Ahad, 21 April 2019

Resepi PAVLOVA Senang, Gerenti jadi!

Pavlova kegilaan ramai boleh dapatkan di mana-mana cafe sekarang. Kalau nak dibandingkan dengan dua tiga tahun lalu, pavlova ni susah nak jumpa dekat kedai. Kalau nak makan sangat-sangat buatlah sendiri. Resepi pavlova ni aku guna sejak 2016 lagi dan aku buat jual ambik tempahan masa menganggur lepas grad dulu. Kulit luar yang crispy, bahagian dalam gebu macam marshmallow tambah dengan cream custard sekali dengan masam-masam buah, umph! Siapa tak mau rugi!
Pavlova orang order dengan aku
Pada pandangan aku, cuaca kat Malaysia yang tengah panas lit-lit hujan pun dah lama tak turun ni memang waktu yang sesuai untuk buat pavlova dan macaron (aku dah ada resepi dan teknik yang menjadi; nanti aku rajin aku share resepi macaron pulak). Tak ada rahsia dan bahan istimewa pun dalam resepi ni dan tak perlu nak timbang bagai, cuma korang kena tahu teknik what do's and don't confirm jadi.

RESEPI PAVLOVA

Bahan-bahan:

4 biji putih telur Gred A/Jumbo (telur kuning jangan buang boleh guna buat cream custard)
1 cawan Gula Castor
3 sdt Tepung Jagung
1 sdt Cuka makan

Cara-cara:
  1. Panaskan oven dulu suhu 150℃.
  2. Putar putih telur dalam mangkuk sampai kembang dan ada soft peaks. Lepas tu, sedikit demi sedikit masukkan gula castor sambil putar sampai habis gula. 
    Glossy tapi still hold it shape.
  3. Putar sampai adunan berkilat (glossy) tak perlu stiff peaks (adunan terpacak keras) pun. 
  4. Masukkan tepung jagung yang sudah diayak dan cuka. Kaup balik adunan, jangan putar guna mixer dah. Bagi sebati je. Jangan over pulak kacau tu.
  5. Kemudian, scoop adunan tu bagi bentuk bulat nak kecil ke besar ikut selera atas non-stick baking paper. Nak mudah korang letak dalam piping bag dan picitkan ikut bentuk korang nak.
    Tak kisah kalau bentuk tak lawa pun, Nanti korang hias dengan buah kat atas.
  6. Masukkan dalam oven, turunkan suhu kepada 120℃ dan bakar selama 1 jam, api atas bawah.
  7. Dah cukup sejam, tutup suis oven, biarkan dalam oven sampai sejuk. Meringue dah siap!
Sekarang, korang boleh hiaskan dengan fresh cream dan buah-buahan. Aku guna whipping cream biasa jenama Anchor tambah non-diary whipped cream jenama gold label (1/2 cawan Anchor, 1/2 cawan Gold label), putar bagi kembang, paipkan atas pavlova. Boleh hias dengan buah dan chocolate. Nak tutup sikit rasa manis (kalau korang tak suka manis) ayak sedikit serbuk chocolate kat atas. Aku tak buat pun.
Pavlova sebijik besar! Sesuai untuk makan ramai2.
Do's and Don't:
  1. Pastikan mixing bowl dan pemutar tu bebas air dan minyak. Kalau tak tahu bebas ke tak, korang ambik cuka basahkan atas tisu, dan lap mangkuk dan pemutar tu. Setel.
  2. Gunakan putih telur sahaja, kalau ada kuning telur termasuk dalam tu, cepat-cepat buang keluar guna sudu. Tapi kalau banyak sangat kuning telur pecah korang kena repeat semula yang baru, nanti dia tak naik kembang walaupun korang putar selama berjam-jam.
  3. Masa korang kaup balik tepung jagung dan cuka, jangan over pulak kacau tu. Nanti udara yang korang dah masukkan dalam adunan telur tu keluar semula dan pavlova korang tak jadi bila bakar.
  4. Kalau korang buat pavlova ni masa hujan (cuaca lembab sangat) korang biarkan kering selama 30minit dulu sebelum bakar. Macam korang keringkan macaron.
  5. Bila nak letak topping, kalau buah terlalu berat, bahagian luar pavlova tu akan retak. Caranya, korang pecahkan layer atas pavlova bagi dia jatuh masuk ke tengah bahagian gebu macam marshmallow tu untuk elakkan kulit tepi pavlova pecah.

2 ulasan:

Terima kasih atas ulasan/komen. Tunggu saya balas sebarang pertanyaan ya.

Penafian:
Sebarang artikel, perkongsian atau gambar dalam blog ini adalah hak milik tangangebu27 melainkan dinyatakan sumbernya. Semua pendirian serta perkongsian dalam semua post adalah menurut fahaman atau pandangan peribadi penulis blog shaja dan ia tidak mewakili mana-mana pihak baik Kerajaan, Swasta mahupun Persatuan-persatuan NGO.
Pandangan peribadi pemilik blog boleh berubah dari masa ke semasa seiring meningkat dan bertambahnya ilmu.
Sebarang bentuk peniruan (copy and paste) dalam apa jua bentuk daripada blog ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Terima kasih.