Memaparkan catatan dengan label Aplikasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aplikasi. Papar semua catatan

Rabu, 1 Jun 2022

Beli iPhone dengan Paylater App: Aplikasi Mudah untuk Buat Bayaran Secara Ansuran Tanpa Faedah (0% fee instalment)

Photo by cottonbro from Pexels

Pada tahun lepas, ramai sedara mara beri hadiah berbentuk wang sebagai tanda tahniah sebab saya lulus pengajian Master. Kebetulan komputer riba yang digunakan masa Master dah dipulangkan semula pada pemilik asal. Akhir sekali saya buat keputusan untuk beli MacBook Air 13", Apple M1 chip di iSwitch. Masa survey di laman web mereka, ada bahagian bayaran yang membolehkan saya bayar secara ansuran menggunakan aplikasi Paylater. Ala-ala kad kredit tapi dalam bentuk aplikasi.

Muat Turun Aplikasi PayLater di Telefon Pintar sekarang!

Awalnya saya fikir aplikasi ini tidak beroperasi di Malaysia dan menggunakan mata wang USD sahaja. Rupanya ada PAYLATER Malaysia yang memfokuskan perkhidmatan 'Buy-Now-Pay-Later' ini boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas. Masa saya muat turun aplikasi ini di telefon, daftar dan isi beberapa butiran peribadi, saya terus dapat Shopping Limit sebanyak RM1,500.00 dan boleh terus berbelanja untuk apa sahaja belian ansuran.