Sabtu, 20 April 2019

5 Fakta tentang Sulam Bedak yang korang kena tahu

Trend kecantikan orang Malaysia selain pengaruh daripada artis-artis tanah air serta social media influencer kebanyakannya diambil dari negara luar terutama sekali Korea Selatan. Sejak zaman dulu lagi, wanita sanggup berhabis wang ringgit demi kecantikan walaupun ianya berpotensi membahayakan kesihatan. Sama ada mereka tidak tahu kesan sampingan rawatan kecantikan tersebut atau mereka sengaja mengabaikannya kerana pepatah, "Beauty is pain". Nak cantik kenalah berkorban.
Sumber: Nykaa


Trend rawatan kecantikan yang menjadi kegilaan terkini ialah Foundation Embroidery atau lebih sinonim dengan sulam bedak. Sulam bedak dikatakan memberi efek wajah flawless tanpa make up dalam waktu yang lama bahkan boleh bertahan sehingga 6 bulan ke dua tahun. Dalam erti kata lain, wajah akan kelihatan seperti memakai foundation dengan rawatan Semi-permanent foundation ini. Secara umumnya, fungsi sulam bedak ini sama seperti foundation yang selalu dipakai semasa make up. Namun berlainan dari segi ketahanan, anda tidak perlu risau akan cacat cela yang kelihatan walaupun tanpa olesan foundation atau concealer atau lebih tepat, 'Make up ready face'.


Penting bagi anda yang berminat mengetahui lebih mendalam mengenai sulam bedak sebelum mendapatkan rawatan ini, memastikan keselamatan dari segi kebersihan serta kesihatan. How it works? Cecair foundation kekal (popular dengan jenama bb-glow) ini akan dimasukkan pada lapisan bawah kulit wajah anda dengan menggunakan microneedle (dermapen) iaitu dengan cara melukakan lapisan kulit bagi membolehkan cecair foundation ini diserap masuk dibawah kulit. Untuk pengetahuan anda, tiada sebarang foundation kekal telah diiktiraf selamat oleh FDA (US Food and Drugs Association) mahupun di Malaysia. Jadi, sebarang kesan sampingan baik positif mahupun negatif ditanggung oleh anda sendiri.

