Sabtu, 14 September 2019

Resepi Kek Pandan Gula Melaka #palingsimple !

Hai assalamualaikum.
Semalam aku ada update dekat IG kek pandan yang senang nak buat tak banyak kerenah. Aku tak share resepi situ sebab aku nak saja nak suruh korang datang blog aku. Hahaha. 'Lapar sohor' orang Kelantan kata (maksudnya gila femes). Resepi kek ni banyak versi daripada resepi yang complicated ke resepi paling simple aku pernah cuba. Bila kek viral dan pilihan ramai terutama musim kenduri macam-macam resepi untuk kek ni saja yang timbul. Terpulang pada korang nak guna resepi mana dan ikut citarasa. Dulu aku guna resepi yang guna santan ada juga letak susu je. Tapi sebab nak sahut cabaran Malaysia sihat, jadi aku guna low fat milk. Rasa dia pun lebih kurang je, tidak lah tak sedap. So, kalau nak adjust resepi ikut lidah korang lebih baik kan? Sebab korang yang akan makan. Jadi seperti yang di janjikan inilah dia resepi Kek Pandan Gula Melaka.
Pandan Nise Cake!
KEK PANDAN GULA MELAKA

Bahan-bahan:

KEK:
  • 450g butter
  • 396g gula caster
  • 6 biji telur gred A
  • 450g tepung naik sendiri 
  • 2 sudu kecil baking powder (optional)
  • 2 sudu besar pandan paste
  • Optional: 4 sudu besar susu
Cara-cara: 
  1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celsius, tanpa kipas.
  2. Putar butter dan gula caster sampai kembang, warna butter dari kuning bertukar putih pucat. Guna pemutar kek jenis ribbon (whisk) supaya maksimum udara boleh trap dalam adunan dan kembangkan kek.
    Paddle and ribbon cake mixer
  3. Tukar pada pemutar kek jenis paddle sebab kita tak nak udara dalam butter dan gula tadi keluar. Masukkan telur satu per satu. Kelajuan rendah ke senderhana. Tak perlu putar lama, dah sebati stop.
  4. Masukkan tepung  dan baking powder perlahan-lahan. Sikit-sikit. Bila semua tepung dah masuk dan tak nampak habuk-habuk tepung dalam adunan, berhentikan mixer. 
  5. Kalau ada lagi tepung ketul-ketul tak pe. Kita adun dengan spatula lepas masukkan pandan paste dan susu.
  6. Bila dah sebati berhenti mix. Jangan terlebih mix.
  7. Masukkan dalam acuan kek yang dah dilenser butter. Bakar dalam masa 25 hingga 45minit.
Tips: Untuk elakkan bahagian atas kek jadi terlalu koko gelap, jangan letak adunan terlalu banyak dalam acuan atau guna acuan leper. Kalau guna acuan kek biasa, jangan letak adunan lebih daripada separuh ketinggian bekas kek tu.

CREAM:
  • 250g fresh cream. Tak perlu tambah gula. Kalau suka manis, boleh tambah gula aising sikit. 
  • Putar fresh cream sampai kembang, jangan terlebih pukul nanti air dan lemak akan terpisah. Jangan terkurang pukul, nanti cream cair susah nak lepa atas kek.
Gula melaka:
  • Hiris halus 2 keping gula melaka.
  • Air 1 sudu.
  • Didihkan gula melaka sampai hancur dan gula melaka jadi likat dan pekat. 
Assemble:
Makan macam tu pun sedap!
  1. Resepi ni akan dapat 2 kilo kek. Jadi kalau rujuk gambar tu, aku akan potong kek jadi dua keping setiap satu. Dan aku akan dapat 2 biji kek 1 kilo. Sebab ni customer aku order nak 1 kilo 2 biji.
  2. Lepakan fresh cream pada lapisan pertama, dan sudukan gula melaka yang dah dicairkan tadi. Lepas tu tabur kelapa kering kalau suka. Atau tambah hirisan gula melaka taburkan sikit di antara lapisan. Rasa macam ondeh-ondeh yang gula melaka dia tak cair sepenuhnya tu, sedaaap!
  3. Habikan semua lapisan ikut korang nak lapis banyak mana.
  4. Hiasan macam biasa tabur kelapa kering dan gula melaka sikit sebagai hiasan.
Aku harap boleh buat video untuk korang cara-cara nak lepa kek. Tapi buat masa ni korang pergilah ke youtube belambak video cara nak lepa kek. Ok?
Kalau ada soalan nak tanya silakan komen di bawah, aku akan cuba jawab.

Adios!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.