Post ini hanya sekadar suka-suka dan nak legakan fikiran korang kalau tak dapat tido malam-malam. Waktu pun dah lewat melebih jam 12 malamkan?
Biasanya aku pun selalu ada masalah nak lelap walaupun badan dah letih sangat-sangat. Bila dah tak boleh tidur tu mula la macam-macam persoalan keluar. Jadi, malam ini aku nak rungkai satu persoalan yang bermain dalam fikiran aku dan aku rasa korang pun mesti pernah tertanya-tanya juga.
"Macam mana nak asingkan garam dan gula yang bercampur?"
Korang rasa macam mana? Kalau campur air, garam dan gula dua-dua akan larut lagi mustahil nak asingkan. Kalau guna pengayak mungkin boleh kalau yang bercampur tu gula aising dengan garam kasar. Tapi kalau gula dan garam yang bercampur tu tekstur yang sama macam mana nak asingkan? Dahlah warna pun sama-sama putih.
Fikir punya fikir rupanya ada kaitan dengan sains. Ada dua solusi.
- Campurkan dengan alkohol. Gula boleh larut dalam alkohol tapi tidak bagi garam. Jadi, korang cari je alkohol yang ada difarmasi tu campur dan larutkan gula. Korang pun sejat lah garam tu. Untuk gula yang dah larut dalam alkohol tu, sifat alkohol ni mudah tersejat jadi tunggu saja alkohol mengering akhir skali dapatlah balik gula tadi.
- Kalau yang korang dapat adalah larutan gula dan garam (dah campur air). Caranya sama juga dengan solusi pertama, cuma sebelum tu korang kena didihkan larutan tu dulu bagi kurangkan air. Lepas tu boleh campur dengan alkohol cuma ambil masa lama sikit untuk pengeringan tu.
Sekarang dah terjawab satu pertanyaan. Ok. Jom tidur! Semoga hari esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari sebelumnya.
Adios!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.
Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.