Memaparkan catatan dengan label Knowledge. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Knowledge. Papar semua catatan

Jumaat, 3 Februari 2023

Tips PhD 2: Cara hantar Permohonan Master/PhD Email, Cover Letter dan CV kepada Bakal Supervisor

Di Malaysia, terdapat dua jenis bidang Master yang boleh dipilih secara umumnya iaitu 'Master in Research' dan 'Master Coursework' atau Mixed mode (tak semua universiti dan jenis kos yang terhad saja yang tawarkan Postgraduate Programme jenis ini). Bagi anda yang merancang nak sambung dalam Master in Research, kebiasaannya memerlukan anda untuk cari Supervisor terlebih dahulu sebelum membuat permohonan kepada pihak Universiti. Untuk program PhD pula hampir kesemuanya akan melibatkan research atau kajian tetapi masih ada beberapa bidang PhD yang melibatkan Mixed mode (coursework and research).
Disebabkan bidang saya adalah dalam bidang sains, pilihan untuk Master Coursework sangat terhad. Saya memilih Master in Research atas beberapa faktor. Iaitu;
  • CGPA atau pointer semasa Ijazah
  • Pengkhususan bidang
  • Elaun sara hidup setiap bulan sepanjang kajian (sebagai Graduate Research Assistant)
  • Tiada kuliah dan peperiksaan
Jika anda berminat nak sambung Master in Research, anda mesti mencari Supervisor yang pakar dalam bidang yang anda nak sambung sebelum anda mendaftar. Biasanya anda perlu menghantar Summary of Research Proposal (Kertas Kerja Ringkas) semasa proses permohonan di portal universiti barulah permohonan anda akan diproses. Jadi, bagaimana caranya nak cari Supervisor/Lecturer atau Penyelia Projek dan menghantar email untuk sambung Master in Research di Malaysia? Baca selanjutnya...

Khamis, 19 Januari 2023

Postgraduate Study: Perjalanan yang Panjang, Sunyi dan Melelahkan

Agaknya catatan blog saya memang tak dapat nak berdisiplin tulis sekali seminggu. Terlalu banyak yang berlaku dalam masa dua bulan yang lalu. Menjadi pelajar pascasiswazah yang meliputi 100% kerja kajian dalam makmal pastinya tak mudah. Minat yang mendalam, komitmen serta rasa ingin tahu mesti ada supaya tidak mudah berputus asa untuk apa yang dilakukan. Masing-masing punyai impian dan niat tersendiri bila sambung pelajaran hingga ke peringkat Doktor Falsafah. Ada yang kerana minat terhadap sesuatu bidang, ada juga kerana inginkan peluang kerjaya yang lebih tinggi dengan tangga gaji permulaan yang lebih baik. Tak kurang juga kerana cita-cita untuk menjadi pensyarah atau ada juga yang masih keliru adakah jalan yang dipilih ini yang terbaik untuk mereka.
Cell culture room. Tempat bergaduh dengan sel-sel peliharaan. 

Jumaat, 17 Jun 2022

Writing Achievement: Newswav App. I'm Proud of myself

Hi everyone, How you doing? I glad that I'm able to write new post not long after the last post. I'm trying my best not to go into hiatus from writing. I'm actually thinking of moving from blogspot to .com website/blog. However, I'm still doubting if I'm unable to commit with the roles that will involve a few cost. 
Feel so grateful that my article became a Hot topic last week. You can read on Newswav App.

I have nothing much to share in this post. Just a little update regarding my writing performance. So, a few days ago I wrote an article entitled, "How Ridicule-Culture in Malaysia Makes it Hard for me to Speak English more Fluently?" and I'm shocked to see that many readers triggered with the issue. Some readers even comment their disagreement of speaking English. But many of them actually at certain point in their life struggling to improve their English spoken language.

I also happened to get comment that I should just write article in Malay because I made many grammatical errors when writing in English. However, I don't give up and continue to improve my writing skills. 

