Pagi 30 May 2022 tadi heboh tentang seorang rakyat marhaen membantu kereta hadapan yang tersekat di tol lebuhraya menggunakan kad Touch 'N Go miliknya. Malangnya apabila dia ingin melepasi tol menggunakan kad TnG yang digunakan tadi, dia pula yang terkandas. Rupanya kad TnG tidak boleh digunakan dua kali di tol yang sama atau secara spesifiknya di tol yang menghubungkan dua negeri atau tol permulaan dan akhir kerana jumlah bayaran tol akan dikira bermula ketika masuk di highway hingga ke penghujung apabila exit daripada tol.
Sumber dari Laman Web T'nG |
Niat dah baik nak bantu orang, tapi daripada pengalaman tadi ramai yang belajar perkara baru betul tak? Kali ini saya nak berkongsi tentang kegunaan kad TnG selain daripada bayar tol dan bil elektrik. Fungsi kad Touch 'N Go ini luas dan banyak sangat lagi-lagi kad ini boleh dihubungkan dengan eWallet. Sayangnya eWallet tak boleh digunakan untuk top-up kad TnG. Terpaksalah pergi top up di mana-mana stesen petrol atau kedai 7-Eleven. Jom kita tengok senarai kegunaan kad TnG ni;
Gunakan sahaja Touch 'n Go eWallet anda dengan mengimbas kod QR dipamerkan. Sumber: T'nG |
- Convenience store
- Education
- Entertainment & Leisure
- Eyewear
- Fashion
- Food & Beverages
- Groceries
- Health & Fitness
- Home Living
- Hypermarket
- IT, Digital & Lifestyle
- Petrol
- Pharmacy
- Retail
- Specialty & Services
- Supermarket
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.
Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.