Isnin, 22 April 2019

Hyaluronic Acid (HA) untuk mengekalkan keremajaan Kulit? Mitos atau Fakta

Bermula daripada pencuci muka, toner, krim pelembap, sunblock sehinggalah kepada krim malam kita boleh lihat bahan ini menjadi penekanan (highlight) dalam produk kulit. Pengeluar sering mempromosikan hyaluronic acid sebagai bahan yang boleh membantu membaikpulih serta memelihara kulit daripada tanda-tanda penuaan pramatang (premature aging). Namun, sejauh manakah keberkesanan dapat kita lihat dengan pemakaian produk tinggi HA ini? Kita tidak boleh menghalang penuaan kerana "Beauty doesn't last forever" makin dimamah usia makin nampaklah kedutan dan jeragat. 

Walau bagaimanapun, pendedahan sinaran UV, asap rokok serta pencemaran membuatkan tanda-tanda penuaan pramatang lebih banyak berlaku atau dengan kata lain terlihat tua sebelum usia. Jom kita kenali Hyaluronic acid mengenai kelebihan, kesan sampingan, dan cara penggunaannya dalam artikel ini.

Hyaluronic acid atau biasa disebut sebagai hyaluronan atau sodium hyaluronate sememangnya sudah dihasilkan dalam tubuh badan kita secara semulajadi. Jumlah HA yang paling tinggi dalam badan berada pada bahagian kulit, sendi-sendi dan juga soket mata. Kajian saintis juga telah membuktikan penggunaan HA dapat membantu mengurangkan atau melambatkan penuaan pramatang. Ia juga digunakan dalam perubatan iaitu bagi merawat masalah sendi dan pembedahan mata bagi menggantikan cecair semulajadi. Dalam perubatan, HA diekstrak daripada balung ayam jantan (rooster combs) atau bakteria yang dikultur dalam makmal.

  1. HA boleh diambil dalam bentuk kapsul. Ianya membantu kulit agar mengekalkan kelembapan seterusnya mengurangkan kedutan pada wajah. Pendedahan kulit wajah kepada pencemaran menyebabkan kandungan HA ini berkurangan seiring meningkatnya usia.
  2. Menyembuh luka lebih cepat. Menyapu cream/losyen yang mengandungi HA boleh membantu untuk mengecilkan bahagian luka dan mengurangkan kesakitan serta mengelakkan permukaan kulit yang luka daripada jangkitan kuman.
  3. Digunakan sebagai lip filler dalam kosmetik sugeri. HA juga selalu digunakan sebagai filler untuk mengembalikan kecantikan wajah.
Hyaluronic acid amat berguna bagi wanita yang inginkan kulit lebih lembut, anjal dan segar. Penggunaan secara topikal (olesan bahagian luar kulit) tidak memberikan sebarang kesan sampingan yang negatif, namun bagi wanita mengandung atau menyusukan anak serta pesakit kanser (atau yang mempunyai sejarah kanser) untuk mengelakkan penggunaan HA. Ini kerana, sesetengah sel kanser mungkin lebih sensitif terhadap HA dan menggalakkan ketumbuhan lebih cepat. Bagi ibu mengandung pula kajian yang sangat terhad dikaji bagi kesan pengambilan HA terhadap ibu serta bayi.

HA dikenali sebagai 'fountain of youth' dalam dunia kecantikan. Disebabkan itu, ramai penasihat kesihatan serta dermatologist menggalakkan penggunaan HA. Jadi, amalan penggunaan Hyaluronic acid secara konsisten boleh membantu mengekalkan keanjalan, ketegangan serta kelembapan kulit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.