Jumaat, 13 September 2019

Kenapa aku sambung Master?

Hai Assalamualaikum!
     Terima kasih sebab sudi lalu lalang baca blog post aku yang sekejap ada sekejap menyepi. Aku hargai sangat dan mengharapkan komen-komen dan idea yang bermanfaat daripada pembaca. Aku percaya setiap individu ada hak untuk mengutarakan pendapat masing-masing dan boleh setuju atau bantah apa saja yang pada pandangan dia tak betul. Tapi... bila sesuatu isu yang kita ketengahkan tu bukan bidang kita, dan komen kita tu berbaur kritikan dan sinis, memang panas la kau kena kutuk. Jadi, dua tiga hari lepas aku tertengok satu video di facebook yang menyatakan "The ugly truth of further Master/PhD" dan korang mesti boleh teka siapa yang buat video berunsur sinis ni adalah selalunya daripada orang-orang bisnes dan cara marketing dia melalui video. Buatlah video apa pun walaupun viral dan kena kutuk, diorg berpendapat "Bad marketing is still a marketing" lantak la kena kutuk pun asalkan viral.
Ugly truth of further study? Ans: Makin belajar makin banyak benda kau tak tahu.

     Mamat ni aku tak ingat namanya sebab sehari lepas aku komen dan aku baca banyak sangat komen yang tak bersetuju dengan 'pendapat' dia, video tu dah tak de di fb mungkin sebab orang report atau tuan punya video yang padamkan. So, lepas tindakan tak berapa bijak tu disekolahkan dengan komen-komen baru dia jadi bijak, dia padamkan videonya. Ok. Dalam video tu dia bandingkan pekerja dia yang ada kelulusan master/phd dan ijazah/diploma/sijil yang mana pekerja yang master/phd ni ego tinggi dan sombong berbanding pekerja yang lain. Dia cakap, pekerja yang kelulusan  tinggi ni rasa diri dia hebat sebab kelulusan yang dia ada. Jadi dia highlight kat situ yang lulusan master/phd tak diperlukan kalau nak masuk kerja dalam industri. Ada sebahagian pendapat mamat ni aku setuju dan banyak juga yang aku tak setuju atas beberapa sebab. Aku akan highlight-kan sekali tujuan aku sambung Master. 
     
"Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)." -Al-Kahf ayat 109

        Pertama, bila sambung master aku jumpa ramai sangat ilmuan  dan cendekiawan yang ahli dalam bidang dia dan setiap pakar-pakar atau profesor ni bidang dia lain-lain. Aku sangat-sangat culture shock dan rasa betapa kerdilnya diri aku kerana keluasan bidang ilmu tu sendiri. Makin banyak aku baca research paper dan journal makin banyak aku tak tahu dan sampai pernah aku rasa mustahil untuk manusia kuasai ilmu yang seluas lautan. Senang kata aku rasa macam bodohnya aku sebab banyak lagi aku kena belajar. Dari situ jelas sekali yang aku tak mungkin boleh berbangga dengan master (aku belum lagi dapat pun) apatah lagi nak sombong dan ego dengan kelulusan yang ada. Dan aku yakin even lulusan phD yang dan pangkat Prof pun dia akan rasa kerdil sebab ilmu dia hanya pada bidang dia sahaja. Cuba kau tanya pasal saham atau analisis ekonomi pada Pensyarah pangkat Prof dalam bidang imunologi? Dia pun akan geleng kepala sebab luar bidang ilmu dia.

     Kedua, Master/PhD tak diperlukan untuk apply kerja. Yang ni aku setuju dan tak setuju. Aku setuju sebab kalau kelulusan ijazah sahaja pun dah melayakkan korang untuk apply kerja dalam industri bidang korang. Aku bagi contoh, kalau kau apply kerja bidang Teknologi Makanan (jadi QA/QC manager) di syarikat swasta kilang makanan dan kau ada master, peluang kau untuk diterima kerja adalah tipis. Kenapa? Sebab ijazah sahaja dah cukup untuk kerja tu dan, bila kau ada master majikan mesti bagi gaji taraf master pada kau dan ia merugikan kos syarikat. Baik majikan tu ambik orang lulusan ijazah je yang gaji basicnya lebih rendah berbanding lulusan master. Tapi, bila bidang kerja tu melibatkan tingkat teknologi/ilmu yang lebih tinggi dan mendalam terutama sekali dalam research, di situ lulusan master/PhD amat-amat diperlukan. Aku yakin peluang pada semua lulusan tak kisah ijazah master atau PhD ada je.

     Selain itu, Master/PhD tak semestinya untuk orang yang nak jadi pensyarah sahaja. Kalau aku, sebelum habis ijazah lagi aku dah berniat nak sambung master dan seterusnya PhD kalau ada peluang sebab aku nak jadi pensyarah. Tapi aku tak nafikan kalau ada peluang masuk industri aku takkan tolak. Macam yang aku kata tadi, kalau bidang sains peluang untuk masuk industri tu tetap ada untuk lulusan master/phd. Nasihat aku untuk adik-adik yang dah nak habis ijazah dan terasa nak sambung master, pastikan tujuan korang tu jelas. Kenapa nak sambung? Apa rancangan lepas master? Pastikan korang faham dan jelas dengan pilihan korang. Sebab, education comes with a price. Kalau korang dapat biasiswa dan dijanjikan kerja lepas grad, then go for it and do your best. Tapi kalau terpaksa berhutang lagi, tambah dengan hutang ptptn masa ijazah, situ kau kena fikir semula. 

