Memaparkan catatan dengan label Business. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Business. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Ogos 2021

Apakah Kit (peralatan) penting untuk 'Homebaker' memulakan perniagaan bakeri dari rumah?

Photo by Taryn Elliott from Pexels

        Kebanyakan home baker yang baru berjinak-jinak memulakan perniagaan dari rumah sangat teruja apabila masuk ke kedai alat-alat dan bahan bakeri. Bermula dari acuan kek, hingga kepada senduk semua ingin dibelinya. Apabila sudah berhabis wang ringgit dengan penuh semangat mengambil tempahan pelanggan, akhir sekali peralatan yang tidak penting dan bahan yang tidak diperlukan dibiarkan tamat tempoh atau berkarat dengan sendiri. Sebagai contoh anda ingin menjual cupcake, semua jenis dan saiz cup anda beli dan tidak habis diguna lepas bertahun-tahun. Tips pertama sebelum anda ingin membeli alatan dan bahan adalah pastikan resepi dan senaraikan terlebih dahulu. Tanpa resepi kebarangkalian anda untuk membeli bahan mentah yang tidak perlu sangat tinggi. Begitu juga tanpa senarai, anda akan kerugian jika membeli melebihi keperluan. Terdapat beberapa peralatan penting untuk home baker sebagai permulaan untuk menjalan bisnes ini dari rumah. Walaupun sesetengah peralatan ini agak mahal, tetapi ianya boleh digunakan dalam jangka waktu yang lama.

Isnin, 24 Mei 2021

Resepi Basque Burnt Cheesecake. Simple tapi rasanya seperti di Cafe Hotel 5 Bintang!

Hai Assalamualaikum.

          Kali ini saya bermurah hati nak kongsi resepi Burnt Cheesecake yang senang sangat-sangat. Tapi a bit tricky sebab nak pastikan cheesecake gooey masa panas-panas (tak rasa macam cheesecake telur) dan rasa cheese yang smooth, creamy, milky dan satisfying masa sejuk. Saya pernah makan Burnt Cheesecake di sebuah Cafe di Kota Bharu. Bila order saya sampai terkejut bila diorang panaskan Burnt Cheesecake. Rasanya yang agak hanyir dengan telur, bila panaskan balik dari peti sejuk, cheesecake tu jadi macam puding buih dan berair malah berketul-ketul. Bau telur lebih kuat dari cheese. Mungkin kek tu asalnya dah sedap tapi bila dipanaskan Telur jadi berketul dan terpisah dengan cream cheese. Rasanya memang tak berbaloi dengan sepotong kek yang berharga RM15. Walaupun saya homebaker, saya suka merasa jenis-jenis kek yang dijual di pasaran terutamanya di cafe-cafe. Sebab kebanyakan supplier cake ke cafe ni adalah homebaker juga tau.

Potong kek mesti lepas dah sejukkan dalam peti ais dalam 2-4jam bergantung pada saiz kek

Resepi ni memang resepi rahsia yang saya dah adjust ikut kesedapan yang saya nak. Kek ni juga adalah salah satu menu dalam senarai kek yang saya jual sebagai homebaker tau. Jom tengok resepi mudah di sini;

Khamis, 10 Disember 2020

Idea Bisnes Modal Kecil tapi menguntungkan

 Assalamualaikum. Apa khabar semua pembaca sekalian. Diharap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dalam lindungan rahmat Allah SWT. Dalam ujian musim COVID, moga-moga terselit kenikmatan dari Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kada pengangguran yang makin meningkat dek kerana banyak perniagaan gulung tikar atau mengecilkan organisasi untuk mengurangkan kos syarikat. Ramai antara kita yang terkesan. Dalam kegawatan ekonomi, setiap tahap ekonomi semua orang terganggu tak kira dari yang bergaji besar mahupun pekerja kontrak. Dari pengusaha syarikat hingga ke tukang sapu. Kalau kita pekerja paling bawah gajinya, besar kemungkinan kita dibuang kerja, hilang punca pendapatan. Kalau anda sebagai majikan juga terkesan kerana keuntungan syarikat menurun, menyukarkan anda untuk pastikan semua pekerja mendapat gaji yang setimpal lalu terpaksa mengecilkan skala syarikat. Semoga masalah COVID19 ini cepat-cepat berlalu, vaksin dapat ditemui dan membaik pulih masalah ekonomi sekarang. Jadi kali ini, saya nak berkongsi idea bisnes bagi anda yang mencari-cari cara untuk mendapatkan keuntungan walaupun tidak menjadi jutawan sekelip mata, sekurang-kurangnya boleh menampung perbelanjaan asas keluarga.






Sumber: IG story @tortebylinda

Berbuat baiklah dan hulurkan tangan.

Khamis, 3 September 2020

Mengapa perlu jadi Homebaker?

