Photo by cottonbro from Pexels |
Pada tahun lepas, ramai sedara mara beri hadiah berbentuk wang sebagai tanda tahniah sebab saya lulus pengajian Master. Kebetulan komputer riba yang digunakan masa Master dah dipulangkan semula pada pemilik asal. Akhir sekali saya buat keputusan untuk beli MacBook Air 13", Apple M1 chip di iSwitch. Masa survey di laman web mereka, ada bahagian bayaran yang membolehkan saya bayar secara ansuran menggunakan aplikasi Paylater. Ala-ala kad kredit tapi dalam bentuk aplikasi.
Muat Turun Aplikasi PayLater di Telefon Pintar sekarang! |
Awalnya saya fikir aplikasi ini tidak beroperasi di Malaysia dan menggunakan mata wang USD sahaja. Rupanya ada PAYLATER Malaysia yang memfokuskan perkhidmatan 'Buy-Now-Pay-Later' ini boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas. Masa saya muat turun aplikasi ini di telefon, daftar dan isi beberapa butiran peribadi, saya terus dapat Shopping Limit sebanyak RM1,500.00 dan boleh terus berbelanja untuk apa sahaja belian ansuran.
Scan QR code to Download |
Selain itu, jumlah bulanan bayaran ansuran adalah tertakluk kepada jumlah belian. Sebagai contoh, jika barang tersebut berharga RM1,000 dan ke bawah, bayaran ansuran adalah selama 4 bulan sahaja, tanpa faedah. Bila beli macam kad kredit ni, kena ingatlah, kalau lambat bayar atau tunda bayaran pada bulan yang sepatutnya anda bayar tu, akan adalah bunga (interest).
Sebab itulah bila nak membeli guna kad kredit atau apa sahaja bayaran macam aplikasi yang kita boleh berhutang macam ni, kena hati-hati. Bukan hati-hati dengan syarikat pinjaman ni sahaja, tapi berhati-hati dengan diri sendiri. Sebelum beli pastikan anda mampu dengan komitmen bulanan yang perlu dibayar tu. Jangan sampai terjerat pula.
Bagi saya, tiada masalah jika anda nak beli barang di PayLater dan bayar secara ansuran kerana ianya tanpa faedah. Hanya bayar harga sebanyak yang anda beli sahaja. Untungnya adalah pada anda yang bukan tak mampu, tapi tak nak kumpul duit setiap bulan untuk cukupkan apa yang anda nak beli. Contohnya nak beli gadget harga RM1,000 dan anda cuma mampu bayar RM250 sahaja sebulan, jadi tiada masalah kalau nak beli dulu di laman PayLater ni, dan bayar ansuran selama 4 bulan sampai habis.
Bukan belian ansuran je boleh gunakan paylater ni. Boleh guna dibanyak lagi tempat termasuklah nak beli baju ke, makanan ke, barangan elektrik di rumah pun boleh. Sekarang ada banyak aplikasi paylater dan kebanyakannya perlu sertakan slip gaji sebelum mula gunakan kredit yang diberi. PayLater ni pula tak perlu bagi slip gaji pun, senang bagi pelajar yang tak ada slip gaji, tapi nak beli barang dengan bayaran secara ansuran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.
Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.