Memaparkan catatan dengan label Cerita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita. Papar semua catatan

Selasa, 8 Mac 2022

Bermulalah Langkah sebagai Pelajar PhD

Hari ketiga Home Quarantine disebabkan Covid-19. Semoga Allah beri kesembuhan buat aku dan semua yang sedang melawan virus ini. Post ini hanyalah sekadar coretan untuk diri sendiri dan moga-moga jadi motivasi untuk kalian yang membaca bahawa tiada yang mustahil di dunia ini jika kita berani dan berusaha.

Aku dah daftar sebagai pelajar PhD di IIUM Kuantan sejak awal Februari lagi. Tapi disebabkan banyak urusan keluar masuk lab, training dan sebagainya barulah ada masa nak cerita. 


Bila diundurkan masa semula, cita-cita nak sambung PhD ni dah lama. Sebelum grad pada tahun 2015 lagi dah bagitahu umi baba kawan-kawan yang aku nak sambung sampai PhD. Dulu nak sangat sambung dekat UK. Dah apply pun dalam bidang Human Nutrition di Sheffield University tapi sebab tak dapat biasiswa. Nak pergi dulu dan apply biasiswa kemudian memang tak mampu la. Terpaksa la tunda impian tu. Tahun ni umur 30 tahun berjaya daftar sebagai pelajar PhD dan bercita-cita nak habiskan PhD dalam 3 tahun akan datang.

Semoga Allah mudahkan urusan dan perjalanan aku menuntut ilmu.

Isnin, 7 Mac 2022

Keputusan English Placement Test (EPT) IIUM dah Keluar

Alhamdulillah, syukur pada Allah atas semua kurniaan yang diberikan pada kita. Hari ini aku dapat berita baik dan juga tak baik. Pertamanya aku disahkan positif Covid-19 sejak semalam dan bermulalah tempoh kuaranting sehingga 12 Mac 2022 ini. Kalau diikutkan minggu ni ada taaruf week untuk semua pelajar Pascasiswazah Kuliyyah of Allied Health Sciences yang akan dijalankan secara bersemuka. Tapi apakan daya, lepas empat hari balik daripada English Placement Test (EPT) di IIUM Gombak Campus pada 28 Februari 2022, dah mula tunjukkan simptom. Rasa macam nak demam tapi very mild fever. Malam-malam menggigil, ada sakit tekak sikit. Tapi tak macam flu yang memang tak boleh bangun langsung. Demam kali ni rasa pelik. Hari kedua (semalam, 6Mac) terus buat saliva test. Positif!


Pasti semuanya ada hikmah. Hari ni juga keputusan EPT keluar. EPT ni macam test yang wajib bagi pelajar Ijazah, Sarjana hinggalah ke peringkat PhD. Walaupun aku dah ada keputusan IELTS, tapi result tu pada tahun 2016 lagi. Untuk pengetahuan adik-adik yang nak sambung Master/PhD, IELTS ni valid selama dua tahun sahaja. Lepas dua tahun kena reseat exam tu. Apa yang menariknya IIUM ni dia ada test khas untuk pelajar Sarjana/PhD. Kalau USM dulu aku guna result IELTS. Jadi mudahlah pelajar postgraduate yang belum ada keputusan bahasa inggeris. Ambil je EPT. Yang penting kena lulus. Minimum band score boleh rujuk di SINI. Jadi keputusan aku...

Ahad, 29 Ogos 2021

#1 KISAH SERAM: Adik sihir kakak kerana cemburu

    Kisah ini terjadi lebih 12 tahun yang lalu ketika aku belajar di Tingkatan 5. Guru di sekolah aku pada ketika itu mengajak aku untuk mendapatkan Rawatan Islam kerana aku mengalami gangguan yang mempengaruhi emosi dan kosentrasi ketika belajar. Oleh kerana pada tahun itu aku akan menduduki peperiksaan SPM, Ustazah Aminah (bukan nama sebenar) menjemput aku untuk ke tempat Perawat Islam yang terkenal kerana beliau merupakan anak murid arwah Ustaz Haron Din. Selepas dapat kelulusan daripada Umi, aku pun pergilah ke Balai Islam Lundang bersama Ustazah dengan beberapa orang pelajar yang turut ingin mendapatkan rawatan tersebut. Peristiwa aneh dan menyeramkan ini bukan berlaku pada aku tetapi ianya berlaku pada salah seorang pesakit yang turut sama-sama hadir pada ketika itu.

Photo by Khoa Võ from Pexels