Rabu, 9 Mac 2022

Apa yang Anda Perlu Tahu tentang Tablet bagi Rawatan Covid-19, Paxlovid

Pada 5 Mac 2022, Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin telah mengumumkan sebanyak 110,000 unit tablet Paxlovid akan tiba di Malaysia dalam bulan ini. Ubat berbentuk tablet khas untuk rawatan Covid-19 telah diluluskan oleh U.S. Food and Drug Administration (FDA) merupakan antara persediaan negara dalam merubah fasa pandemik Covid-19 kepada endemik. Terdapat beberapa fakta penting yang dirujuk daripada FDA tentang tablet Paxlovid ini sebagai pengetahuan am bagi kita semua sebagai pengguna.

Sumber: Nikkei ASIA

Tablet Paxlovid dari syarikat pengeluar Pfizer mengandungi dua jenis tablet yang berlainan iaitu tablet nirmatrelvir dan ritonavir dipaketkan bersama. Tablet ini bertujuan untuk merawat penyakit Covid-19 bagi keterukan penyakit dari ringan hingga sederhana untuk pesakit (yang disahkan positif bagi ujian SARS-CoV-2) termasuklah dewasa, kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 40 kilogram, pesakit yang mempunyai risko yang tinggi untuk mengalami jangkitan Covid-19 yang lebih teruk.

Selain itu, preskripsi tablet ini hanya akan diberi dengan segera selepas pengesahan diagnosis Covid-19 dan dalam masa lima hari daripada simptom bermula. Tablet Paxlovid ini tidak dikuat kuasakan sebagai rawatan pencegahan Covid-19 bagi jangkitan sebelum atau selepas (pre-exposure or post-exposure). Ianya juga tidak boleh diberikan sebagai rawatan permulaan kepada pesakit yang memerlukan kemasukan ke hospital kerana paras Covid-19 yang teruk atau kritikal

Tambahan lagi, ubat ini bukan digunakan sebagai pengganti vaksin Covid-19 seperti yang program vaksinasi yang telah diberikan oleh kerajaan kepada semua rakyat Malaysia. Ringkasnya, nirmatrelvir yang ada dalam tablet Paxlovid berfungsi untuk mencegah protin SARS-CoV-2 dan menghentikan virus tersebut daripada direplikasikan. Manakala ritonavir pula berfungsi untuk melambatkan perpecahan atau penyerapan (breakdown) nirmatrelvir agar ianya berada lebih lama dalam badan pada kepekatan yang lebih tinggi.

Paxlovid ini perlu diambil sebanyak tiga tablet (dua tablet nirmatrelvir, satu tablet ritonavir) secara oral, dua kali sehari selama lima hari berturut-turut. Jumlah kesemua tablet adalah sebanyak 30 biji dan ubat ini tidak boleh diberikan melebihi lima hari berturut-turut

Paxlovid adalah ubat antiviral yang telah melalui tiga fasa ujian klinikal sebelum diluluskan oleh FDA. Beberapa kesan sampingan mungkin dialami termasuklah hilang rasa, cirit-birit, sakit otot dan paras tekanan darah yang tinggi. Risiko kepada interaksi dadah kemungkinan berlaku sekiranya Paxlovid diambil bersama ubat-ubatan lain. Oleh kerana Ritonavir juga mungkin akan menyebabkan kerosakan organ hati, penggunaan ubat ini perlu berhati-hati bagi individu yang mempunyai komplikasi atau penyakit hati, inflamasi hati dan masalah enzim hati yang tidak normal.

Rujukan lanjut boleh dibaca di Laman Web U.S. Food and Drug Administration (FDA) dan laporan oleh News Straits Times.

2 ulasan:

  1. harapan baru utk mereka yg sedang sakit covid..semoga dapat menyembuhkan..

    BalasPadam
  2. good post 😊 would you like to follow each other? if the answer is yes, please follow me on my blog & i'll follow you back. https://camdandusler.blogspot.com

    BalasPadam

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.