Tersedar aku dari malam yang panjang,
Nyenyakku tidak menghilangkan lelah,
Bahuku terasa berat sekali,
Tulang temulang ku terasa membatu,
Ku pandang wajah kelam pada cermin,
Air jernih kembali berlinang,
Sesak sekali dadaku kali ini,
Cubaan apa lagi yang kau berikan ini wahai Tuhan?
Berat sekali rasanya,
Adakah kerana salah tingkahku di masa lalu?
Aku sesali akan permintaanku,
Jika aku tahu memiliki lebih sengsara,
Tiada aku tanam keinginan menggenggamnya,
Namun, aku akur,
Walau ujian Mu pedih lagi meletihkan,
Akan sentiasa aku belai hati ini dan berbisik,
Dalam ujian ini pasti ada kasih sayangMu,
Dalam susah pasti ada senang,
Dalam kesakitan pasti ada kesembuhan,
Dalam kekusutan pasti ada jalan keluar,
Dan ianya takkan lama,
Bagaikan hari mendung,
Mataharikan tetap sentiasa menemani,
Dan kerana setiap turunnya hujan,
Pelangi pasti muncul.
~MSA~
P/s: MENANGISLAH adalah ruang penulis berpuisi dan menenangkan jiwa dengan kata-kata yang baik berunsur pujukan, positif dan bermanfaat. Selamat menyambut tahun baru 2021. Semoga tahun 2021 memberi sinar buat kita semua. InshaAllah.
Wow, pandai berpuisi juga. As pun minat puisi....
BalasPadam