P/s: I didn't check for grammatical error in this post. So, pardon me if there's any mistakes. Thank you for reading my blog post.

Rabu, 9 Mac 2022

Apa yang Anda Perlu Tahu tentang Tablet bagi Rawatan Covid-19, Paxlovid

Pada 5 Mac 2022, Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin telah mengumumkan sebanyak 110,000 unit tablet Paxlovid akan tiba di Malaysia dalam bulan ini. Ubat berbentuk tablet khas untuk rawatan Covid-19 telah diluluskan oleh U.S. Food and Drug Administration (FDA) merupakan antara persediaan negara dalam merubah fasa pandemik Covid-19 kepada endemik. Terdapat beberapa fakta penting yang dirujuk daripada FDA tentang tablet Paxlovid ini sebagai pengetahuan am bagi kita semua sebagai pengguna.

Sumber: Nikkei ASIA

Selasa, 8 Mac 2022

Bermulalah Langkah sebagai Pelajar PhD

Hari ketiga Home Quarantine disebabkan Covid-19. Semoga Allah beri kesembuhan buat aku dan semua yang sedang melawan virus ini. Post ini hanyalah sekadar coretan untuk diri sendiri dan moga-moga jadi motivasi untuk kalian yang membaca bahawa tiada yang mustahil di dunia ini jika kita berani dan berusaha.

Aku dah daftar sebagai pelajar PhD di IIUM Kuantan sejak awal Februari lagi. Tapi disebabkan banyak urusan keluar masuk lab, training dan sebagainya barulah ada masa nak cerita. 


Bila diundurkan masa semula, cita-cita nak sambung PhD ni dah lama. Sebelum grad pada tahun 2015 lagi dah bagitahu umi baba kawan-kawan yang aku nak sambung sampai PhD. Dulu nak sangat sambung dekat UK. Dah apply pun dalam bidang Human Nutrition di Sheffield University tapi sebab tak dapat biasiswa. Nak pergi dulu dan apply biasiswa kemudian memang tak mampu la. Terpaksa la tunda impian tu. Tahun ni umur 30 tahun berjaya daftar sebagai pelajar PhD dan bercita-cita nak habiskan PhD dalam 3 tahun akan datang.

Semoga Allah mudahkan urusan dan perjalanan aku menuntut ilmu.

Ahad, 31 Oktober 2021

Hati-hati! Makeup yang mengandungi Asbestos penyebab Kanser

Pencemaran asbestos telah dikesan dalam banyak produk riasan malah jenama besar dan popular juga tidak terkecuali daripada pencemaran ini. Pada tahun 2020, US Food and Drugs Association (FDA) melaporkan dua dalam 10 produk make-up didapati telah tercemar dengan asbestos dalam kandungannya. Asbestos adalah sejenis mineral dikesan dalam talc yang telah dikisar. Serbuk talkum adalah sangat popular dan masih digunakan dalam banyak jenama produk kecantikan hingga sekarang. 

Photo by MART PRODUCTION from Pexels

Rabu, 27 Oktober 2021

Pengalaman IELTS - Part 3

Assalamualaikum kepada semua pembaca yang sudi berkunjung. Terima kasih kerana sudi singgah, baca dan tinggalkan komen pada helaian-helaian post saya. Setelah beberapa persoalan diberikan berkenaan Ujian IELTS, saya mengotakan janji untuk berkongsi dengan lebih terperinci tentang pengalaman ambil IELTS secara Self-Learning, tanpa kelas tambahan dan hanya bergurukan Buku, Youtube dan Blog-blog Pendidikan. Suka saya katakan, niat asal saya ambil IELTS kerana bermimpi nak sambung Postgradute Study di UK dari dulu tapi perancangan Allah mengaturkan perjalanan hidup saya di Malaysia, masih belum berpeluang belajar ke Luar Negara. Ujian IELTS yang saya ambil tu, hampir 8 tahun yang lalu. Tapi saya percaya, tiada perubahan yang ketara berkenaan cara pembahagian markah mahupun analisis ujian kerana ujian bertaraf antarabangsa memang mempunyai standard yang terjaga kualitinya.

