Rabu, 11 Ogos 2021

Chocolate Chip Cookies Recipe

Resepi cookies kegemaran ramai dari Malaysia hingga ke Eropah. Tak kira crispy atau chewy version semua orang suka Chocolate Chip Cookies ni. Dari dulu sampai sekarang beratus-ratus resepi yang berlainan orang buat mengikut citarasa masing-masing. Ada yang guna resepi turun temurun. Ada yang sanggup beli resepi harga ratus-ratus untuk dijadikan jualan. Bahan paling asas untuk Biskut Coklat Cip ni tiga je sebenarnya iaitu Tepung, gula dan cip coklat. Ada resepi yang tak guna langsung telur, ada resepi yang tak guna tepung pun ada tapi gantikan dengan telur putih. Tapi resepi tangan gebu ni resepi paling common la yang korang boleh dapat. Mesti guna telur dan ada fiber iaitu penggunaan oat dalam cookies ni. Rasa dan aroma hampir mimik dengan Cookies Famous Amos tau. Kalau tak caya korang try ler sendiri. Rahsia dia pada penggunaan Coffee extract atau coffee oil yang menaikkan aroma dia bagi wangi macam Famous Amos.

Resepi ini saya gunakan untuk tempahan cookies raya sejak tahun 2016 lagi. Ramai yang suka sebab sedap, wangi dan rasa coklat cip yang mewah. Kalau buat untuk makan sendiri boleh campur dengan kekacang yang disukai dan letak banyak-banyak cip coklat.

Resepi Chocolate Chip Cookies

1 biji - Telur Gred A 
1 tsp - Vanilla Extract
1 tsp - Coffee oil / Coffee extract
250 g - Salted Butter (Cairkan dan sejukkan pada suhu bilik)
100 g - Brown sugar
100 g - Castor sugar
1 tsp - salt
100 g - Oatmeal (Kisar halus)
290 g - Tepung gandum jenama Baker
1 tsp - Baking powder
1 tsp - Soda Bicarbonate
1 tbp - Tepung beras
2 cawan - cip coklat

Cara-cara:

  1. Campurkan telur, vanilla dan coffee oil dalam mangkuk dan kacau sebati. Ketepikan.
  2. Ayak bahan kering (tepung gandum, tepung beras, baking powder dan baking soda) kecuali Oatmeal yang dikisar. Ketepikan.
  3. Kemudian, putarkan mentega yang dah cair dengan garam, gula perang dan gula kastor hingga sebati.
  4. Masukkan adunan telur tadi dan gaul hingga sebati.
  5. Masukkan adunan bahan kering yang dah diayak bersama oat kisar serta cip coklat. Gaulkan hingga sebati dan menjadi doh. Doh akan sedikit lembik, tak pe. Ini adalah normal.
  6. Simpan dalam chiller selama 30 minit, barulah dibakar dalam oven pada suhu 175 hingga 180°C

Tips ekstra:

  • Untuk menguatkan aroma cookies, biarkan doh dalam peti ais semalaman supaya aroma coffee oil dan vanilla lebih menyerap dalam doh 
  • Gunakan sudu teh yang bentuk bulat untuk betukkan cookies supaya lebih cantik
  • Boleh gantikan oat dengan nestum atau campurkan 50g nestum 50g oat. Boleh juga gantikan dengan almond flour.
  • Gunakan coklat cip jenama Callebaut atau Van Houten. Harganya agak mahal, tapi rasanya sedap memang puas hati.

Notes: tsp= teaspoon/sudu kecil, tbsp= tablespoon/sudu besar



5 ulasan:

  1. Resep yang sangat bermanfaat. Terima kasih, Mbak.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum, saya dh cuba resipi cik. Sy chillkan doh selama lebih kurang 15 jam. Alhamdulillah sedapp. Cumanya bila dibakar biskut tersebut tidak meleper sebaliknga sama sahaja bentuknya seperti sebelum dibakar. Kenapa ya cik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba rendahkan suhu oven. kadang2 suhu oven lebih tinggi berbanding suhu yang di set.

      Padam
  3. Alhamdulillah sedapp sy dh cuba. Cumanya doh biskut tidak meleper dan membukit sehingg akhir proses pembakaran. Apa faktornya ya?

    BalasPadam

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.