Selasa, 8 Disember 2020

Tolong jangan tertipu dengan Scam Kerja Kosong

Kadar pengangguran sememangnya makin meningkat di negara kita disebabkan kesan COVID-19. Tak kurang juga ramai adik-adik yang sudah tamat pengajian Diploma dan Ijazah di Universiti. Jadi berbondong-bondonglah graduan yang mencari pekerjaan termasuklah saya dan ahli keluarga saya sendiri. Graduan yang tengah semangat dan dalam keadaan terdesak mencari pekerjaan boleh jadi tersalah pandang atau tak sedar langsung yang sebenarnya mereka telah ditipu atau perkataan popularnya SCAM. Dalam beberapa hari yang lalu, adik saya whatsapp bertanya apa maksud whatsapp yang dihantar oleh agensi pekerjaan kepada dia? Pada mulanya saya malas nak melayan sebab adik memang suka bertanya. Tapi bila saya baca keratan mesej yang dihantar, saya naik angin sebab syarat permohonan kerja yang langsung tak munasabah. Kalau dalam peribahasa, bagai menangguk di air keruh ramai yang sanggup berselindung dengan mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.

Image editted using FlyerMaker App

Saya apa lagi.. menggunakan kemahiran internet yang ada saya google la cari Syarikat jenis apakah, siapa dan di mana. Post kali ni saya nak share supaya korang semua berjaga-jaga supaya tidak ditipu semasa mencari kerja online. Saya juga akan kongsi ciri-ciri penipuan agensi pekerjaan dan apa yang adik-adik boleh lakukan untuk pastikan syarikat tempat anda mohon kerja tu legit (Bukan syaiton bertopengkan manusia). Mujurlah saya ni celik IT, reti la nak semak syarikat ni di SSM. Sebelum tu korang baca keratan whatsapp yang adik saya terima di bawah;

typo pakai bukan bagai

Sebelum anda teruja bila dapat respon dari syarikat atau agensi pekerjaan, cuba tarik nafas, berhenti sekejap dan fikir. Kalau tak faham atau buntu, terus tanya sahabat, mak atau ayah, kakak atau abang atau sesiapa yang boleh dipercayai. Jom kita bincangkan keratan mesej di atas;
  1. Anda mencari kerja untuk dibayar gaji bukan membayar gaji pada agensi. Gi kijo nok cari pitih bukan kito wak tubik pitih! Anda bukan nak menyertai persatuan atau kelab yang memerlukan anda bayar yuran tahunan. Kalau lepas setahun masih tak dapat kerja, kita kena renew lagi yuran? Sudahlah menganggur tiada gaji, duit pulak kena makan dengan agensi.
  2. Bila dah berjaya dapat kerja, alhamdulillah. Tahniah! Tapi agensi minta anda bayar 20%! Bukan 0.5% tapi 20%. Kalau minta 0.5% pun tak munasabah apatah lagi 20%! Mereka bukan KWSP, bukan syarikat insuran yang boleh bagi manfaat kepada anda. Kau penat-penat kerja sebulan, bulan pertama dapat gaji masuk perut agensi. Fikir logik pun memang syarat ni tak masuk akal. Tapi betul-betul berlaku ya dalam Malaysia. Kejap lagi saya kongsi maklumat syarikat. Ingat, gaji anda hak anda. Cepat-cepatlah angkat punggung kalau agensi bagi syarat begini.
Saya yakin ramai graduan yang dah terkena scam halus macam ni. Saya bersimpati sangat-sangat kepada adik-adik semua. Kerana saya faham perasaan di scam tanpa sedar. Inilah contoh manusia saiton yang menahan lukah di penggentingan. Saya geram ya. Geram sangat-sangat. Mujurlah adik saya tak tejerat. Ramai lagi graduan yang masih naif dan tiada pengalaman tak sedar. Bila orang cakap give and take kita terima. Tapi bukan dengan cara ini ya.

Sekarang jom fahami ciri-ciri penipuan semasa mencari kerja online:

  1. Anda diminta bayar yuran pendaftaran atau yuran latihan dengan syarikat.
  2. Agensi pekerjaan akan meminta yuran pendaftaran sebelum memproses permohonan anda sama seperti contoh di atas.
  3. Anda terus diterima kerja tanpa melalui proses temuduga atau temuduga melalui whatsapp.
  4. Nama syarikat yang tidak jelas. Tiada nombor pendaftaran atau nombor pendaftaran tak sah. Tiada website syarikat. Kalau dah company established sejak 1986, logo pun macam logo copy paste cepat-cepatlah sedar yang mereka ni tak wujud (SCAM!).
  5. Menjanjikan tawaran gaji yang tinggi tidak setaraf dengan kelayakan. Atau tidak dinyatakan gaji kasar tetapi gaji bergantung kepada performance anda.
  6. Alamat email yang digunakan tidak daripada email syarikat tetapi hanya gunakan gmail atau yahoo.
  7. Berhubung melalui whatsapp tanpa mengira waktu walaupun di luar waktu pejabat.
  8. Kelihatan mendesak seolah-olah anda amat diperlukan untuk bekerja di syarikat yang anda sendiri tak tahu namanya
Bila dah dapat tawaran pekerjaan, jangan gopoh terus terima jawatan siap diminta sain kontrak. Dalam tak sedar, kita diperhambakan malah terjerat dengan mereka. Sebagai senjata anda nanti, ketahui bagaimana nak pastikan syarikat yang anda nak bekerja atau agensi pekerjaan yang nak membantu anda tu betul-betul wujud dan bukan scammer;
  • Semak nama, alamat, alamat email, website dan nombor telefon syarikat. Cek juga lokasi pekerjaan. Kalau meragukan, tanya atau buat carian di Google.
  • Google sejarah syarikat, semak nombor pendaftaran syarikat atau nama syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Hanya daftar percuma dan semak sama ada wujud atau tak syarikat tersebut. Gambar bawah ni contoh yang syarikat agensi pekerjaan ini tak wujud. Syarikat yang mesej adik saya tadi. Mesti kaji selidik sedikit latar belakang syarikat.


  • Walaupun hanya sebagai intern atau pekerja latihan, anda mesti dibayar atas kerja yang dah anda laksanakan. Pastikan perkara ini sebelum anda bekerja atau semasa temuduga.
  • Pastikan anda juga jelas dengan job scope atau bidang kerja. Kalau berselindung kerja bergaji lumayan disebalik kerja MLM atau dapat bayaran per referral tu fikir semula adakah itu jenis pekerjaan yang anda cari sedangkan kerja yang dimohon adalah sebagai akauntan atau kerani.
  • Sebelum dapat tawaran kerja, semua majikan akan lakukan temuduga. Tiada yang ambil pekerja dalam keadan caca marba melalui whatsapp sahaja.
Akhir sekali saya kongsikan syarikat yang cuba nak songlap duit gaji adik saya yang belum pun dapat tawaran kerja di bawah;
AGENSI PEKERJAAN GM POWER SDN BHD
33, Tingkat 1,
Jalan Tun Ismail, 
25000 Kuantan, Pahang.
Phone: +601110677200

Memang saya dah buka fb page company ni, cek nama dan nombor syarikat SSM pun tidak berdaftar, cari sejarah yang dikatakan syarikat dibuka sejak 1986 pun tiada, logo company pun nampak tak legit dan boleh mesej pukul pukul 9.00 malam pun mereka reply! Disebabkan saya di Kelantan, tak dapatlah saya nak pergi ke pejabat tersebut nak tengok keadaan. Kalau ada pembaca yang mempunyai info tentang syarikat scam atau agensi pekerjaan scam, atau pernah ditipu oleh syarikat scam itu sendiri, boleh hantar email terus kepada saya. Saya akan siarkan senarai syarikat di sini. Kita sebarkan beramai-ramai supaya tiada lagi adik-adik kita di tipu semasa mencari pekerjaan online. 
facebook company
Korang juga boleh baca pengalaman Atul Tania tahun 2014. Cerita lama tapi boleh kenal modus operandi syarikat pekerjaan scam ni. Kadang dapat kerja rupanya MLM atau forex yang akan suruh kita laburkan duit. Kongsikan post ini kepada semua rakan-rakan atau adik-adik yang sedang mencari pekerjaan supaya mereka tak tertipu.
Sekian. 

6 ulasan:

  1. salam singgah sini. sekarang ni kena hati2 banyak scammer yang tengah cari mangsa, yg macam ni pun adoo... siap bersyarat bagai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Betul. kesian orang2 y tengah cari kerja tu.
      p/s: Terima kasih atas kunjungan.

      Padam
  2. scammer ni mmg kena sumpah jadi katak.. i mmg benci gila diorg

    BalasPadam
    Balasan
    1. buat jahat kat orang d dunia, xdpt balasan. xpe. kita tunggu nanti di akhirat. every bad deeds must have punishment. tggu lah

      Padam
  3. Bermacam cara scammer ni buat kerja kan. Kenapalah wujud scammer di muka bumi ni. ambil kesempatan atas kesusahan orang lain.
    Sebelum ni pernah husband dapat satu iv ni. tergerak hati nak check sebelum esoknya pergi iv. Mujur check dulu. scammer rupanya.aduhaii..Syukur Allah gerakkan hati nak check dulu. Apapun peluang pekerjaan check betul betul.

    BalasPadam
  4. Bahayanya zaman sekarang ni.. macam2 jenis scammer ada. Kita semua kena berhati-hati, kalau boleh extra alert dengan ciri2 ni.

    BalasPadam

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.