Seperti yang dijanjikan juga saya berkongsi Sijil Keputusan IELTS. Bukan untuk menunjuk-nunjuk jauh sekali untuk riak. Tetapi sebagai pembakar semangat kepada korang yang dalam perjalanan nak dapatkan sijil IELTS. Belajar sendiri kerana kurang berkemampuan, jangan biarkan faktor tersebut melumpuhkan semangat korang tau.
 
Tak berapa jelas walaupun dah scan. Lantaklah labu.

Jumaat, 27 Ogos 2021

Apakah Kit (peralatan) penting untuk 'Homebaker' memulakan perniagaan bakeri dari rumah?

Photo by Taryn Elliott from Pexels

        Kebanyakan home baker yang baru berjinak-jinak memulakan perniagaan dari rumah sangat teruja apabila masuk ke kedai alat-alat dan bahan bakeri. Bermula dari acuan kek, hingga kepada senduk semua ingin dibelinya. Apabila sudah berhabis wang ringgit dengan penuh semangat mengambil tempahan pelanggan, akhir sekali peralatan yang tidak penting dan bahan yang tidak diperlukan dibiarkan tamat tempoh atau berkarat dengan sendiri. Sebagai contoh anda ingin menjual cupcake, semua jenis dan saiz cup anda beli dan tidak habis diguna lepas bertahun-tahun. Tips pertama sebelum anda ingin membeli alatan dan bahan adalah pastikan resepi dan senaraikan terlebih dahulu. Tanpa resepi kebarangkalian anda untuk membeli bahan mentah yang tidak perlu sangat tinggi. Begitu juga tanpa senarai, anda akan kerugian jika membeli melebihi keperluan. Terdapat beberapa peralatan penting untuk home baker sebagai permulaan untuk menjalan bisnes ini dari rumah. Walaupun sesetengah peralatan ini agak mahal, tetapi ianya boleh digunakan dalam jangka waktu yang lama.

Isnin, 7 Jun 2021

E-book Rahsia Bisnes Home Baker

Bagaimana cara memulakan bisnes bakeri dari rumah?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama pada Mac tahun 2020, ramai rakyat yang kehilangan kerja kerana banyak syarikat produksi yang mengecilkan skala syarikat. Kadar pengangguran di Malaysia telah meningkat iaitu seramai 516,600 orang yang sebahagian besarnya merupakan lulusan ijazah dan diploma! Lebih membimbangkan lagi pelajar harapan keluarga yang berasal dari keluarga B40 (berpendapatan RM4,850 ke bawah sebulan) dan keluarga miskin yang telah berjaya mendapat kelulusan ijazah inilah paling ramai menganggur. 

Isnin, 4 Januari 2021

Penguatkuasaan Penjualan Garam Beriodin bermula 1 Januari 2021

           Kementerian Kesihatan Malaysia di Bahagian Pemakanan telah melaksanakan Pindaan Peraturan 285 berkenaan penjualan Garam Halus Beriodin atau Garam Beriodin di bawah Akta Makanan 1985 yang diwartakan pada 12 November 2018 dan telah berkuat kuasa bermula 1 Januari 2021. Pindaan ini mewajibkan semua garam yang beratnya 20kg dan ke bawah mesti ditambah iodin sebelum dijual di pasaran Malaysia. Iodin merupakan nutrien-mikro (micronutrient) yang diperlukan oleh tubuh badan dan sudah sedia terkandung dalam sesetengah jenis makanan. Tapi, tahukah anda fungsi iodin untuk tubuh badan yang boleh membahayakan kesihatan jika tidak diambil cukup menepati keperluan badan?

sumber: https://nutrition.moh.gov.my/

Khamis, 3 September 2020

Mengapa perlu jadi Homebaker?