      Ada yang ambil master sebab lepas ijazah dia tak dapat kerja. Banyak dah apply. Even kerja yang perlukan SPM sahaja pun dia apply. Dah buntu nak kerja apa, dia sambung belajar dengan harapan dapat kerja lepas Master. Kalau target lepas master nak jadi pensyarah peluang dia insyaAllah cerah. Tapi kalau niat nak sambung master sebab nak dapat gaji tinggi bila apply kerja masuk industri, kau salah. Semua orang kerja akan mula dengan gaji basic. Kalau rasa tak mampu dan tanggung kos pengajian atau hutang belajar, cari cara lain untuk kerja. Memang struggle. Aku sendiri lepas ijazah pun menganggur setahun setengah sebelum dapat kerja jadi cikgu. Tapi syukur dapat kerja. Masa menganggur tu rasa lost gila. Tapi masa menganggur tulah aku guna ambil order buat kek dan biskut hantar rumah ke rumah. 

      Oklah, itu saja pendapat aku. Kalau rasa nak sambung belajar, tapi buntu betul ke pilihan kau ni. Solat istikharah. Tanya pendapat mak, ayah, abang, kakak dan adik, dan kawan-kawan kau. Jangan abaikan pendapat orang lain. Tak semestinya kita perlu setuju dan ikut, tapi untuk buka minda dan bagi kita pandang sesuatu pada sisi dan sudut yang berbeza yang kau tak nampak tapi orang lain nampak. Aku sendiri pun tengah struggle sambung belajar. Setiap pilihan kita tu, ada cabaran yang menanti. Don't lose hope. Ok?

Adios!

9 ulasan:

  1. Artikel yang menarik dan membantu aku, terima kasih buat penulis <3

    BalasPadam
  2. Terbaik.Terasa ditiup semangat untuk sambung belajar.Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllahh. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. ianya jalan yang panjang, sunyi dan melelahkan. tapi dengan tekad dan semangat , niat yang ikhlas kerana Allah, pasti dapat lalui juga. Don't lose hope.

      Padam
  3. Nak tanya kalau ambil master dalam pendidikan berbaloi ke? Adakah kerajaan akan utamakan degree pendidikan? Sebab saya asal bukan degree pendidikan tp teringin jadi cikgu? Minta pendapat ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berbaloi atau tak bergantung pada matlamat yang Amirul Hakim nak capai. Untuk jadi cikgu, ambil diploma pendidikan dah melayakkan awak bekerja sebagai cikgu. Malah, boleh jadi cikgu di sekolah swasta tanpa kelulusan pendidikan jika mahu. Saya pernah bekerja sebagai guru di sekolah swasta tapi hanya setahun sebelum sambung Master. Biasanya yang sambung Master hingga ke phd matlamatnya nak jadi lecturer. Alang2 dah sambung master, terus jadi guru yang melahirkan guru-guru pada masa hadapan. Sekadar pendapat saya yang naif. Bidang pendidikan walaupun dijanjikan tempat untuk bekerja tetap dalam kerajaan, masih ramai graduan yang menunggu panggilan untuk berkhidmat dalam kerajaan sebagai guru. Ada kenalan saya yang menunggu sehingga dua tahun barulah dapat mula mengajar, ada juga yang menunggu hanya 6 bulan. Sekarang kerajaan buka peluang pada individu yang bukan dari bidang pendidikan untuk menjadi guru, bolehlah awak cuba. Ini peluang besar.

      Padam
  4. Sy kerja gov masuk dgn diploma, kemudian sambung peringkat ijazah dah grad skrg punyai impian utk sambung master, agak keliru dgn matlamat semoga Allah kurniakan idea sb hati nak cabar diri utk belajar, tp faktor kekangan kerja membataskan..(biayai pengajian InsyaAllah boleh dihadapi)..pening juga nak buat keputusan

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaAllah. Semoga Allah mudahkan urusan awak kejar impian hidup. Kalau dah berkeluarga ditambah dengan kerja, kena betul-betul atur masa. Stress tu akan datang, tak boleh elak dah. Tapi cara kita hadapi tu penting untuk kurangkan tekanan. bagi saya penting untuk kita pilih bidang yang kita minat supaya kita tak mudah putus asa walaupun rasa susah. semua bidang susah baik sains, sastera, dsb. Tapi tak mustahil untuk kita kuasai. Solat istikharah, solat hajat, minta pendapat dan sokongan dari pasangan dan mak ayah. Merekalah yang akan banyak membantu kita nanti.

      Padam
  5. terbaik artikel..tq share.btw saya adalah RA atau pembantu utk research.Jika perlukan bantuan utk mencari jurnal/atau apa apa bantuan kajian boleh hubungi di 0166371460..

    BalasPadam

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.