Isnin, 6 Jun 2022

Tips PhD 1: Bagaimana Sambung PhD Dalam Negara? Dapat Elaun Bulanan dan Kos Kajian ditanggung

Sejak saya berkongsi pengalaman sambung Master di catatan, 'Bagaimana Cara untuk sambung Master dalam Negara? Pengalaman aku sendiri', ada yang email bertanya lebih lanjut bagaimana saya sambung belajar dalam Negara. Saya dengan senang hati ingin berkongsi pengalaman saya dan sangat menyokong sesiapa sahaja yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Walaupun terlalu banyak, kompleks dan pelbagai nasihat atau pandangan tentang sambung Master/PhD, saya nak letak tepi bagi pendapat yang tidak menyokong idea untuk seseorang sambung belajar. Sekiranya anda mahu sambung belajar, saya hanya ingin fokuskan kepada bagaimana caranya bukan sebabnya.

Photo by Moaid Mefleh from Pexels

Saya tiada pengetahuan dan kefahaman mendalam bagi Master/PhD coursework (lebih 80% melibatkan kuliah dan peperiksaan) tetapi saya cukup faham nature atau dasar kepada Master/PhD dalam kajian (Fully Research). Saya juga tiada kefahaman bagi bidang sastera, sains sosial dan kemanusiaan, bisnes dan ekonomi, atau pengajian islam kerana saya berada dalam aliran sains/biologi. Kajian (experiment & research) dan bidang sains adalah sesuatu yang berada seiringan dan tidak boleh dipisahkan. Jadi, bagaimana caranya untuk sambung belajar Master/PhD in Research dan pada masa yang sama boleh menampung kos kajian serta ada elaun bulanan?


Secara ringkasnya, setiap pensyarah perlu memenuhi KPI tertentu setiap tahun sebagai penanda aras kepada kualiti prestasi atau pencapaian mereka sebagai academician/scholar. Oleh itu, mereka perlu bersaing mendapatkan geran kajian bagi menampung kos penyelidikan serta merekrut pelajar pascasiswazah sebagai anggota kajian. Setiap geran penyelidikan mesti mempunyai bahagian atau vot yang dikhususkan untuk elaun pembantu penyelidik (research asistant, RA). Ada banyak lagi vot-vot lain dalam geran penyelidikan seperti belian barang-barang kajian, penyertaan konferens, publikasi artikel jurnal dan sebagainya.

Bagi kalian yang ingin mendapat elaun ketika belajar, penting untuk anda memilih kajian daripada pensyarah yang mempunyai geran. Tentu sekali anda mempunyai pilihan kajian apa yang diinginkan mengikut bidang yang anda suka/minat kecuali kebebasan anda dalam memberi idea untuk sebarang perubahan dalam kajian adalah sedikit terbatas dan perlu mendapat persetujuan principal investigator (PI). Jika anda buntu dan tiada orang terdekat yang boleh memberi informasi bagaimana mencari supervisor (SV) yang sedang mencari pelajar Master/PhD, jangan risau kerana ada cara mudah dan pantas. Saya telah ringkaskan beberapa langkah di bawah untuk anda sambung belajar;

  1. Buka laman web Universiti yang anda nak pergi atau target. Atau lebih senang Google je "Postgraduate Opportunity Malaysia"
  2. Pergi ke bahagian Postgraduate atau terus ke iklan peluang penyambung pelajaran
  3. Sekiranya ada tajuk kajian yang anda minat tetapi sedikit berbeza dengan bidang anda semasa Ijazah, cuba selidik sedikit berkenaan bidang tersebut secara online. 
  4. Jika masih belum jelas apa kajian yang anda akan lakukan, boleh terus emailkan pertanyaan kepada bakal supervisor anda tersebut. Walaupun anda masih 50/50 untuk memohon atau tidak, tak salah untuk email dan bertanya terlebih dahulu. Contohnya, adalah kajian ini akan melibatkan labwork, atau lebih kepada fieldwork mahupun klinikal yang memerlukan anda berjumpa dengan orang untuk buat kaji selidik dan sebagainya.
  5. Sekiranya anda merasakan bidang tersebut sesuai dengan minat, terus emailkan permohonan anda berserta cover letter dan curriculum vitae (CV). Jangan keliru dengan resume, kerana CV adalah khas bagi permohonan akademik. 
  6. Tunggu maklumbalas dari PI.
  7. PI akan panggil untuk temuduga. Perlukan tips temuduga Master/PhD? Boleh komen di bawah, saya akan usahakan untuk berkongsi tips.
  8. Jika anda sudah lulus temuduga, SV mungkin akan minta anda sedikan proposal terlebih dahulu sebelum buat permohonan sambung belajar di Universiti.
  9. Kemudian, anda perlu membuat permohonan di Portal Pascasiswazah dan upload Proposal. Yuran permohonan bergantung pada universiti, biasanya di antara RM50 hingga 200. Kalau rezeki dapat PI yang cool dan easy-going anda boleh tanya proses permohonan kemasukan sebagai pelajar posgraduate kepada PI anda. Kalau tak, boleh rujuk portal univerisiti.
Biasanya bakal SV juga akan menyebarkan iklan di Facebook atau Group-group berkaitan. Jika bidang anda dalam Biomedical Sciences, anda boleh follow Facebook Group, Biomedical Science of Malaysia.  

Tips lain: Kalau boleh, pilih kajian yang baru sahaja diluluskan geran. Boleh tanya PI jika ada pelajar lain yang akan atau sudah buat kajian bawah geran yang sama atau dah ada Preliminary Study atau tak. Dulu masa sambung master, saya tak tahu geran SV saya dah nak habis dan ada 2 pelajar Master yang dah buat kajian guna geran yang sama. Jadi, bila dah daftar sebagai pelajar saya tak dapat elaun bulanan. Elaun ketika jadi RA dengan SV yang sama (sebelum daftar sebagai pelajar), gaji diberi melalaui Vot Honorarium. Mujurlah Master hanya 3 semester sahaja. 

Semasa temuduga, bolehlah tanya pada bakal SV, berapa elaun bulanan untuk pastikan balik walaupun dalam iklan biasanya dah diberitahu. Boleh tanya juga soalan-soalan lain. Jangan malu bertanya. Nak sambung Master/PhD semuanya kena berdikari. Tak ada orang lagi nak paksa, suruh anda buat itu ini, kalau dah tahu jalan yang nak dipilih adalah dengan sambung belajar, jalan terus. InshaAllah, semoga dipermudahkan urusan kalian yang nak sambung belajar.

Iklan mencari pelajar Master/PhD di Portal Universiti

Iklan mencari pelajar Master/PhD di Portal Universiti

Iklan mencari pelajar Master/PhD di Portal Universiti

Iklan mencari pelajar Master/PhD di Portal Universiti

Iklan mencari pelajar Master/PhD di Portal Universiti


3 ulasan:

  1. Tq sharing.. bagus nie, nanti boleh Kak Sue suruh anak Kak Sue refer sini..

    BalasPadam
  2. good sharing...cukup menarik dan saya sendiri pernah nak sambung hingga Master tapi terbantut sebab mengandung dan mengandung dan mengandung dan kesibukkan dengan jawatan dan hal rumahtangga..

    BalasPadam
  3. sekiranya mampu dari segi kewangan mmg abe kie akan sambung post graduate studies...

    BalasPadam

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.