Sumber: Carousell

Apakah perkara utama yang anda perlu tahu sebelum rawatan sulam bedak ini?
  1. Semi-permanent foundation vs Face tattoo. Amalan mentatu wajah sudah lama dibuat sejak tahun 1980 di California. Secara teknikalnya, rawatan sulam bedak ini sama seperti mentatu wajah. Sebelum sulam bedak, brow embroidery (sulam kening) telah terlebih dahulu popular bagi mendapatkan hasil kening yang cantik tersusun dan more defined serta lip tint iaitu mentatu bibir agar warna merah bibir kekal lama tanpa penggunaan lipstick lecu.
  2. Risiko Bloodborne pathogen (Infection). Penggunaan dermapen (microneedle) berisiko besar kepada terjadinya infeksi daripada salahguna peralatan iaitu mengguna semula jarum untuk beberapa orang pelanggan yang boleh menyebabkan cross-contamination Hepatitis B/C dan HIV. Anda juga akan terdedah kepada kuman persekitaran kerana luka dipermukaan wajah selepas rawatan ini. Risiko ini akan meningkat sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan atau tergolong dalam golongan yang rendah antibodi seperti Pesakit kanser, diabetes, penyakit autoimun (SLE, RA, Gout, Psoriasis dan lain-lain).
  3. Tindak balas tubuh terhadap bahan sulam bedak (Immune Response). Dari sekecil-kecil bendasing kepada sebesar-besar bendasing yang masuk ke dalam tubuh badan akan dikesan oleh sistem antibodi badan. Bahan sulam bedak ini meninggalkan pigmen di bawah lapisan kulit, kekal dan tidak dinyah keluar akan berkumpul dari masa ke semasa akan mencetuskan tindak balas imun. Bagi foundation yang biasa dioles diluar lapisan kulit, bahan ini boleh dicuci buang dan tidak memberi kesan berbahaya seperti sulam bedak ini. Bahan bb-glow (sulam bedak) ini mempunyai 40 atau lebih bahan kimia yang kita tidak tahu kesan penggunaan jangka panjang.
  4. Kesan serta merta wajah flawless dan glowing ini memberi imej yang baik dan meyakinkan, namun, anda berkemungkinan menanggung risiko yang lebih besar di kemudian hari. Risiko lain seperti alergik, organ bertoksik, kerosakan sel, masalah derma yang lain malah boleh menyebabkan kanser. Ini disebabkan oleh, tubuh badan akan memberikan tindak balas berlainan bagi bahan yang masuk ke dalam tubuh. Apa yang pasti, rawatan ini tidak boleh dipatah balik (irreversible) untuk mengeluarkan semula bahan yang sudah ditanam bawah lapisan kulit wajah. Tunggulah sehingga tamat tempoh untuk kembali kepada keadaan asal.
  5. Bagi muslim, jika anda tatarias wajah, anda wajib membuang segala bahan yang dioles yang boleh menghalang air terkena pada kulit semasa mengambil wuduk. Jika tidak solat anda tidak sah. Sulam bedak adalah sama seperti mentatu wajah apatah lagi anda mentatu seluruh wajah anda. Secara hukumnya adalah haram bagi anda melakukan sulam bedak sebagai seorang muslim. Sama hukumnya seperti mengubah ciptaan Allah. Boleh baca keterangan lanjut tentang hukum tatu di SINI. Tambahan pula, wajah tidak boleh basuh selama 24jam selepas rawatan ini serta penggunaan skincare secara minimum dan mengelakkan sinaran cahaya matahari selama tujuh hari untuk memastikan kesan serta merta pada wajah.

Secara kesimpulannya, menjaga kecantikan itu perlu tanpa membahayakan kesihatan serta keselamatan diri. Kegilaan rawatan kecantikan zaman kini sememangnya tiada batasan. Terdapat banyak alternatif lain yang tidak berbahaya, selamat dan bersih bagi perawatan wajah. Jika anda seorang muslim, pastikan ianya tidak melanggar hukum syariat kerana agama islam sangat menjaga kesihatan dan keselamatan penganutnya. Pastikan anda mencari info sahih sebelum membuat keputusan dan tidak terpengaruh dengan red flag claim (claim yang meragukan dan tidak pasti kebenarannya).

Indeed beauty is pain,
Beauty sometimes can be inherited,
Beauty can also be adjusted,
But beauty wouldn't be so painful,
If you cared more about what's on the inside,
Rather than what's on the outside,
At the end of the day,
You will not be remembered how beautiful your face are,
But how beautiful your personality are.

Beauty attracts attention, but personality attracts heart.

Sumber:
  1. BB Glow and Microneedling: Risks and Benefits. https://www.needlingguide.com/bb-glow-microneedling-risks-benefits/ 
  2. Are semi-permanent BB cream tattoos the next mircoblading. https://www.shape.com/lifestyle/beauty-style/semi-permanent-bb-cream-tattoos-next-microblading
  3. What is Semi-permanent BB-Cream, and Why are people getting ot microneedled into their face?  https://www.allure.com/story/what-is-semi-permanent-bb-cream

3 ulasan:

  1. Owh baru tahu sulam bedak camne. Tapi ramai juga yang buat rasanya. Takpela, jaga kecantikan secara natural pun dah ok. hehe

    BalasPadam
  2. baru tau ada sulam bedak. sebab dah lama tak pakai faudation sejak pkp awal tahun ni

    BalasPadam
  3. pernah dengar tapi baru nie tau info sebenar..tq sharing..(",)

    BalasPadam

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.