 Home baker dalam Bahasa Malaysia maksudnya tukang roti di rumah. Tapi home baker yang saya istilahkan bermaksud peniaga yang menjual hasil bakeri dari rumah tidak kira roti, kek, biskut, kuih muih mahupun kerepek atau apa jua juadah makanan yang dihasilkan dari dapur rumah anda. Sama seperti anda, saya juga tercari-cari panduan memulakan bisnes kek dengan modal yang kecil dan berisiko rendah semasa saya pertama kali memulakan bisnes home baker pada tahun 2015. Bekerja sendiri bukanlah sesuatu yang mudah dan tidak cukup hanya dengan minat dan hobi semata-mata, kerana disamping itu kita juga mahu menyara diri sendiri dan keluarga melalui hasil bakeri ini. Selain membina jenama sendiri, kita juga mesti konsisten dengan hasil bakeri yang dibuat. Saya akan kongsi langkah-langkah memulakan bisnes bakeri dari rumah serta kesalahan-kesalahan yang biasa home baker lakukan. Semoga anda mendapat manfaat dan boleh mempraktikkan tips dalam catatan ini.

Cake cake cakey

Selasa, 21 Julai 2020

Cara daftar Seller di Shopee dan Mula menjual!

Dalam post kali ini aku akan kongsi cara paling mudah daftar sebagai seller di Shopee dengan menggunakan phone sahaja. Rasanya ramai antara korang memang dah sedia ada akaun di Shopee tapi tak reti nak daftar sebagai Seller. Senang sangat-sangat nak buat listing di Shopee. Kalau korang dah sedia ada produk di tangan lagi mudah nak listing. Nak daftar tak perlu komputer pun, cukup guna handphone je. Nak menjual di Shopee juga tak perlukan verifikasi kena upload salinan IC la, gambar passport la dengan segala macam mak nenek yang merumitkan lagi proses.

Sebelum nak daftar shopee, ambil gambar produk siap-siap. Guna phone je, letak tempat yang cerah paling senang ambil gambar waktu siang bawak keluar meja kopi kat laman rumah, letak produk kat situ dan snap snap snap. Biar jelas dan mudah customer nak faham korang jual apa. Bawah ni aku bagi step by step macam mana nak daftar Shopee dan terus menjual.

Sabtu, 18 Julai 2020

Pengalaman IELTS - Part 2

Assalamualaikum semua!
Bertemu kembali dalam rancangan... Saya membebel anda membaca, saya berkongsi anda gembira. ok. Catatan kali ini tak lain tak bukan adalah perkongsian Bahagian 2 pengalaman aku ambil IELTS. Rasanya aku pernah cerita kenapa aku nak ambil IELTS secara ringkas dekat post sini- Klik sini. Asbab aku ambil IELTS adalah aku nak sambung Master dekat UK. Jadi sebelum aku boleh apply Masters in UK, aku kena ada sijil IELTS dulu. Masa tu aku tahu yang boleh je nak apply dulu course dekat mana-mana University di UK tanpa ada IELTS pun. Sebab Universiti akan bagi tawaran pengajian bersyaratlah, maksudnya aku kena cukupkan syarat-syarat yang masih belum cukup sebelum betul-betul daftar ke Uni sana. Masa tu aku yakin yang aku akan dapat pergi study kat sana. Jadi aku terus je ambil IELTS dan apply. Korang rasa aku dapat tak sambung master kat sana? Nak tahu lanjut kena la baca sampai habis.

