Isnin, 15 April 2019

How to overcome PROCRASTINATION

Hi guys!
Tajuk je bajet omputih, tapi post kali ni tetaplah Bahasa Malaysia di hati. Ewah! 😆 Sebabnya korang kena tahu macam mana nak handle (baca: uruskan/hadapi) procrastination. PROCRASTINATION ni maksudnya dalam Bahasa Malaysia ialah penangguhan atau secara tepatnya sikap bertangguh atau suka menunda. 

Ramai sebenarnya procrastinate setiap hari baik masa buat homework, di tempat kerja, waktu solat dan banyak lagi lah. Puncanya? Gadget-gadget yang banyak melekakan dan ketagihan yang keterlaluan tulah yang menyebabkan korang semua termasuk aku sekali suka bertangguh.

Pernah dengar, sikit jadi ubat, banyak jadi racun?
Buka insta nak post gambar #OOTD tak pun gambar makanan je. Tup tup pegi stalk IG orang lain, tengok video kat insta. Sama jugak macam fb. Korang takkan buka 5minit, skali online 50minit. Yedok! Kalau yang jenis online gamers tu lagilah. Sebenarnya bagi aku personally tak salah nak main game, nak main fb n IG semua tu. Bila dan seharian belajar mengadap buku, buat assignment tak pun baru balik dari tempat kerja nak isi masa sikit dengan on insta. Salah satu cara aku release tension jugak. 

Tapi, yang jadi masalah bila kau online fb insta semua tu sampai tak siap kerja sekolah kau, assignment kau buat cikai2, kerja kau pun entah ke mana. That's something wrong somewhere! Aku kadang2 tak sedar yang aku sebenarnya sedang bertangguh kerja aku. Sedar2 je masa aku dah habis dengan buka insta dan fb. 

Jadi, aku cuba nak hadapi nak kawal tabiat procrastinate aku ni dengan beberapa cara. Mungkin korang boleh cuba, sebab kita mesti nak buat hidup kita lebih bermakna, berfaedah setiap hari. Korang amalkan tips aku ni, korang beruntung aku pun dapat pahala. Mekasih! 😁

  1. Plan ahead. Ni penting, bila kau dah plan siap2 nak buat apa hari ni, kau stick dengan planning kau tu. Dah selesai semua tugas kau, kau nak mengulor ke apa takde masalah.
  2. Early sleep. Yang ni aku sendiri cuba. Bila tidur awal sebenarnya, otak kau akan berfungsi dengan lebih efektif. Otak jadi segar, fikiran kita pun tak kusut. Kadang2 aku buka insta untuk tenangkan fikiran aku yang kusut. Tapi silap bila aku bukak sampai sejam. Cukup tidur, kau memang akan bersemangat. Percayalah!
  3. Avoid addictive habit. Pernah dengar, sikit jadi ubat, banyak jadi racun? Elakkan perkara ketagihan sebab bila kau ketagih orang tegur pun kau marah. Tegur tanda dia sayang kau, tapi kalau kena marah balasannya, sampai kesudah dia tak suka kau. Berpada-padalah nak enjoy. Benda tak salah, tapi bila kau extreme sangat, kat situ kau tak leh kawal sikap bertangguh kau tu. Ingat! First thing first!

Aku rasa cukuplah tiga je. Aku tulis banyak-banyak pun bukan lekat. Amalan bertangguh ni kalau sampai tanggungjawab atau tugas hakiki kau tak tertunai, berdosa tau. Main game sampai tak sedar subuh terlepas, tengok movie sampai tinggal solat maghrib, Main fb sampai anak mintak nasi kau bagi pelempang. Kau mesti muhasabah muhasarawak semula diri kau. Peringatan jugak untuk aku. 
Ok guys, till then. 
Adios amigos!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.