Memaparkan catatan dengan label Islamik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islamik. Papar semua catatan

Isnin, 6 Mei 2019

AMALAN UNTUK TABUNG PAHALA SEPANJANG RAMADAN

Hai Assalamualaikum,
Semalam dah berlalu terawih pertama sempena bulan Ramadan tahun 1440H. Pagi tadi juga sahur pertama. Post kali ni sekadar perkongsian ringan tentang amalan mudah dan cepat sepanjang Ramadan. Allah SWT dah buat open house selama sebulan untuk kita Hamba-hambaNya beribadah kutip sebanyak mana mutiara dan permata yang ada dalam bulan ni. Setiap amalan kebaikan dilipat kali gandakan. Tiada had untuk kita buat amal soleh bahkan penjenayah sekalipun Allah bukakan pintu rahmat untuk orang Islam seluruh dunia, pintu pengampunan untuk kita bertaubat. 
Kadang amalan ni kita terlepas pandang, jadi sebagai perkongsian dan ingatan untuk diri aku juga, aku tak nak lepaskan peluang untuk kongsi juga kepada pembaca.

  1. Perbanyakkan baca Al-Quran.
  2. Kerapkan berzikir. Semudah subhanallah, alhamdulillah, Allahu Akabar!
  3. Selawat jangan dilupakan.
  4. Tambah amalan solat sunat termasuk solat sunat terawih.
  5. Bersedekah. Tak kira dari bentuk wang ringgit atau makanan. Edarkan di masjid-masjid atau pada rumah orang miskin dan anak yatim.
  6. Sediakan makanan orang berpuasa. Kalau yang wanita tak boleh puasa sebab uzur syarie, masak makanan orang berpuasa dengan penuh ikhlas. Pahalanya sama seperti orang yang berpuasa.
  7. Kawal amarah. Manusia kalau dalam keadaan lapar tambah pula dengan panas, hadap kesesakan lalu lintas lagi, anak meraung lagi, nak masak lagi. Memang bertambah-tambah marah, berkurang juga rasa sabar. Kadang tu bukan tak nak kawal marah, tapi tak ingat nak kawal. InshaAllah lakukan perlahan-lahan. Yang pasti, slowly but surely!
Rasanya cukup banyak tu kot. Selain puasa itu sendiri dan bagi pahala untuk kita, amalan-amalan lain kalau dibuat bertambah lagilah tabung pahala tu. Kalaulah tabung pahala tu kita boleh nampak, pasti kita tak lupa nak beramal. Nampak berkurang je kita cepat-cepat top up. 

Sabtu, 4 Mei 2019

PUASA Amalan Purba sebelum Islam

Terasa macam baru sahaja puasa berlalu tahun lepas, eh! dah masuk bulan puasa lagi. Syukur sangat-sangat Allah masih bagi peluang untuk puasa tahun ni. Teringat dulu masa awal-awal Umi dan Baba didik aku untuk berpuasa. Kejut sahur, Umi masak sedap-sedap supaya anak beliau ni berselera masa sahur untuk tahun pertama puasa. Ada juga hari yang kecundang, biasalah! Tahun pertama puasa masa tu aku darjah satu. Sebelum tu aku tak ingat aku puasa ke tak. Masa tu puasa awal tahun. Dah la baru masuk sekolah (maklumlah tak pergi tadika), dah kena puasa tak silap masa tu bulan Februari. Perkara paling mencabar ialah ramai sangat kawan tak puasa siap bawak bekal memang tak kuat. Esoknya aku minta Umi siapkan bekal sebab tak puas hati kawan semua tak puasa minum air. Kalau korang perasan kebanyakan puasa jatuh pada bulan yang cuacanya panas terik. Lama-lama aku kuat hadapi ujian kawan-kawan yang tak puasa sebab bila balik rumah adik-beradik aku semua bangga bagitahu Umi yang diorang tak makan pun di sekolah. Tahan lapar demi puasa.
Semoga Puasa 2019 kali ini memberi penuh berkat dan rahmat untuk kita semua!
Perkongsian kali ini nak ceritakan sedikit pengetahuan aku tentang sejarah puasa. Tahu tak sebelum Islam, ibadah puasa ni dah lama wujud? Dalam surah al-Baqarah ayat 183 ada terangkan, "Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa." Sebelum perintah puasa kepada Nabi Muhammad SAW, ibadah ni dah jadi amalan umat-umat terdahulu tau.