Selasa, 14 Julai 2020

Pengalaman IELTS (Self Learning) - Part 1

Hampir beberapa bulan menyepi akhirnya menjadi juga catatan blog kali ni. Sejak dari mula PKP sampai habis PKP pun aku tak rajin nak buat catatan. Kalau nak bagi alasan sampai bila-bila pun takde masa. Jadi hari ini aku nak kongsi pengalaman aku ambil Ujian IELTS. Aku antara dua nak tulis dalam English atau Bahasa sebenarnya. Tapi akhirnya aku putuskan untuk tulis dalam Bahasa sebab... Aku bangga jadi anak Malaysia! Yelah tu. Oh ya, aku akan bahagikan catatan ni dalam beberapa bahagian tau sebab aku rasa nak kongsi juga tips macam mana nak skor dalam IELTS sekurang-kurangnya dapat band 6.0.
Sumber: Portal British Council
Sumber: British Council Webpage

Jumaat, 13 September 2019

Kenapa aku sambung Master?

Hai Assalamualaikum!
     Terima kasih sebab sudi lalu lalang baca blog post aku yang sekejap ada sekejap menyepi. Aku hargai sangat dan mengharapkan komen-komen dan idea yang bermanfaat daripada pembaca. Aku percaya setiap individu ada hak untuk mengutarakan pendapat masing-masing dan boleh setuju atau bantah apa saja yang pada pandangan dia tak betul. Tapi... bila sesuatu isu yang kita ketengahkan tu bukan bidang kita, dan komen kita tu berbaur kritikan dan sinis, memang panas la kau kena kutuk. Jadi, dua tiga hari lepas aku tertengok satu video di facebook yang menyatakan "The ugly truth of further Master/PhD" dan korang mesti boleh teka siapa yang buat video berunsur sinis ni adalah selalunya daripada orang-orang bisnes dan cara marketing dia melalui video. Buatlah video apa pun walaupun viral dan kena kutuk, diorg berpendapat "Bad marketing is still a marketing" lantak la kena kutuk pun asalkan viral.
Ugly truth of further study? Ans: Makin belajar makin banyak benda kau tak tahu.

     Mamat ni aku tak ingat namanya sebab sehari lepas aku komen dan aku baca banyak sangat komen yang tak bersetuju dengan 'pendapat' dia, video tu dah tak de di fb mungkin sebab orang report atau tuan punya video yang padamkan. So, lepas tindakan tak berapa bijak tu disekolahkan dengan komen-komen baru dia jadi bijak, dia padamkan videonya. Ok. Dalam video tu dia bandingkan pekerja dia yang ada kelulusan master/phd dan ijazah/diploma/sijil yang mana pekerja yang master/phd ni ego tinggi dan sombong berbanding pekerja yang lain. Dia cakap, pekerja yang kelulusan  tinggi ni rasa diri dia hebat sebab kelulusan yang dia ada. Jadi dia highlight kat situ yang lulusan master/phd tak diperlukan kalau nak masuk kerja dalam industri. Ada sebahagian pendapat mamat ni aku setuju dan banyak juga yang aku tak setuju atas beberapa sebab. Aku akan highlight-kan sekali tujuan aku sambung Master. 

Khamis, 12 September 2019

Can't sleep? Count sheep! #1

Mesti korang semua pelik dengan tajukkan?
Post ini hanya sekadar suka-suka dan nak legakan fikiran korang kalau tak dapat tido malam-malam. Waktu pun dah lewat melebih jam 12 malamkan?
Biasanya aku pun selalu ada masalah nak lelap walaupun badan dah letih sangat-sangat. Bila dah tak boleh tidur tu mula la macam-macam persoalan keluar. Jadi, malam ini aku nak rungkai satu persoalan yang bermain dalam fikiran aku dan aku rasa korang pun mesti pernah tertanya-tanya juga.

"Macam mana nak asingkan garam dan gula yang bercampur?"

Korang rasa macam mana? Kalau campur air, garam dan gula dua-dua akan larut lagi mustahil nak asingkan. Kalau guna pengayak mungkin boleh kalau yang bercampur tu gula aising dengan garam kasar. Tapi kalau gula dan garam yang bercampur tu tekstur yang sama macam mana nak asingkan? Dahlah warna pun sama-sama putih. 
Fikir punya fikir rupanya ada kaitan dengan sains. Ada dua solusi.