Memaparkan catatan dengan label Produk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Produk. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Januari 2023

REVIEW Innisfree Tone Up No Sebum Suncreen EX SPF 50+ PA++++

Kalau anda pernah baca catatan blog saya sebelum ini tentang REVIEW Innisfree Bija Trouble Care Solution Series mesti perasan saya suka betul dengan produk Innisfree. Suka sebab sesuai dengan kulit saya. Sebelum ni (dalam 6-8 tahun yang lalu masa umur awal 20 an) pernah cuba produk lain seperti The Face Shop dan Etude House, tapi tak sesuai dengan kulit. Setakat ni, produk Innisfree yang saya cuba semuanya bagus dan serasi dengan kulit jenis berjerawat dan kombinasi macam saya.


Post kali ini adalah berkenaan Sunblock, suncreen, atau pelindung matahari yang saya guna dari packaging lama hingga packaging baru. Hampir lima botol dah saya guna. Cuaca panas dan lembap di Malaysia ni memang buatkan kebanyakan kita lebih suka tatarias atau produk yang tak menampakkan kulit berminyak. Kalau kulit terlalu berminyak bukan hanya menyebabkan jerawat, tapi juga buatkan make up kita bercapuk.

P/s: Ini review seikhlas hati. Bukan review berbayar.

Sabtu, 14 Januari 2023

REVIEW Innisfree Bija Trouble Care Solution Series - Facial Foam, Toner dan Lotion

Saya memang jarang sangat-sangat nak buat review produk melainkan product yang best, sesuai dengan kulit dan yang pasti efektif pada kulit wajah. Bagi kulit yang kombinasi (berminyak dan kering), sensitif dan berjerawat macam saya, sukar nak dapatkan produk yang serasi dengan jenis kulit. Selepas cuba produk dari Innisfree untuk pertama kali, nampak kesan positif dan kulit yang semakin baik. Masalah jerawat ni memang susah nak dirawat, lagi-lagi jika ada masalah Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), sedang makan pil perancang kehamilan, obesiti dan genetik. Apa yang boleh dilakukan adalah dengan mengawal jerawat daripada tumbuh lebih banyak, membantu untuk jerawat cepat kecut, mengelakkan parut jerawat, dan juga kecilkan liang pori supaya tak terlalu kelihatan. Semoga review ini membantu bagi yang sedang mencari solusi pada masalah kulit anda.

Ni semua dah tube/botol kedua. Pencuci muka tahan lama hingga 4 bulan. Lotion dan Toner pulak 2-3 bulan.

Khamis, 17 Februari 2022

OneOseven 107 Velvet Lift Cream Essence

Jangan pandang rendah pada free samples! Biasanya kita akan jadi bagai kera dapat bunga bila diberi sampel percuma kan? Pada pandangan peribadi saya, produk kecantikan di Malaysia masih lagi jauh terbelakang atau tercicir berbanding produk kecantikan dari negara Korea Selatan. Bukan kerana ramai peminat Kpop atau Kdrama di Malaysia yang menjadikan produk kecantikan Korea digilai ramai tau! Tetapi kerana keberkesanan produk mereka. Kalau betul tak berkesan, pastilah tiada pelanggan yang terus-terusan jadi pengguna tetap. Salah satu produk yang saya dah jatuh hati lepas pakai free sample adalah Cream Essence dari OneOseven.

Free Sample OneOseven