Sejak saya berkongsi pengalaman sambung Master di catatan, 'Bagaimana Cara untuk sambung Master dalam Negara? Pengalaman aku sendiri', ada yang email bertanya lebih lanjut bagaimana saya sambung belajar dalam Negara. Saya dengan senang hati ingin berkongsi pengalaman saya dan sangat menyokong sesiapa sahaja yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Walaupun terlalu banyak, kompleks dan pelbagai nasihat atau pandangan tentang sambung Master/PhD, saya nak letak tepi bagi pendapat yang tidak menyokong idea untuk seseorang sambung belajar. Sekiranya anda mahu sambung belajar, saya hanya ingin fokuskan kepada bagaimana caranya bukan sebabnya.
![]() |
| Photo by Moaid Mefleh from Pexels |
Saya tiada pengetahuan dan kefahaman mendalam bagi Master/PhD coursework (lebih 80% melibatkan kuliah dan peperiksaan) tetapi saya cukup faham nature atau dasar kepada Master/PhD dalam kajian (Fully Research). Saya juga tiada kefahaman bagi bidang sastera, sains sosial dan kemanusiaan, bisnes dan ekonomi, atau pengajian islam kerana saya berada dalam aliran sains/biologi. Kajian (experiment & research) dan bidang sains adalah sesuatu yang berada seiringan dan tidak boleh dipisahkan. Jadi, bagaimana caranya untuk sambung belajar Master/PhD in Research dan pada masa yang sama boleh menampung kos kajian serta ada elaun bulanan?
