Khamis, 18 April 2019

Spa di Kota Bharu Kelantan PENGALAMAN PERIBADI

Bagi yang mencari pusat kecantikan atau Spa di sekitar Kelantan khususnya Kota Bharu, di post ni senarai Spa yang pernah aku dapatkan perkhidmatan mereka. Of course lah aku bayar sendiri tanpa tajaan sesiapa.
Gambar sumber daripada website Shang-ri La Spa
Berbaloi atau tak korang pergi spa ni sebenarnya? Bagi aku berbaloi lah lagi-lagi kalau persediaan sebelum kawen. Biasanya ramai yang cari pakej rawatan spa Raja Sehari. Tapi penting untuk korang yang tak tahu atau tak pernah lagi pergi spa fahami apa servis atau khidmat yang pusat kecantikan tu sediakan. Nanti tak puas hati pulakkan korang akan rasa membazir sebab tak kena dengan angin korang.

Setiap spa ada kelebihan dan perkhidmatan yang berlainan. Ada spa yang sediakan perkhidmatan pelangsingan badan, facial from head to toe. Yang fokus pada rawatan wajah sahaja atau pun khas untuk rawatan tradisional contohnya urutan, bekam dan lain-lain. Jadi korang kena la pastikan spa tu mengikut ciri-ciri yang korang nak.

Sumber: Belog Peanut yang Punya
  1. Herbaline Goon Beauty
Cawangan Kota Bharu. Herbaline ada banyak cawangan di lain-lain negeri. First time aku jumpa dekat Ipoh, masa aku tengah study dekat Matrikulasi Gopeng, Perak. Sesuai dengan namanya, Spa ni fokus pada rawatan menggunakan herba. Aku pernah buat rawatan facial buang millia bawah mata (bintik2 putih, picit2 pun tak kluar). 
Lepas tu sebelum kawen aku pergi lagi buat facial treatment. Yang best tentang Herbaline ni ialah tempat dia sangat menenangkan, customer service sangat bagus, buat facial bukan cikai2. Kalau korang pergi kali kedua pun tetap rawatan dia sama, tak lebih tak kurang (senang kata, staf dia ikut SOP yang betul la). 
Harga pun berpatutan. Disebabkan aku suka rawatan cara herba ni aku memang repeat datang sini. 

Sumber Google
       2.  Airawa Spa.

Spa dan salun muslimah. Harga tak semahal Herbaline dan owner dia pun orang Melayu dan Muslim. Aku pernah pergi buat sauna (herba dia bau wangi, lepas mandi pun wangi lagi badan), urutan tradisional, dan bekam. Facial treatment dia pun best. Tak silap aku dia guna produk Mary Kay untuk rawatan muka. Best jugak la dia kasi steam muka nak bagi pori terbuka. Hasil dia kulit muka aku jadi lembut.
Masa aku buat bekam kat Airawa ni ada promo, jadi dapat murah jugak lah. Airawa suka buat promo style combo, campur rawatan muka dan rambut ke gitulah. So, kalau korang nak pergi buat rawatan kat sana boleh terus pergi facebook Airawa Spa Kota Bharu.

Sumber FB D'vintage Spa & Salun
       3.  D'vintage Spa & Salun.

Spa paling murah aku pernah jumpa. Aku suka pergi urut badan kat sini. Boleh katakan tukang urut, Kak Na handal dalam urutan tradisional. Aku suka urut tradisional berbanding relaxing massage. Sebab relaxing massage tak rasa sangat, rasa macam adik aku picit je.
Pernah sekali aku pergi dengan adik aku, dia buat facial dengan scrub badan. Servis tu bagus. Cuma, kalau korang pentingkan suasana dan ketenangan korang akan cakap tak best. Sebab bunyi musik dan ada budak kecik anak lalu lalang cari mak dia. Mak dia tengah urut aku, boleh pulak anak dia masuk. Aku tak kisah sangat sebab kecil lagi budak tu dan aku masih menutup aurat. Tapi bagi aku tak profesional. Again, berbaloi lah dengan murah tu. Kalau korang nak pergi boleh contact terus melalui fb sebab diorang cepat reply.

