Face mask sangat-sangat efektif untuk kulit wajah dengan aplikasi yang mudah dan juga sangat menarik digunakan. Kebiasaan face mask digunakan di kebanyakan rawatan kulit wajah di spa-spa. Face mask adalah sangat memberi kesan dan banyak kebaikan dalam perawatan kulit wajah. Jika anda mendapatkan face mask yang berkualiti, ia bukan sahaja dapat melembapkan kulit dan membuang lebihan minyak malah ia juga dapat mengecilkan pori-pori dan menegangkan kulit. Penggunaan face mask juga dapat menjadi sesi yang menenangkan sebagai terapi untuk melegakan stress. Jadi, untuk post kali ni, aku nak share beberapa jenis face mask yang boleh didapati di Guardian atau Watson dan memberi kesan efektif dan juga beberapa jenis yang aku tak suka dan tak sesuai untuk aku (mungkin juga tak sesuai untuk korang).
Pakai mask pun dah rasa macam di Spa. |
Aku tahu kulit aku jenis kulit yang sensitif, kombinasi berminyak dan kering pada sesetengah keadaan ditambah dengan berjerawat dan berparut. Bila aku guna sesuatu produk tak kira moisturiser, serum atau pun face mask, aku akan pastikan kulit aku tak rasa gatal, panas-panas atau rasa mencucuk-cucuk lepas dua minit aku apply produk tu. Kalau aku rasa tak selesa aku akan terus buang. Sama juga dengan make up. Aku pernah jumpa Dermatologist untuk rawat masalah jerawat aku, Dr pesan ada beberapa benda penting untuk kulit sensitif, berminyak, berjerawat dan berparut kena elakkan atau pilih;
- Dermatologist tested. Ni macam jaminan yang bahan-bahan yang diguna dalam produk ni selamat dan tak berbahaya untuk kulit. Kalaupun tak efektif, sekurang-kurangnya dia tak bagi kesan yang teruk pada kulit.
- Non-comedogenic. Ni maksudnya produk tu takkan clog pores. Kalau kulit berminyak, pakai produk yang boleh sumbatkan liang pori akan terukkan lagi masalah jerawat.
- Mineral oil. Kalau korang tak jumpa non-komedogenik tertulis pada produk, korang kena cek produk tu ada mineral oil ke tak. Kalau ada, elakkan produk tu.
- Paraben. Paraben ni macam preservatives dalam banyak produk skincare dan korang mungkin alergik dengan paraben yang membuatkan kulit korang jadi lebih teruk. Kalau boleh cari yang paraben free.
- Alkohol. Sesetengah kulit sensitif juga tak sesuai dengan produk yang mengandungi alkohol. Macam aku biasanya akan rasa panas-panas bila pakai produk yang ada alcohol.
GARNIER Serum Mask SAKURA WHITE. Function dia sama untuk lembapkan kulit dan cerahkan tona kulit. Tak delah sampai putih macam kulit orang Korea tu. Menipu sangat. HARGA: RM5.80 |
GARNIER Serum Mask LIGHT COMPLETE. Garnier antara produk bajet tapi aku suka dan berkualiti. Lagipun produknya Dermatologist tested. HARGA: RM5.80 |
NIVEA Extra White Make Up Starter. Dalam ni ada dua keping. Fungsi dia untuk Pore Minimising. Yang ni tanpa alkohol dan dermatologicallt tested juga. Cuma dia ada paraben. HARGA: RM6.50 ada 2 keping. |
OLAY MAGNEMASKS Infusion Rejuvenating. YAng ni sesuai juga untuk aku. |
OLAY MAGNEMASKS Infusion Whitening. |
Sleeping Mask ni pun best. Jenama Guardian boleh tahan best jugak. Aku pakai jadi smooth je kulit. |
Jenama Watson pun elok tau. Dahla dermatologically tested, paraben free, lanolin free dan alcohol free juga. Harga pun murah je. Tak sampai RM10 pun. Tak macam Nutox harap harga je mahal. |
So, kalau korang dah try tu cuba share ngan aku. Best tak pakai mask tu. Kalau korang ada pengalaman menarik atau tak menarik pakai face mask boleh komen tak?
Till then.
Adios!
Disclaimer:
Aku buat review ni tak berbayar pun.
Cuma nak share pengalaman aku sahaja.
Yelah. Perempuan mana tak suka nak bercantik-cantikkan?
sleeping mask tu kak ana pernah guna. best juga pakai dia. nak bawa travel pun senang sebab size dia comel je.
BalasPadambetul tu. satu tube tu boleh pakai sampai 3 kali. memang jimat.
Padammesti wangi ni :)
BalasPadamdah follow sini jugak :)
tq. ;)
PadamKalau pakai mask mmg terasa best kulit muka
BalasPadambetul tu. xpayah g spa dah. kulit pun lembut je.
PadamPerkongsian yg menarik 😍
BalasPadam😍😍😍😍
PadamNam jugak pakai. Kak gebu macam sis
BalasPadam