Memaparkan catatan dengan label Pengalaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengalaman. Papar semua catatan

Jumaat, 3 Februari 2023

Tips PhD 2: Cara hantar Permohonan Master/PhD Email, Cover Letter dan CV kepada Bakal Supervisor

Di Malaysia, terdapat dua jenis bidang Master yang boleh dipilih secara umumnya iaitu 'Master in Research' dan 'Master Coursework' atau Mixed mode (tak semua universiti dan jenis kos yang terhad saja yang tawarkan Postgraduate Programme jenis ini). Bagi anda yang merancang nak sambung dalam Master in Research, kebiasaannya memerlukan anda untuk cari Supervisor terlebih dahulu sebelum membuat permohonan kepada pihak Universiti. Untuk program PhD pula hampir kesemuanya akan melibatkan research atau kajian tetapi masih ada beberapa bidang PhD yang melibatkan Mixed mode (coursework and research).
Disebabkan bidang saya adalah dalam bidang sains, pilihan untuk Master Coursework sangat terhad. Saya memilih Master in Research atas beberapa faktor. Iaitu;
  • CGPA atau pointer semasa Ijazah
  • Pengkhususan bidang
  • Elaun sara hidup setiap bulan sepanjang kajian (sebagai Graduate Research Assistant)
  • Tiada kuliah dan peperiksaan
Jika anda berminat nak sambung Master in Research, anda mesti mencari Supervisor yang pakar dalam bidang yang anda nak sambung sebelum anda mendaftar. Biasanya anda perlu menghantar Summary of Research Proposal (Kertas Kerja Ringkas) semasa proses permohonan di portal universiti barulah permohonan anda akan diproses. Jadi, bagaimana caranya nak cari Supervisor/Lecturer atau Penyelia Projek dan menghantar email untuk sambung Master in Research di Malaysia? Baca selanjutnya...

Jumaat, 27 Januari 2023

REVIEW Innisfree Tone Up No Sebum Suncreen EX SPF 50+ PA++++

Kalau anda pernah baca catatan blog saya sebelum ini tentang REVIEW Innisfree Bija Trouble Care Solution Series mesti perasan saya suka betul dengan produk Innisfree. Suka sebab sesuai dengan kulit saya. Sebelum ni (dalam 6-8 tahun yang lalu masa umur awal 20 an) pernah cuba produk lain seperti The Face Shop dan Etude House, tapi tak sesuai dengan kulit. Setakat ni, produk Innisfree yang saya cuba semuanya bagus dan serasi dengan kulit jenis berjerawat dan kombinasi macam saya.


Post kali ini adalah berkenaan Sunblock, suncreen, atau pelindung matahari yang saya guna dari packaging lama hingga packaging baru. Hampir lima botol dah saya guna. Cuaca panas dan lembap di Malaysia ni memang buatkan kebanyakan kita lebih suka tatarias atau produk yang tak menampakkan kulit berminyak. Kalau kulit terlalu berminyak bukan hanya menyebabkan jerawat, tapi juga buatkan make up kita bercapuk.

P/s: Ini review seikhlas hati. Bukan review berbayar.

Isnin, 6 Jun 2022

Tips PhD 1: Bagaimana Sambung PhD Dalam Negara? Dapat Elaun Bulanan dan Kos Kajian ditanggung

Sejak saya berkongsi pengalaman sambung Master di catatan, 'Bagaimana Cara untuk sambung Master dalam Negara? Pengalaman aku sendiri', ada yang email bertanya lebih lanjut bagaimana saya sambung belajar dalam Negara. Saya dengan senang hati ingin berkongsi pengalaman saya dan sangat menyokong sesiapa sahaja yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Walaupun terlalu banyak, kompleks dan pelbagai nasihat atau pandangan tentang sambung Master/PhD, saya nak letak tepi bagi pendapat yang tidak menyokong idea untuk seseorang sambung belajar. Sekiranya anda mahu sambung belajar, saya hanya ingin fokuskan kepada bagaimana caranya bukan sebabnya.

Photo by Moaid Mefleh from Pexels

Saya tiada pengetahuan dan kefahaman mendalam bagi Master/PhD coursework (lebih 80% melibatkan kuliah dan peperiksaan) tetapi saya cukup faham nature atau dasar kepada Master/PhD dalam kajian (Fully Research). Saya juga tiada kefahaman bagi bidang sastera, sains sosial dan kemanusiaan, bisnes dan ekonomi, atau pengajian islam kerana saya berada dalam aliran sains/biologi. Kajian (experiment & research) dan bidang sains adalah sesuatu yang berada seiringan dan tidak boleh dipisahkan. Jadi, bagaimana caranya untuk sambung belajar Master/PhD in Research dan pada masa yang sama boleh menampung kos kajian serta ada elaun bulanan?

Sabtu, 6 November 2021

Akhirnya Aku Grad Master in Science (Medical Immunology)!

Syukur alhamdulillah, alhamdulillah thumma alhamdulillah! Allahu Akbar! Allah mendengar permintaan aku dan mengabulkannya satu per satu. Betapa kasih sayang Allah pada semua hambaNya tak dapat dikira setiap satu kerana terlalu banyak. Oleh itu, dengan rasa kesyukuran yang selalu ditanam dalam hati tak kira kejayaan yang dicapai hari ini, mahupun setiap hela nafas, segenap sendi tubuh yang bergerak, kesempurnaan setiap deria serta keteguhan dalam iman dan Islam, semuanya adalah kurniaan Allah pada aku. Menitis juga air mata apabila dah dianugerahkan secara official sebagai graduan Master.

Ada juga rasa nak berhenti sepanjang dua tahun pengajian Master. Ada yang pandang enteng mengatakan, "Alah, master mudah je, bukan PhD." Tapi sangka baik dengan individu tersebut kerana she had got it easier. Mungkin ada yang tak perlu risaukan yuran sebab dah dapat scholarship, ada yang memang genius dan bijak dan Allah mudahkan kefahaman dia. Jadi dia merasakan ianya mudah bagi dia dan merasakan orang lain pun boleh laluinya dengan mudah juga.