Tengah buat apa tu?
Dah dekat musim bulan puasa ni dekat jugaklah musim biskut raya. Bakers pun dah ramai tu yang promote cookies Raya.
Jadi Hari Raya tahun 2019 ni nak buat cookies apa?
Sekarang ada macam-macam jenis cookies yang nak sebut pun kadang berbelit lidah.
Sedap memang sedap.
Tapi cookies tradisional tetap paling ramai orang minatkan?
Cara buat pun senang sangat. Tak payah susah-susah beli dah.
Ok ni dia resepi Samperit Dahlia.
Resepi Samperit Dahlia
Bahan-bahan:
250g Salted Butter
50g Gula Kastor
125g Susu Pekat Manis (atau setengah tin)
400g Tepung Jagung
30g Tepung Kastad
1 sdt esen vanilla
Cara-cara:
- Panaskan oven terlebih dahulu suhu 170℃.
- Campurkan Butter yang dah lembut dan dipotong dadu dengan gula dan susu pekat manis. Tak payah pukul bagi kembang ke apa, bagi sebati aje.
- Dah sebati masukkan tepung jagung dan tepung kastad yang dah diayak.
- Gaul dengan esen vanila hingga jadi doh.
- Guna acuan samperit bunga untuk picitkan doh. Sebelum picit doh tu spray dengan minyak atau butter sikit dulang tu.
- Lepas dah picitkan semuanya, biarkan seketika dalam 30 minit sebelum bakar. Sebab nak bagi dia rehat seketika jadi cookies tak de la kembang dan jatuh bila bakar.
- Bakar dalam 10-15 minit. Hasilnya jadilah cookies Samperit Dahlia rangup di luar gebu di dalam.
Ni acuan samperit, lagi banyak bilah bunga tu lagi lawa bagi aku, |
Korang semua suka sangatkan samperit ni? Tak suka pun takpalah buatlah biskut lain. Aku memang suka samperut ni. Samperut pun semperutlah.
Kalau korang dah biasa guna butter, korang tak nak dah guna margerine walaupun buttercup, sebab hasil dan rasa dia sangat2 lain tau. Memanglah butter mahal sikit tapi, setiap kali guna butter memang aku puas hati dengan rasa dan hasilnya.
Ni oil spray yang aku guna. Murah je dalam RM30. |
Kalau korang busy semedang tak sempat nak buat, korang pegi jelah beli kat kedai belambak. Tapi biskut ni simple untuk buat aktiviti dengan budak2.
So, tu jelah sharing resepi hari ni.
Aku pun ada keje nak siapkan order cake customer.
Adios!
Jgn lupa ata kuih raya kat rumah sy bersama ngan free gift ye. Selamat maju jaya!
BalasPadamBoleh contact utk order ya. Terima kasih!
Padam