Blog post pertama bagi bulan September 2022 ini dibuka dengan update ketika pulang ke KB, Kelantan untuk meraikan majlis perkahwinan adik lelaki. Agaknya inilah kali terakhir akan pulang ke Kelantan bagi tahun ini sebelum kembali sibuk dengan pelajaran. Alang-alang balik sempat juga singgah ke kedai sahabat dan saudara yang baru dibuka sekitar Pasir Mas, Kelantan.
Sahabat saya yang baru sahaja buka kedai bakery yang sebelumnya dijalankan di rumah sahaja. Kini dah mampu buka kedai sendiri. Kalau orang-orang sekitar Kota Bharu, Pasir Mas, Wakaf Bharu, hingga ke Gua Musang pun pasti kenal dengan Homebaker bernama Fatin Aliya. Sudah lebih 7 tahun beliau menjalankan perniagaan homebaking ni. Kek beliau semua sedap dan dekorasi yang unik dan kreatif.
Kaunter |
Gambar dari luar kedai lupa pula nak ambil. Kedai beliau bertentangan dengan Klinik Primer Tendong dan berada berhampiran traffic light cabang tiga dari Jambatan Tendong.
Tak lupa juga sempat singgah ke kedai 'Pahit Manih'. Kedai yang menyajikan pilihan air ala-ala KaoriCha, TeaLive tetapi dengan menu yang berlainan. Sempat juga merasa Caramel Macchiato dan Tim Tam. Airnya memang 'jeliro'
Dua kedai yang menarik dan unik namanya..
BalasPadamSemoga terus maju jaya. Suka tengok orang usaha sampai berjaya macam ni. Hebat!
BalasPadamAdmire sgt dengan orang yang mula dari bawah, yang mula bisnes dari rumah, sampai boleh buka kedai tanpa perlu buat loan bank. Kawan saya cerita dulu masa mula-mula jual kek, orang ingat dia xde SPM. Padahal ada ijazah Physiologi. Bila dah mampu bukak kedai baru orang pandang.
PadamCatchy nama kedainya.. pahit manih.. semoga sukses fatin!! Semoga bisnes semakin meluas dgn tempahan kel kawen dan sebagainya
BalasPadam