Memaparkan catatan dengan label Make up. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Make up. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Januari 2023

REVIEW Innisfree Tone Up No Sebum Suncreen EX SPF 50+ PA++++

Kalau anda pernah baca catatan blog saya sebelum ini tentang REVIEW Innisfree Bija Trouble Care Solution Series mesti perasan saya suka betul dengan produk Innisfree. Suka sebab sesuai dengan kulit saya. Sebelum ni (dalam 6-8 tahun yang lalu masa umur awal 20 an) pernah cuba produk lain seperti The Face Shop dan Etude House, tapi tak sesuai dengan kulit. Setakat ni, produk Innisfree yang saya cuba semuanya bagus dan serasi dengan kulit jenis berjerawat dan kombinasi macam saya.


Post kali ini adalah berkenaan Sunblock, suncreen, atau pelindung matahari yang saya guna dari packaging lama hingga packaging baru. Hampir lima botol dah saya guna. Cuaca panas dan lembap di Malaysia ni memang buatkan kebanyakan kita lebih suka tatarias atau produk yang tak menampakkan kulit berminyak. Kalau kulit terlalu berminyak bukan hanya menyebabkan jerawat, tapi juga buatkan make up kita bercapuk.

P/s: Ini review seikhlas hati. Bukan review berbayar.

Selasa, 30 April 2019

TRENDING: 4 Fakta tentang Sulam Blusher yang korang wajib tahu

Semakin hari semakin ramai yang berminat dan bertanyakan tentang rawatan sulam bedak atau sulam blusher dengan impian memilik wajah secantik artis Korea. Viral di media sosial mengenai make up kekal ini dan kian menjadi trend. Dalam artikel terdahulu ada dinyatakan fakta berkenaan sulam bedak yang membuatkan wajah tampak sentiasa 'make up ready' tak kira masa dan di mana sahaja. Kepada pembaca yang masih belum membaca artikel terdahulu boleh klik SINI.
Sumber: Pexels
Kebanyakan Doktor-doktor Perubatan termasuk Doktor Pakar menyatakan pendirian tidak menggalakkan rawatan face tattoo ini kerana pelbagai sebab yang amat berisiko kepada kesihatan sama ada semasa atau selepas rawatan. Perkara yang menjadi isu penting mengenai permanent make up di Malaysia ialah berkenaan hukum rawatan kepada orang islam dan semestinya risiko kesihatan.

Sabtu, 20 April 2019

5 Fakta tentang Sulam Bedak yang korang kena tahu

Trend kecantikan orang Malaysia selain pengaruh daripada artis-artis tanah air serta social media influencer kebanyakannya diambil dari negara luar terutama sekali Korea Selatan. Sejak zaman dulu lagi, wanita sanggup berhabis wang ringgit demi kecantikan walaupun ianya berpotensi membahayakan kesihatan. Sama ada mereka tidak tahu kesan sampingan rawatan kecantikan tersebut atau mereka sengaja mengabaikannya kerana pepatah, "Beauty is pain". Nak cantik kenalah berkorban.
Sumber: Nykaa