Jangan pandang rendah pada free samples! Biasanya kita akan jadi bagai kera dapat bunga bila diberi sampel percuma kan? Pada pandangan peribadi saya, produk kecantikan di Malaysia masih lagi jauh terbelakang atau tercicir berbanding produk kecantikan dari negara Korea Selatan. Bukan kerana ramai peminat Kpop atau Kdrama di Malaysia yang menjadikan produk kecantikan Korea digilai ramai tau! Tetapi kerana keberkesanan produk mereka. Kalau betul tak berkesan, pastilah tiada pelanggan yang terus-terusan jadi pengguna tetap. Salah satu produk yang saya dah jatuh hati lepas pakai free sample adalah Cream Essence dari OneOseven.
Free Sample OneOseven |
Mula-mula agak ragu-ragu nak pakai sebab fikir kalau sekali pakai mana nampak kesan. Tapi tetap juga saya cuba pakai sebelum tidur. Tekstur pekat tapi tak rasa berat langsung! Pernah tak korang pakai face cream lepas tu rasa mcm kulit tak bernafas dan peluh tu berkumpul bawah cream? Itulah contoh krim muka yang tak sesuai dengan kulit. Untuk produk 107 ni memang lain sangat.
Bila Google maklumat produk ini, baru tahu bukan produk biashe-biashe ye. |
Bila dah cuba sekali, saya teringin nak belilah. Tapi tengok harganya memang harga kayangan! Satu botol 50ml harganya RM260.00. Rakyat marhaen tak mampu nak beli. Nak beli kena kumpul duit beberapa bulan. 😅 Produk ini akan masuk wishlist saya nanti. Nak beli sekarang tak mampu, tunggu dululah ye.
Kesan produk sememangnya bergantung pada keadaan kulit individu masing-masing. Pengajarannya untuk saya di sini, jangan pandang sebelah mata je sampel percuma tu. Nanti jatuh cinta. Tapi nasib tak mampu beli. Kalau ada duit terus beli dah agaknya.
wow menarik
BalasPadammenarik. harga pun menarik. haha. mahei rakyat marhaen xmampu.
Padam