Isnin, 15 April 2019

RESEPI BROWNIES KEDUT

Kali ni nak share Resepi BROWNIES kedut paling senang, paling menjadi (fail-proof), paling sedap, paling segala macam paling. Korang yang suka sangat masak-masak tak kisah untuk suami atau diri sendiri tu, wajib try resepi ni.

Aku homebaker, jadi memang resepi ni jugak yang aku guna, tak de rahsia. Nak ambik buat jual boleh, nak share boleh (bagila kredit kat aku), nak saje-saje buat untuk makan-makan pun boleh. Kalau tak menjadi biasanya faktor suhu atau oven masing-masing.
Uniknya brownies, korang tak perlukan skill deko cake pun. Dah siap, korang hias la nak letak buah2 ke coklat.
Ok ni ha resepinya:

RESEPI BROWNIES KEDUT

Bahan-bahan:
250g  Chocolate compund
115g  Pure Butter (salted or unsalted tak kisah)

3biji  Telur gred A (kalau yang kecik sikit guna 4 biji)
95g   Brown sugar
95g   Castor Sugar
Esen Vanilla sikit

95g   Self-raising flour
20g   Chocolate Powder

Cara-cara:

  1. Cairkan chocolate compund dan butter. Ada orang suka double boil. Tapi aku direct terus je panaskan bagi chocolate cair, kena jaga bagi chocolate tak hangit, once hangit tak leh guna dah.
  2. Dalam bekas yang lain, satukan telur, brown sugar dan castor sugar (jangan lupa esen vanila-1sdt agak2 jela) kacau bagi sebati je. 
  3. Coklat cair tadi, tuangkan dalam adunan telur dan gula tu. Kacau sebati.
  4. Last sekali, masukkan tepung dan serbuk koko yang dah diayak. Kacau kacau kacau bagi sebati.
  5. Masukkan dalam loyang 9 inci, kalau suka brownies korang tinggi sikit, guna yang 8 inci. Bakar dalam pre-heated oven selama 35-40 minit, suhu 175℃, api atas bawah.
  6. Dah siap!
Ni sebelum aku hias.
Aku tambah salted caramel, memang sodaap!


Order customer, nak buah2

Macam nilah kedutnya yang lawaa.

Tips:
  • Lepas dah bakar, keluarkan dari oven, brownies tu akan nampak berkilat kulit atas dia, lama-lama dia akan kedut sendiri.
  • Brownies ni memang fudgy, tapi tak gooey, jadi bila potong dia akan lekat pada pisau, caranya, spray minyak sikit pada pisau dan potong, ataupun sejukkan dalam peti ais dalam 1-2jam, keluarkan dan potong, memang tak lekat langsung.
  • Kalau over baked, brownies ni dia akan jadi kering sikit, it should be fudgy dan lembab. Jadi pastikan tak over baked tau kalau tak brownies kering.
  • Chocolate Compound tu lain ya dengan coklat masakan. Kalau guna coklat masakan memang tak jadikla kedutnya. Sebabnya, nanti aku buat satu lagi post panjang explanation pasal chocolate compound ni.
  • Kalau korang rasa banyak sangat gula (bagi aku just fine tak de la manis, seimbang dengan pahit2 koko), jangan guna resepi ni. Aku dah pernah try kurangkan gula, hasilnya brownies tak jadi kedut, kering dan keras (sebab gula perang salah satu agen pelembab dalam kek)! Cadangan aku, tambah serbuk koko untuk seimbangkan rasa manis dan pahit tu.

Dah try resepi ni boleh share gambar dan tag #resepitangangebu! Selamat mencuba!


Adios amigos!


3 ulasan:

  1. Haritu ada buat, tapi guna air fryer..tak jadik sangat..and silap saya, tak gaul sebati telur dengan tepung tu..just guna blender..ada part tak kena..Huhu..
    Thanks info, nanti try again.hehehe..Memang sedap brownies bila banyak kedutnyaa..

    BalasPadam

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.