixed mode (tak semua universiti dan jenis kos yang terhad saja yang tawarkan Postgraduate Programme jenis ini). Bagi anda yang merancang nak sambung dalam Master in Research, kebiasaannya memerlukan anda untuk cari Supervisor terlebih dahulu sebelum membuat permohonan kepada pihak Universiti. Untuk program PhD pula hampir kesemuanya akan melibatkan research atau kajian tetapi masih ada beberapa bidang PhD yang melibatkan Mixed mode (coursework and research).
Disebabkan bidang saya adalah dalam bidang sains, pilihan untuk Master Coursework sangat terhad. Saya memilih Master in Research atas beberapa faktor. Iaitu;
  • CGPA atau pointer semasa Ijazah
  • Pengkhususan bidang
  • Elaun sara hidup setiap bulan sepanjang kajian (sebagai Graduate Research Assistant)
  • Tiada kuliah dan peperiksaan
Jika anda berminat nak sambung Master in Research, anda mesti mencari Supervisor yang pakar dalam bidang yang anda nak sambung sebelum anda mendaftar. Biasanya anda perlu menghantar Summary of Research Proposal (Kertas Kerja Ringkas) semasa proses permohonan di portal universiti barulah permohonan anda akan diproses. Jadi, bagaimana caranya nak cari Supervisor/Lecturer atau Penyelia Projek dan menghantar email untuk sambung Master in Research di Malaysia? Baca selanjutnya...

Rabu, 9 Mac 2022

Apa yang Anda Perlu Tahu tentang Tablet bagi Rawatan Covid-19, Paxlovid

Pada 5 Mac 2022, Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin telah mengumumkan sebanyak 110,000 unit tablet Paxlovid akan tiba di Malaysia dalam bulan ini. Ubat berbentuk tablet khas untuk rawatan Covid-19 telah diluluskan oleh U.S. Food and Drug Administration (FDA) merupakan antara persediaan negara dalam merubah fasa pandemik Covid-19 kepada endemik. Terdapat beberapa fakta penting yang dirujuk daripada FDA tentang tablet Paxlovid ini sebagai pengetahuan am bagi kita semua sebagai pengguna.

Sumber: Nikkei ASIA

Selasa, 8 Mac 2022

Bermulalah Langkah sebagai Pelajar PhD

Hari ketiga Home Quarantine disebabkan Covid-19. Semoga Allah beri kesembuhan buat aku dan semua yang sedang melawan virus ini. Post ini hanyalah sekadar coretan untuk diri sendiri dan moga-moga jadi motivasi untuk kalian yang membaca bahawa tiada yang mustahil di dunia ini jika kita berani dan berusaha.

Aku dah daftar sebagai pelajar PhD di IIUM Kuantan sejak awal Februari lagi. Tapi disebabkan banyak urusan keluar masuk lab, training dan sebagainya barulah ada masa nak cerita. 


Bila diundurkan masa semula, cita-cita nak sambung PhD ni dah lama. Sebelum grad pada tahun 2015 lagi dah bagitahu umi baba kawan-kawan yang aku nak sambung sampai PhD. Dulu nak sangat sambung dekat UK. Dah apply pun dalam bidang Human Nutrition di Sheffield University tapi sebab tak dapat biasiswa. Nak pergi dulu dan apply biasiswa kemudian memang tak mampu la. Terpaksa la tunda impian tu. Tahun ni umur 30 tahun berjaya daftar sebagai pelajar PhD dan bercita-cita nak habiskan PhD dalam 3 tahun akan datang.

Semoga Allah mudahkan urusan dan perjalanan aku menuntut ilmu.