Isnin, 7 Mac 2022

Keputusan English Placement Test (EPT) IIUM dah Keluar

Alhamdulillah, syukur pada Allah atas semua kurniaan yang diberikan pada kita. Hari ini aku dapat berita baik dan juga tak baik. Pertamanya aku disahkan positif Covid-19 sejak semalam dan bermulalah tempoh kuaranting sehingga 12 Mac 2022 ini. Kalau diikutkan minggu ni ada taaruf week untuk semua pelajar Pascasiswazah Kuliyyah of Allied Health Sciences yang akan dijalankan secara bersemuka. Tapi apakan daya, lepas empat hari balik daripada English Placement Test (EPT) di IIUM Gombak Campus pada 28 Februari 2022, dah mula tunjukkan simptom. Rasa macam nak demam tapi very mild fever. Malam-malam menggigil, ada sakit tekak sikit. Tapi tak macam flu yang memang tak boleh bangun langsung. Demam kali ni rasa pelik. Hari kedua (semalam, 6Mac) terus buat saliva test. Positif!


Pasti semuanya ada hikmah. Hari ni juga keputusan EPT keluar. EPT ni macam test yang wajib bagi pelajar Ijazah, Sarjana hinggalah ke peringkat PhD. Walaupun aku dah ada keputusan IELTS, tapi result tu pada tahun 2016 lagi. Untuk pengetahuan adik-adik yang nak sambung Master/PhD, IELTS ni valid selama dua tahun sahaja. Lepas dua tahun kena reseat exam tu. Apa yang menariknya IIUM ni dia ada test khas untuk pelajar Sarjana/PhD. Kalau USM dulu aku guna result IELTS. Jadi mudahlah pelajar postgraduate yang belum ada keputusan bahasa inggeris. Ambil je EPT. Yang penting kena lulus. Minimum band score boleh rujuk di SINI. Jadi keputusan aku...

Result EPT Semester 2 bagi tahun 2021/2022 baru sahaja keluar petang tadi. Tapi hari ni simptom Covid berat sikit, demam yang tak kebah dan rasa lenguh-lenguh badan. Mujurlah adik bertanya berapa keputusan EPT sebab dia ada kawan yang ambil EPT hari yang sama dengan aku. Barulah aku cek. Alhamdulillah. syukur sangat-sangat.

Lulus dan tak perlu ambil kursus English

Arabic Placement Test (APT) tak perlu untuk pelajar Pascasiswazah kecuali bidang agama atau berkaitan. Aku punya bidang Biomedical Sciences jadi memang tak perlu Arabic test. Lepas dah lulus EPT ni barulah aku dapat register dalam sistem sebagai Graduate Research Assistant (GRA) untuk elaun bulanan. Selagi aku tak lulus EPT ni Supervisor tak boleh daftarkan. Elaun bulanan ni ada sebab research aku ada funded grant bawah FRGS. Memang sebelum apply PhD aku dah target untuk buat research yang ada geran sebab ada elaun dan apa-apa bahan untuk kajian guna duit geran termasuklah nak join conference dan untuk publication. Jimat. Dah nama lagi pelajar sepenuh masa memang sengkek sikit. Ada elaun bulanan sangat membantu untuk perbelanjaan harian.

Walaupun ada geran dan research kena ikut apa yang dah ditetapkan, aku minat bidang cancer biology and pharmacology ni. InshaAllah ada niat nak buat Postgraduate Fellowship di Singapore, China atau South Korea atau kat mana-mana jelah. South Korea dan China memang terkedepan kalau bahagian natural products ni macam-macam herbs diorang ada. Kajian aku pulak ada guna natural products dan aku minat dalam bidang tu. 
Apa pun Alhamdulillah, dalam ujian sakit yang Allah berikan, terselit keputusan EPT yang memudahkan aku.
simpan sini buat kenangan. Pertama kali kena COVID. Tak pernah kena even kontak rapat sejak 2020.

Sedikit tips untuk adik-adik yang akan ambil EPT. Test ni ada dua bahagian sahaja, writing dan reading. Masa 3 jam. Boleh ulang kaji guna buku MUET dan banyakkan baca berkenaan isu-isu semasa. Kalau bahagian writing hari tu, essay kedua tentang Opinion Essay bertajuk 'Children should be allow to do outdoor activities'. Bahagian data analysis writing pula perbandingan tiga sales shoes company.


2 ulasan:

  1. Saya nak tanya. Macam saya yang sudah grad tahun 2019. Ada ke cara untuk buktikan saya lulus ept di iium? Selain sijil graduasi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau EPT tersebut nak guna untuk sambung pelajaran di IIUM, rasanya boleh terus contact CELPAD berkenaan keputusan tu perlu re-sit exam atau x. kalau nak mohon belajar di uni lain atau kerja guna EPT, setahu saya tak boleh diguna pakai. Boleh guna result MUET.

      Padam

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.