Ahad, 6 Disember 2020

Tips Pilih Skincare untuk Kulit Berjerawat, Berminyak dan sensitif

 Hai Assalamualaikum... Terima kasih atas kunjungan anda dan semoga setiap bait ayat yang disiarkan dalam blog ini memberi manfaat kepada semua pembaca. Post kali ini sekali lagi berkenaan Skincare atau penjagaan kulit sebab setiap wanita mementingkan kesihatan kulit wajah dan kulit yang sihat memberikan keyakinan kepada kita. Betul tak? Jadi alkisahnya, pada tahun 2014 saya mengalami breakout yang teruk dan tiada penghujung. Jerawat demi jerawat tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Boleh ke macam tu? Nak ibaratkan betapa teruknya kulit saya masa tu. Sudahlah masa itu saya belajar di UMS, Sabah, jauh dari keluarga tersayang pula rasa buntu tak tahu nak buat apa. Tambah lagi cuaca di Kota Kinabalu yang panas terik hampir sepanjang tahun.

Akhirnya...

Kebetulan waktu tu saya attachment di Klinik Staf UMS untuk final year project, jadi saya ambil peluang jumpa Doktor dan Dr pun terus refer saya pada Pakar Kulit (Dermatologist). Waktu saya jumpa Deramtologist inilah beliau memberi banyak maklumat berkaitan pemilihan produk, penjagaan kulit dan tabiat yang mesti diamalkan. Dan, tips tu saya akan kongsikan dengan anda semua. Tapi, untuk lebih kepastian jumpalah dengan Doktor untuk sahkan masalah kulit anda yang sebenar samaada disebabkan masalah hormon ataupun masalah kebersihan. Disebabkan saya masa tu memang ada masalah kulit berminyak dan sensitif, jadi perkongsian saya mungkin boleh membantu anda sedikit sebanyak.

Sebelum saya cerita tips pilih produk penjagaan kulit, saya nak kongsi apa yang menyebabkan (trigger) jerawat tumbuh;

  1. Hormon. Remaja biasanya hadapi masalah hormon yang tidak stabil menyebabkan masalah jerawat sukar dikawal. Namun, masalah hormon ini bukan hanya terjadi waktu remaja tetapi jugak orang dewasa boleh hadapi masalah yang sama seperti masalah Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)-masalah ovary yang tidak dapat menghasilkan hormon dan gagal mengeluarkan Ova setiap bulan lalu hormon yang tidak stabil seperti lebihan hormon testosterone boleh menyebabkan masalah jerawat. Begitu juga bagi wanita dewasa yang mengambil pil perancang kehamilan yang mengganggu penghasilan hormon dalam badan.
  2. Kebersihan. Kebanyakan masalah jerawat juga disebabkan oleh penjagaan kebersihan yang tidak terjaga. Contohnya, menyentuh muka dengan tangan kotor, menggunakan tuala yang digunakan untuk mengelap badan, tidak menukar sarung bantal dalam waktu yang lama. Tangan sememangnya sumber bakteria kerana terdedah kepada pelbagai permukaan. Jadi, elakkan menyentuh kulit wajah dalam keadaan tangan kotor, asingkan tuala lap muka dan badan serta tukar sarung bantal dengan lebih kerap.
  3. Pemakanan. Pengambilan makanan berminyak dan bergoreng boleh mengundang kulit wajah menghasilkan lebih banyak minyak yang akan menyebabkan pori muka tersumbat dan akhirnya ditumbuhi jerawat. Ada juga sesetengah orang yang alergik pada sesetengah makanan yang menyebabkan mereka menghadapi masalah jerawat tanpa mereka sedar puncanya. Contoh-contoh makanan yang boleh menyebabkan jerawat kerana alergik ialah; belacan, kacang dan coklat.
  4. Perubahan produk kulit. Jika anda selalu mencuba produk kulit yang baru, masalah jerawat agak sukar dikesan puncanya. Ini kerana, pendedahan bahan kimia yang baru pada kulit dan tidak sesuai untuk kulit anda boleh menyebabkan iritasi pada kulit lalu jerawat akan mula tumbuh sebagai tanda kulit bertindak balas dengan bahan kimia tersebut. Sebelum mencuba produk baru, dicadangkan supaya menggunakannya pada bahagian kulit (kulit belakang tengkuk) terlebih dahulu untuk mengetahui kesesuaiannya pada kulit anda.
  5. Cahaya matahari. Kulit sensitif amat benci dengan cahaya matahari kerana matahari menyebabkan kulit menjadi kering lalu menggalakkan penghasilan sebum dari kelenjar minyak pada kulit yang akhirnya menyebabkan jerawat (blemishes).
  6. Pencemaran udara. Asap yang mencemari udara juga boleh menyumbat pori anda yang akan menyebabkan jerawat.

Secara peribadinya, masalah utama saya pada tahun 2014 adalah kerana masalah hormon dan juga perubahan penggunaan produk skincare. Disebabkan rasa produk skincare tak serasi dengan saya, saya kerap tukar produk kulit dengan harapan produk baru sesuai untuk kulit. Tapi, saya tak tahu bahawa untuk memilih jenis skincare, ada beberapa kriteria penting untuk saya ingat.

