Hai Assalamualaikum!
Terima kasih sebab sudi lalu lalang baca blog post aku yang sekejap ada sekejap menyepi. Aku hargai sangat dan mengharapkan komen-komen dan idea yang bermanfaat daripada pembaca. Aku percaya setiap individu ada hak untuk mengutarakan pendapat masing-masing dan boleh setuju atau bantah apa saja yang pada pandangan dia tak betul. Tapi... bila sesuatu isu yang kita ketengahkan tu bukan bidang kita, dan komen kita tu berbaur kritikan dan sinis, memang panas la kau kena kutuk. Jadi, dua tiga hari lepas aku tertengok satu video di facebook yang menyatakan "The ugly truth of further Master/PhD" dan korang mesti boleh teka siapa yang buat video berunsur sinis ni adalah selalunya daripada orang-orang bisnes dan cara marketing dia melalui video. Buatlah video apa pun walaupun viral dan kena kutuk, diorg berpendapat "Bad marketing is still a marketing" lantak la kena kutuk pun asalkan viral.
 |
| Ugly truth of further study? Ans: Makin belajar makin banyak benda kau tak tahu. |
Mamat ni aku tak ingat namanya sebab sehari lepas aku komen dan aku baca banyak sangat komen yang tak bersetuju dengan 'pendapat' dia, video tu dah tak de di fb mungkin sebab orang report atau tuan punya video yang padamkan. So, lepas tindakan tak berapa bijak tu disekolahkan dengan komen-komen baru dia jadi bijak, dia padamkan videonya. Ok. Dalam video tu dia bandingkan pekerja dia yang ada kelulusan master/phd dan ijazah/diploma/sijil yang mana pekerja yang master/phd ni ego tinggi dan sombong berbanding pekerja yang lain. Dia cakap, pekerja yang kelulusan tinggi ni rasa diri dia hebat sebab kelulusan yang dia ada. Jadi dia highlight kat situ yang lulusan master/phd tak diperlukan kalau nak masuk kerja dalam industri. Ada sebahagian pendapat mamat ni aku setuju dan banyak juga yang aku tak setuju atas beberapa sebab. Aku akan highlight-kan sekali tujuan aku sambung Master.