 Home baker dalam Bahasa Malaysia maksudnya tukang roti di rumah. Tapi home baker yang saya istilahkan bermaksud peniaga yang menjual hasil bakeri dari rumah tidak kira roti, kek, biskut, kuih muih mahupun kerepek atau apa jua juadah makanan yang dihasilkan dari dapur rumah anda. Sama seperti anda, saya juga tercari-cari panduan memulakan bisnes kek dengan modal yang kecil dan berisiko rendah semasa saya pertama kali memulakan bisnes home baker pada tahun 2015. Bekerja sendiri bukanlah sesuatu yang mudah dan tidak cukup hanya dengan minat dan hobi semata-mata, kerana disamping itu kita juga mahu menyara diri sendiri dan keluarga melalui hasil bakeri ini. Selain membina jenama sendiri, kita juga mesti konsisten dengan hasil bakeri yang dibuat. Saya akan kongsi langkah-langkah memulakan bisnes bakeri dari rumah serta kesalahan-kesalahan yang biasa home baker lakukan. Semoga anda mendapat manfaat dan boleh mempraktikkan tips dalam catatan ini.

Cake cake cakey

Jumaat, 28 Ogos 2020

Bagaimana cara manfaatkan media sosial untuk tingkatkan sales?

    Diwaktu permulaan bisnes bakeri penulis bertapak, amat sukar untuk mendapat pelanggan secara online kerana pada waktu itu bisnes online masih baru dan tidak begitu meluas. Cara penulis lakukan ialah dengan membuka booth di karnival atau mana-mana acara umum untuk memberitahu bahawa syarikat sudah bertapak. Sehinggalah penulis menggunakan Facebook untuk mengiklankan servis tempahan kek dan biskut dan pada awalnya mendapat respon memberansangkan terutama sekali daripada kenalan terdekat. Namun, penulis tidak tahu teknik atau cara untuk memanfaatkan media sosial untuk melariskan jualan atau untuk lebih dikenali pelanggan. Walaupun selalu mengemas kini status di facebook mengiklankan perkhidmatan tempahan kek, respon juga semakin hambar kerana jaringan kenalan adalah orang yang sama dan tidak bertambah. Akhirnya buntu untuk mengemas kini status kerana semua gambar sudah dikongsi tetapi pelanggan tidak bertambah. Hanya ketika ada pelanggan barulah dapat berkongsi gambar kek atau status, jika tiada pelanggan maka akan senyap jugalah tanpa update. Beberapa persoalan perlu ada untuk menentukan strategi pemasaran facebook; Adakah perlu menggunakan profile peribadi untuk memuat naik status? Apakah status yang perlu dikongsi? Bagaimanakah untuk tulis status dan berkongsi di facebook? Bilakah waktu yang sesuai untuk memuat naik status? 

Planning untuk terbitkan ebook

Selasa, 21 Julai 2020

Cara daftar Seller di Shopee dan Mula menjual!

Dalam post kali ini aku akan kongsi cara paling mudah daftar sebagai seller di Shopee dengan menggunakan phone sahaja. Rasanya ramai antara korang memang dah sedia ada akaun di Shopee tapi tak reti nak daftar sebagai Seller. Senang sangat-sangat nak buat listing di Shopee. Kalau korang dah sedia ada produk di tangan lagi mudah nak listing. Nak daftar tak perlu komputer pun, cukup guna handphone je. Nak menjual di Shopee juga tak perlukan verifikasi kena upload salinan IC la, gambar passport la dengan segala macam mak nenek yang merumitkan lagi proses.

Sebelum nak daftar shopee, ambil gambar produk siap-siap. Guna phone je, letak tempat yang cerah paling senang ambil gambar waktu siang bawak keluar meja kopi kat laman rumah, letak produk kat situ dan snap snap snap. Biar jelas dan mudah customer nak faham korang jual apa. Bawah ni aku bagi step by step macam mana nak daftar Shopee dan terus menjual.

Ahad, 19 Julai 2020

Perniagaan dari rumah yang menguntungkan ketika Musim Wabak COVID-19

     Sejak Corona virus yang mengejutkan dunia, banyak bisnes yang lingkup akibat kerugian kerana tidak dapat beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan bermula pada 18 Mac 2020. Walaupun PKP sudah berakhir selain dalam tempoh pemulihan, perniagaan kecil masih sukar untuk bangkit setelah disekat operasinya sepanjang PKP. Ada yang terus menutup kedai, ada juga yang menjual perniagaan mereka malah ada juga yang membuang pekerja kerana tidak mampu menanggung kos operasi dek penutupan premis sepanjang PKP. Baik perniagaan buku, peralatan elektrik, pakaian mahupun produk kecantikan sehinggalah perniagaan bentuk perkhidmatan seperti spa ditutup untuk mengawal wabak Corona ini. Namun tahukah anda perniagaan yang masih lagi boleh diteruskan walaupun PKP berjalan? 
Homemade Brownies

Isnin, 21 Oktober 2019

Cara-cara install Kaspersky Internet Security 2020

How to install antivirus software: Kaspersky Internet Security 2020

  1. Download installer di website Kaspersky. KLIK SINI. **Pastikan anda download Global version bagi windows PC atau protection for Mac jika menggunakan MacBook.
  2. Lepas download, klik pada installer dan ikut arahan yang diberikan sepanjang installation.
  3. Klik License:
  4. Klik Enter Activation Code: 
  5. Masukkan activation code yang dibeli dan Klik ACTIVATE.

  6. Sebarang pertanyaan boleh terus email ke: kaspersky.smc@gmail.com
Terima kasih.