Sabtu, 5 Disember 2020

Pure Vanilla Extract untuk Kek dan Biskut lebih power!

 Assalamualaikum pembaca sekalian!

Alhamdulillah thumma alhamdulillah... Dari bulan September menyepi, dengan thesis writing, PKPB di Kelantan bermula ditambah lagi dengan musim tengkujuh di Kelantan, 3 hari sejuk hujan tak berhenti, 1 hari panas suam-suam kuku. Di rumah saya memang kalau hujan tak berhenti, memang mula naik air. kalau lagi lebat hujan lagi tinggi la air naik. Tapi setakat ni alhamdulillah masih selamat dan air tak masuk dalam rumah. Ok, back to the point. Post kali ini saya nak kongsi produk hasilan sendiri iaitu Pure Vanilla Extract memang asli di ekstrak dari Vanilla Pod dan disimpan selama lapan minggu sebelum dibotolkan. Kali ini saya nak kongsi kenapa korang mesti gunakan Vanilla Ekstrak dalam hasil kek, roti dan biskut dan bagaimana ia boleh memberikan lebih umph dalam masakan anda. Jom...

Vanilla extract for cakes
Tambahan vanilla ekstrak dalam hasil bakeri secara kimianya menambahkan rasa serta meningkatkan rasa dari adunan bahan-bahan kek. Hampir setiap resepi kek menggunakan vanilla untuk menghasilkan aroma kek yang lebih harum dan menguatkan aroma lain dalam kek. Terdapat pelbagai jenis vanilla di pasaran termasuklah Pure Vanilla atau Imitation Vanilla. Vanila tiruan merupakan perasa vanilla yang dihasilkan secara sintetik dan menggunakan penampah perasa tiruan yang mimik bau, warna dan rasanya dengan vanilla. Walaupun aromanya lebih kuat berbanding pure vanilla, aroma sebenar vanilla yang terhasil dari biji vanilla lebih menaikkan rasa dan aroma mewah lebih-lebih lagi apabila ianya dicampur dalam adunan kek dan setelah siap dibakar.

Harga Pure Vanilla Extract sememangnya lebih mahal berbanding Artificial Vanilla kerana mutu dan kualiti Vanilla Pod yang terhasil dan dituai. Vanilla Extract yang dihasilkan oleh Cumot Gourmet ini tidak menggunakan alkohol, tiada pewarna tiruan, tiada perasa tiruan dan tiada pengawet. Berikut adalah detail mengenai Produk ini:


PRODUCT SPECIFICATION:
Made from Vanilla Pods Extract grade.
Blend of Planifolia (bourbon) and Tahitian vanilla pods.
Indonesia origin.
Vanilla pods are free of pesticides and growth in an organic manner without artificial fertilizers.

INGREDIENTS:
Glycerin, Water and Vanilla bean.


Tapi.... Kalau korang nak gunakan pure vanilla extract dalam buttercream atau cream hiasan, korang kena beli yang dah ditapis buang biji vanilla tu. Sebabnya nanti tak lawa la bila buttercream korang warna pink tapi ada bintik-bintik hitam. 

Vanilla ni bukan letak dalam cake and cookies je. Dalam aiskrim pun sodaap! Oh ya, untuk yang amalkan gluten free diet pun gunakan pure vanilla extract berbanding vanila tiruan. Disebabkan penggunaan glycerin dalam extract ni, rasa extract ni manis kerana glycerin merupakan sugar alcohol. Kalau nak titiskan dalam kopi dan teh panas memang menaikkan aroma minuman tu. 
Sekian...




5 ulasan:

  1. Bestnya guna pure vanilla extract. packaging botol tu cantik. Menarik juga tu titiskan dalam kopi. suka bau vanilla dan suka kopi. Perfume TBS pun suka beli vanilla :)

    BalasPadam
  2. Oh banyak fungsi lagi extract vanilla ni ye. Biasa orang guna masa buat kek dan biskut ja.

    BalasPadam

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.