Jangan pandang rendah pada free samples! Biasanya kita akan jadi bagai kera dapat bunga bila diberi sampel percuma kan? Pada pandangan peribadi saya, produk kecantikan di Malaysia masih lagi jauh terbelakang atau tercicir berbanding produk kecantikan dari negara Korea Selatan. Bukan kerana ramai peminat Kpop atau Kdrama di Malaysia yang menjadikan produk kecantikan Korea digilai ramai tau! Tetapi kerana keberkesanan produk mereka. Kalau betul tak berkesan, pastilah tiada pelanggan yang terus-terusan jadi pengguna tetap. Salah satu produk yang saya dah jatuh hati lepas pakai free sample adalah Cream Essence dari OneOseven.
| Free Sample OneOseven |