Semalam dah berlalu terawih pertama sempena bulan Ramadan tahun 1440H. Pagi tadi juga sahur pertama. Post kali ni sekadar perkongsian ringan tentang amalan mudah dan cepat sepanjang Ramadan. Allah SWT dah buat open house selama sebulan untuk kita Hamba-hambaNya beribadah kutip sebanyak mana mutiara dan permata yang ada dalam bulan ni. Setiap amalan kebaikan dilipat kali gandakan. Tiada had untuk kita buat amal soleh bahkan penjenayah sekalipun Allah bukakan pintu rahmat untuk orang Islam seluruh dunia, pintu pengampunan untuk kita bertaubat.
Kadang amalan ni kita terlepas pandang, jadi sebagai perkongsian dan ingatan untuk diri aku juga, aku tak nak lepaskan peluang untuk kongsi juga kepada pembaca.
- Perbanyakkan baca Al-Quran.
- Kerapkan berzikir. Semudah subhanallah, alhamdulillah, Allahu Akabar!
- Selawat jangan dilupakan.
- Tambah amalan solat sunat termasuk solat sunat terawih.
- Bersedekah. Tak kira dari bentuk wang ringgit atau makanan. Edarkan di masjid-masjid atau pada rumah orang miskin dan anak yatim.
- Sediakan makanan orang berpuasa. Kalau yang wanita tak boleh puasa sebab uzur syarie, masak makanan orang berpuasa dengan penuh ikhlas. Pahalanya sama seperti orang yang berpuasa.
- Kawal amarah. Manusia kalau dalam keadaan lapar tambah pula dengan panas, hadap kesesakan lalu lintas lagi, anak meraung lagi, nak masak lagi. Memang bertambah-tambah marah, berkurang juga rasa sabar. Kadang tu bukan tak nak kawal marah, tapi tak ingat nak kawal. InshaAllah lakukan perlahan-lahan. Yang pasti, slowly but surely!
Rasanya cukup banyak tu kot. Selain puasa itu sendiri dan bagi pahala untuk kita, amalan-amalan lain kalau dibuat bertambah lagilah tabung pahala tu. Kalaulah tabung pahala tu kita boleh nampak, pasti kita tak lupa nak beramal. Nampak berkurang je kita cepat-cepat top up.
Good info Ni tq for sharing
BalasPadam