![]() |
| Teh Oolong sedia diminum. Tanpa kalori! |
Teh merupakan minuman yang dinikmati oleh semua rakyat Malaysia tak kira dalam bentuk apa ia dihidangkan. Bagi masyarakat Cina, teh merupakan satu budaya turun temurun yang diamalkan bukan hanya kerana manfaat kesihatannya tetapi juga sebagai simbolik kepada sebuah majlis atau perayaan. Jika Tealive, Chat Time atau Cool Blog menjadi satu minuman trendy yang disukai ramai orang tidak kira peringkat umur, kali ini saya akan kongsikan minuman untuk anda yang nak turunkan berat badan tapi masih tak nak meninggalkan amalan minuman teh. Teh Oolong adalah teh tradisional masyarakat Cina yang mempunyai banyak manfaat kesihatan kerana ianya merupakan campuran daun teh hitam (black tea leaves) dan teh hijau (green tea) dengan aroma seperti tembakau (woody and earthy aroma) serta rasanya yang pahit.






