APA YG DORANG DUK KECOH KAT PALESTIN TU?
APA YANG PERLU ANDA TAHU
- 2 malam lepas, Jumaat mlm Sabtu (awal pagi Sabtu waktu M’sia), pada malam 26 Ramadhan, tentera penjajah Israel telah menyerbu masuk ke Masjidil Aqsa dan menyerang secara ganas umat Islam Palestin yang sedang melaksanakan solah terawih dan beri’tikaf.
- Tentera penjajah Israel menembak peluru getah, stun-grenade serta gas pemedih mata kepada umat Islam yang sedang bersembahyang di dalam dan di perkarangan masjid. Wanita dan kanak-kanak juga berada disitu.
- Semasa ratusan jamaah terkepung didalam dewan masjid, tiba-tiba tentera Zionis Israel menyerang ke dalam masjid. Klinik masjid yang sedang merawat mereka yang cedera juga diserang. Tentera Israel melontar stun-grenade dan gas pemedih mata ke dalam masjid dan klinik.
- Pertubuhan Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan 163 rakyat Palestin cedera, kebanyakkannya di kepala, muka dan mata.
Kredit kepada artis yang melukis gambar ini. |
- Sejak beberapa bulan yang lepas, ketegangan di Baitul Maqdis antara pemduduk Palestin dan pelampau Yahudi yang disokong tentera Israel telah meningkat.
- Ini berikutan keputusan Mahkamah Israel awal tahun ini untuk menghalau 28 keluarga Palestin yang tinggal diperkampungan Sheikh Jarrah, Baitul Maqdis Timur sejak 1956. Mereka dihalau untuk memberi laluan membangunkan lebih banyak penempatan haram Yahudi.
- 28 keluarga ini adalah mereka yang lari menyelamatkan diri dari pembunuhan Zionist Yahudi yang merampas Palestin pada 1948. Penempatan baru mereka telah dibina oleh Kerajaan Jordan di perkampungan Sheikh Jarrah, Baitul Maqdis Timur. Ketika itu Baitul Maqdis masih lagi dibawah pentadbiran Jordan.
- Keputusan mahkamah Israel ini telah meningkatkan ketegangan dengan pelampau Yahudi yang mulai memasuki kawasan tersebut dan mengganggu-kacau keluarga Palestin.
- Dalam satu rakaman video, seorang wanita Palestin menjerit bertanya kepada seorang pelampau Yahudi yang datang mengganggu mereka “Why are you stealing our house?”. Selamba si Yahudi tersebut menjawab “If I don’t steal, someone else will steal!” Dikalangan pelampau Yahudi, mereka berebut-rebut untutk merampas rumah rakyat Palestin, hasil restu dari mahkamah dan kerajaan Zionis Israel sendiri.
- Sejak itu demontrasi demi demonstarsi dilakukan membantah keputusan Mahkamah Israel tersebut.
- Setiap tahun pada 12 Mei, Israel merayakan Hari Jerusalem, iaitu hari mereka berjaya merampas kedua-kedua Baitul Maqdis Timur dan Barat pada tahun 1967. Ia antara hari perayaan terbesar di Israel dan sambutan bermula dari hari ini 9hb Mei.
- Pada tahun ini, 12 Mei jatuh pada 28 Ramadhan, dimasa umat Islam sedang sibuk dan memenuhi Masjidil Aqsa mencari Lailatul Qadar.
- Seperti biasa, setiap malam di bulan Ramadhan puluhan ribu umat Islam Palestin akan berterawih di Masjidil Aqsa. Ia juga menjadi medan bantahan kepada Israel.
- Adalah dipercayai, serangan keatas penduduk Palestin semalam adalah untuk menekani dan menyekat mereka memasuki Masjidil Aqsa untuk malam-malam seterusnya bagi memberi laluan kepada sambutan Hari Jerusalem oleh penduduk haram Yahudi. Setiap tahun penduduk haram Yahudi mengadakan perarakan bendera Israel sehingga memasuki perkarangan Masjidil Aqsa.
- Beberapa hari yang akan ini adalah semakin kritikal kerana penduduk Palesrtin akan tetap mempertahankan Masjidil Aqsa daripada dicerobohi pendatang Yahudi.
- Tetapi mereka tidak punya apa-apa senjata melainkan tubuh menjadi perisai, sedangkan pelampau Yahudi bersenjata dan disokong pula oleh polis dan tentera Israel.
- Ditambah ketegangan ini berlaku dalam suasana penduduk Palestin sedang marah terhadap Israel yang mahu mengahalau penduduk Sheikh al Jarrah.
- Marilah kita perbanyakkan doa pada malam-malam 10 terakhir Ramadhan terutama di malam Lailatul Qadar agar Allah SWT memberi perlindungan kepada sdr-sdr kita di Palestin dari kejahatan musuh Zinist Yahudi.
- Marilah kita berdoa agar Allah memberi mereka kekuatan untuk berdiri teguh, kesabaran serta kemenangan dalam mempertahankan Masjidil Aqsa yang suci.
- Marilah kita berdoa agar Allah melaknat, menghancurkan dan menunjukkan kekalahan kepada musuh-musuh yang jahat dari kalangan Zionis Yahudi dan penyokong-penyokongnya.
- Marilah kita menunjukkan kesatuan dan kebersamaan kita dengan penduduk Palestin yang mempertahankan Masjidil Aqsa bagi pihak kita, dengan berkongsi berita dan memberi kesedaran kepada seluruh umat Islam terhadap ancaman dan kejahatan Yahudi yang dihadapi oleh sdr-sdr Palestin kita.
- Marilah kita menunjukkan kesatuan dan kebersamaan kita dengan penduduk Palestin dengan memberi bantuan apa asaja terutama kewangan untuk menampung perjuangan mereka dan mengisi dapur-dapur mereka dikala ayah dan abang-abang mereka berada dibarisan hadapan mempertahankan Masjidil Aqsa.
- “Jika kalian tidak mampu mengunjunginya untuk solat maka hantarkan minyak yang akan digunakan untuk menyalakan pelita-pelita di sana - dari Musnad Imam Ahmad
Semoga Allah permudahkan
BalasPadam