Memaparkan catatan dengan label Kelantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kelantan. Papar semua catatan

Selasa, 20 September 2022

Jalan Ziarah ke 'Pahit Manih' dan 'byFatinAliya'

Blog post pertama bagi bulan September 2022 ini dibuka dengan update ketika pulang ke KB, Kelantan untuk meraikan majlis perkahwinan adik lelaki. Agaknya inilah kali terakhir akan pulang ke Kelantan bagi tahun ini sebelum kembali sibuk dengan pelajaran. Alang-alang balik sempat juga singgah ke kedai sahabat dan saudara yang baru dibuka sekitar Pasir Mas, Kelantan. 

Sahabat saya yang baru sahaja buka kedai bakery yang sebelumnya dijalankan di rumah sahaja. Kini dah mampu buka kedai sendiri. Kalau orang-orang sekitar Kota Bharu, Pasir Mas, Wakaf Bharu, hingga ke Gua Musang pun pasti kenal dengan Homebaker bernama Fatin Aliya. Sudah lebih 7 tahun beliau menjalankan perniagaan homebaking ni. Kek beliau semua sedap dan dekorasi yang unik dan kreatif. 

Screenshot IG Indaah by FatinAliya

Gambar dalam kedai pula...