Sumber Google
       4.  Hannan Medispa Kota Bharu

Owner Dr Hannan dah buat yang terbaik dalam marketing Hannan Medispa ni. Tinggal staf dia je buat yang terbaik untuk servis. Secanggih mana pun alat yang diorang ada, kalau servis cikai-cikai memang customer tak repeat. Hanan Medispa ni bagus dia ada Skincare Product Line tersendiri (bagi aku tak ada beza pun dengan skincare yang di jual di Watson dan Guardian). Aku sign up untuk Flawless Treatement, 3 kali rawatan, harga RM699. Mahal sangat lebih RM200 untuk sekali treatment dan tak berbaloi dengan servis yang diberi.
Panjang kalau aku nak cerita pengalaman aku di Hannan ni. Tapi secara umumnya aku kurang berpuas hati. Adik aku pergi sekali rawatan dan sampai ke hari ini dia cakap membazir je duit dia.

Akhir kalam, itu saja senarai spa yang aku pernah pergi di Kota Bharu. Aku cuba discover spa lain, cuma aku tak nak perkara sama berulang seperti di Hannan Medispa. Herbaline best, tapi ada kekurangan juga.  Apa pun bergantung pada korang untuk nilai.

Kalau korang nak aku share lebih detail pengalaman aku di Hannan Medispa Kota Bharu, tinggalkan komen kat bawah. Cukup 10 komen aku buat entry pengalaman aku tu nanti. Aku jugak akan share pengalaman aku lebih detail dekat Herbaline. Korang boleh bandingkan sendiri nanti.

Till then.
Adios Amigos!

10 ulasan:

  1. baru nk cuba hannan medispa ni..study juga pengalaman org lain, katanya khabar x seindah rupa..rupa x seindah khabar..ha gitu laa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jadi sebab dia Medispa. Gabungan rawatan secara medikal dan juga spa. jadi itu pasal la tak best macam di spa. tapi rawatan dia agak mahal berbanding spa biasa.

      Padam
  2. Top 3 sekarang dh bertukar nama kpda cik wana spa & salon dan bukan lg d'vintage spa & saloon kb.. tpi masih owner yg sama nma kedai je lain.. k.na minta maaf kekurangan dari spa k.na.. akn k.na perbaiki tima kasih berpuas hati servis k.na.. yg berminat utk spa salon boleh wsp 0129487843 wana.

    BalasPadam
  3. membazir sangat pergi hannan medispa. i paid rm200 for 20 mins facial treatment. guna cetaphil masa cuci muka and microdermabrasion machine untuk tonyoh-tonyoh muka. thats all dorang buat. that was my first and last ke situ

    BalasPadam
    Balasan
    1. rawatan dia terlalu sekejap. saya pun rasa tak puas. bila spa kita fikir nak manjakan diri la kan. apakan daya masa tu saya terus bayar untuk 3 kali treatment. jadi pergi jugalah.

      Padam
  4. Rasa macam nk p spa sbb stress kerja tapi spa area kedah bukak lgi PKP huk3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Ann Asyran, kena pegi cepat2. pkp dah habis. hehe

      Padam
  5. Assalamualaikum Cik Puan. kalau sudi jemputlah datang ke Roseville Therapy Centre & Spa. A modern-tradisional concept spa. Amazing Spa Experience in shaa Allah. contact us 013-5887814 / ig @rosevilletherapycentre / Fb page : Roseville Therapy Centre & Spa. we'll reopen our spa on Nov 2021. Thank you :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Boleh survey2 untuk next self treat nanti. Terima kasih

      Padam
    2. Setuju. Mmg Spa ni best. Berdasarkan cerita yg sy baca di blog ini utk 4 4 tempat. Better puan pergi ke roseville therapy. Best sgt!

      Padam

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.