Memaparkan catatan dengan label Skincare. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Skincare. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Januari 2023

REVIEW Innisfree Tone Up No Sebum Suncreen EX SPF 50+ PA++++

Kalau anda pernah baca catatan blog saya sebelum ini tentang REVIEW Innisfree Bija Trouble Care Solution Series mesti perasan saya suka betul dengan produk Innisfree. Suka sebab sesuai dengan kulit saya. Sebelum ni (dalam 6-8 tahun yang lalu masa umur awal 20 an) pernah cuba produk lain seperti The Face Shop dan Etude House, tapi tak sesuai dengan kulit. Setakat ni, produk Innisfree yang saya cuba semuanya bagus dan serasi dengan kulit jenis berjerawat dan kombinasi macam saya.


Post kali ini adalah berkenaan Sunblock, suncreen, atau pelindung matahari yang saya guna dari packaging lama hingga packaging baru. Hampir lima botol dah saya guna. Cuaca panas dan lembap di Malaysia ni memang buatkan kebanyakan kita lebih suka tatarias atau produk yang tak menampakkan kulit berminyak. Kalau kulit terlalu berminyak bukan hanya menyebabkan jerawat, tapi juga buatkan make up kita bercapuk.

P/s: Ini review seikhlas hati. Bukan review berbayar.

Sabtu, 14 Januari 2023

REVIEW Innisfree Bija Trouble Care Solution Series - Facial Foam, Toner dan Lotion

Saya memang jarang sangat-sangat nak buat review produk melainkan product yang best, sesuai dengan kulit dan yang pasti efektif pada kulit wajah. Bagi kulit yang kombinasi (berminyak dan kering), sensitif dan berjerawat macam saya, sukar nak dapatkan produk yang serasi dengan jenis kulit. Selepas cuba produk dari Innisfree untuk pertama kali, nampak kesan positif dan kulit yang semakin baik. Masalah jerawat ni memang susah nak dirawat, lagi-lagi jika ada masalah Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), sedang makan pil perancang kehamilan, obesiti dan genetik. Apa yang boleh dilakukan adalah dengan mengawal jerawat daripada tumbuh lebih banyak, membantu untuk jerawat cepat kecut, mengelakkan parut jerawat, dan juga kecilkan liang pori supaya tak terlalu kelihatan. Semoga review ini membantu bagi yang sedang mencari solusi pada masalah kulit anda.

Ni semua dah tube/botol kedua. Pencuci muka tahan lama hingga 4 bulan. Lotion dan Toner pulak 2-3 bulan.

Ahad, 31 Oktober 2021

Hati-hati! Makeup yang mengandungi Asbestos penyebab Kanser

Pencemaran asbestos telah dikesan dalam banyak produk riasan malah jenama besar dan popular juga tidak terkecuali daripada pencemaran ini. Pada tahun 2020, US Food and Drugs Association (FDA) melaporkan dua dalam 10 produk make-up didapati telah tercemar dengan asbestos dalam kandungannya. Asbestos adalah sejenis mineral dikesan dalam talc yang telah dikisar. Serbuk talkum adalah sangat popular dan masih digunakan dalam banyak jenama produk kecantikan hingga sekarang. 

Photo by MART PRODUCTION from Pexels

Selasa, 5 Januari 2021

Kelebihan Serai Wangi untuk Kulit

Lemongrass atau serai wangi adalah antara bahan utama yang ada dalam herba mandian ni.


Banyak sangat kebaikan serai wangi untuk kulit tau.

Antaranya ialah:

  1. Wangian darinya memberikan nilai aromaterapi yang menenangkan membantu anda untuk mendapat tidur yang lena.
  2. Membantu untuk menyah toksin dan membuang kekotoran seterusnya memberikan kulit yang lebih bersih.
  3. Serai wangi sememangnya digunakan untuk merawat jangkitan dan luka pada kulit secara tradisional kerana mempunyai kesan antibakteria ya ng membantu melawan jerawat.
  4. Menyegarkan, melegakan dan mengurangkan kelesuan dan stress pada badan.
  5. Mengurangkan dan mengawal penghasilan minyak dalam liang pori.

Oleh itu, herba mandian ini amat sesuai untuk anda yang mencari2 penyelesaian kepada masalah kulit badan berminyak, jerawat atas belakang, badan letih dan lesu serta masalah gangguan tidur.

Khamis, 24 Disember 2020

Pengalaman Facial di Citra Spa Kota Bharu

 Hai Assalamualaikum,

Hari ni saya nak kongsi pengalaman buat facial dekat Citra Spa tempoh hari. Sebenarnya dah lama beli pakej spa ni dari tahun lepas lagi. Tapi sebab banyak alasan-alasan yang tertentu ditambah lagi dengan COVID, makin lama la bertangguh. Apa pun bermula bulan November 2020 hari tu Spa ni dah buka balik dan pindah dari premis kedai ke rumah! First time datang lepas diorang pindah ni rasa teruja sebab sebelum ni bangunan kedai tempat parking limited dan berkongsi dengan kedai-kedai lain. Terpaksa melilau cari tempat parking. Sekarang tiada masalah dah. Lagi satu tempatnya sangatlah lawa, sejuk mata memandang.

Seronok itu bila senang dapat parking. 

Ahad, 6 Disember 2020

Tips Pilih Skincare untuk Kulit Berjerawat, Berminyak dan sensitif

 Hai Assalamualaikum... Terima kasih atas kunjungan anda dan semoga setiap bait ayat yang disiarkan dalam blog ini memberi manfaat kepada semua pembaca. Post kali ini sekali lagi berkenaan Skincare atau penjagaan kulit sebab setiap wanita mementingkan kesihatan kulit wajah dan kulit yang sihat memberikan keyakinan kepada kita. Betul tak? Jadi alkisahnya, pada tahun 2014 saya mengalami breakout yang teruk dan tiada penghujung. Jerawat demi jerawat tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Boleh ke macam tu? Nak ibaratkan betapa teruknya kulit saya masa tu. Sudahlah masa itu saya belajar di UMS, Sabah, jauh dari keluarga tersayang pula rasa buntu tak tahu nak buat apa. Tambah lagi cuaca di Kota Kinabalu yang panas terik hampir sepanjang tahun.

Akhirnya...