  1. Dermatologically tested. Kalau anda masuk ke Watson, Guardian atau mana-mana farmasi mencari pencuci muka, toner atau pelembap kulit, anda boleh perhatikan ada sesetengah produk akan menyatakan "Dermatologically Tested" pada produk mereka. Jika produk mempunyai claim ini, ia bermakna produk ini adalah jenis mild/gentle pada kulit dan selamat untuk semua jenis kulit kerana sudah diuji pada kulit manusia, serta penggunaan produk ini secara umumnya tidak akan menyebabkan masalah iritasi pada kulit.
  2. No alcohol. Bagi kulit sensitif, sesetengah kulit alergik pada alcohol. Kebanyakan toner mempunyai alkohol dan sekiranya kulit anda tak sesuai untuk produk yang mempunyai alkohol, anda akan rasa semut-semut atau panas pada kulit selepas sapu produk ni pada kulit.
  3. No paraben. Kebanyakan kita juga mempunyai alergik terhadap paraben. Paraben adalah pengawet tiruan (artificial preservatives) atau pewangi dalam produk kecantikan anda. Paraben ni bukan dalam bahan make up sahaja tau tapi banyak juga dalam skincare.
  4. Kriteria keempat ini biasanya orang akan salah faham termasuk saya. Bila saya tumbuh jerawat dan kulit muka sangat berminyak, saya akan memilih produk skincare yang khas untuk jerawat dan kulit berminyak daripada pencuci muka, pelembab, toner malah serum juga khas untuk kulit berjerawat. Jadi, semua produk yang anda beli semuanya khas untuk kulit berjerawat. Produk yang khas untuk kulit berjerawat ini, selalunya mempunyai bahan aktif yang boleh mengurangkan masalah kulit berminyak dan apabila digunakan sebagai pencuci muka, hampir kesemua minyak pada kulit akan terhapus. Ini menyebabkan kulit anda kering. Jangan salah faham semua minyak kulit itu boleh menyebabkan jerawat. Akan tetapi, minyak pada kulit juga boleh mengekalkan kelembapan (retain hydration) kulit supaya tidak nampak kusam. Apabila anda menggunakan juga produk-produk anti-minyak (anti-sebum), kulit akan lebih kering yang menyebabkan kulit anda menghasilkan lebih banyak minyak yang menyebabkan jerawat. Sebab itulah, setiap kali anda menggunakan pencuci muka untuk kulit berjerawat dan berminyak tanpa menggunakan apa-apa produk seperti toner atau pelembap selepas itu,  kulit anda akan terasa lebih berminyak setelah beberapa ketika.
  5. Sunscreen atau sunblock. Harus diingat, setiap kali sebelum make up, pastikan anda oles pelindung UV. Sunblock bukan hanya boleh mengelakkan jerawat tetapi juga boleh menghindar dari penuaan pramatang (premature aging), kulit terhidrasi.
me cuba nak tutup double chin

Setelah saya ikut semua tips Dermatologist pada saya, alhamdulillah. masalah jerawat saya terkawal. Walaupun parut jerawat masih ada. Tetapi untuk merawat kulit wajah mesti ikut turutan. Kalau jerawat masih aktif, jangan terlalu taksub nak hilangkan parut sedia ada kerana pada waktu jerawat aktif, kulit mengalami keradangan (inflammation) dan kulit adalah lebih sensitif pada waktu tu. Sekali lagi saya nak ingatkan, untuk mendapat info penjagaan kulit lebih tepat untuk anda, jumpalah dengan Pakar Kulit supaya tiada info-info yang salah (misleading).
Sekian saja perkongsian saya pada post kali ini. Kalau korang dah dapat manfaat dari post ini, jangan segan-segan untuk kongsikan juga pada sahabat handai, rakan taulan, sedara mara... Jumpa lagi pada post akan datang. Assalamualaikum.. Adios..

Disclaimer: semua gambar yang digunakan dalam post ini adalah hak millik tangangebu27.blogspot.com dan gambar produk tidak di sponsor oleh mana-mana pihak.

7 ulasan:

  1. Penting sangat memilih produk yang betul. Barulah kulit sihat dan cantik. Pernah salah pilih produk. break out teruk. Sekarang lebih berhati hati memilih produk yang sesuai. Tq share tips :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya hampir semua org ada masalah nak pilih produk kulit kan. Tapi tak pe boleh belajar n cari2 info sesuai dgn kulit wajah.

      Padam
    2. Betul tu. kena rajin cari info. Bukan memilih tanpa periksa dan tertipu dengan iklan sebab kulit lain lain :)

      Padam
  2. thank you for sharing this!!i pun baru berjinak2 nak cari skin care

    BalasPadam
  3. Zaman muda mudi remaja dulu ada juga suka cuba skincare ini dan itu. Satu masa dapat skincare yg buat warna kulit jadi tak sekata. Jadinya lepas tu, sekali dapat skincare yang elok kat kulit, tak tukar lain dah. Kekal je yang tu.

    Cakap pasal kacang, adik Cik TK selalu elak makan kacang sebab katanya boleh buat jerawat naik.

    BalasPadam
  4. Muka Ema pun ada masalah jerawat teruk for years. Ema took a long time to study, and finally found a good skincare routine for myself.
    Alhamdulillah. Acne break out tak ada for almost a year. Pimple naik manja-manja camtu ja around the month (✿◠‿◠)

    BalasPadam

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.